Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Timotius 4 >> 

1Di hadirat Allah dan Kristus Yesus yang akan menghakimi mereka yang hidup dan yang mati, dan demi kedatangan-Nya serta kerajaan-Nya, aku menyerumu:

2Beritakanlah firman Allah, bersedialah pada setiap masa, baik masanya sesuai mahupun tidak. Tunjukkan apa yang salah, tegur dan nasihati mereka dengan seluruh kesabaran dan ajaran,

3kerana akan sampai masanya mereka tidak menerima ajaran yang benar, tetapi mengumpulkan ramai guru mengikut kehendak mereka sendiri untuk mengajar apa yang ingin didengar oleh mereka.

4Mereka enggan mendengar ajaran yang benar tetapi menumpukan perhatian kepada cerita-cerita dongeng.

5Tetapi kamu, berwaspadalah dalam segala hal, tabah menanggung kesusahan, jalankan kerja menyebarkan Injil dan laksanakan tugas yang diamanahkan kepadamu dengan sempurna.

6Tentang diriku, kini aku laksana minuman yang sedang dituangkan sebagai persembahan kepada Allah, dan sudah hampir masanya aku pergi menghadap-Nya.

7Aku telah berjuang dalam perjuangan mulia ini, aku telah sampai ke garis akhir, aku telah setia dalam iman.

8Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.

Nasihat akhir

9Berusahalah untuk mengunjungiku dengan segera.

10Demas telah meninggalkanku kerana dia mencintai dunia ini, dia telah bertolak ke Tesalonika. Kreskes pula telah pergi ke Galatia dan Titus ke Dalmatia.

11Hanya Lukas ada bersamaku. Dapatkan Markus dan bawa dia denganmu, kerana dia dapat membantuku dalam tugasku.

12Aku telah mengutus Tikhikus ke Efesus.

13Apabila kamu datang kelak, bawa baju jubah yang kutinggalkan dengan Karpus di Troas dan juga kitab-kitabku, terutamanya gulungan kulit.

14Aleksander, tukang tembaga itu, telah banyak melakukan kejahatan terhadapku. Semoga Tuhan membalasnya setimpal dengan perbuatannya.

15Kamu juga harus waspada dengannya, kerana dia menentang keras perkhabaran kita.

16Ketika aku membela diriku pada kali pertama, tiada seorang pun berdiri di sisiku, semuanya meninggalkanku. Semoga Allah tidak menyalahkan mereka kerananya.

17Tetapi Tuhan menyertaiku dan memberiku kekuatan, supaya berita baik dapat dikhabarkan sepenuhnya melaluiku, dan semua bangsa asing bukan daripada bani Israel dapat mendengarnya. Juga aku telah diselamatkan daripada mulut singa.

18Tuhan akan menyelamatkanku daripada segala perbuatan durjana dan memeliharaku untuk kerajaan-Nya di syurga. Segala kemuliaan bagi-Nya untuk selama-lamanya. Amin.

Salam akhir

19Sampaikan salamku kepada Priskila dan Akwila, serta keluarga Onesiforus.

20Erastus tinggal di Korintus, tetapi Trofimus kutinggalkan di Miletus kerana dia sakit.

21Cubalah sedaya upayamu untuk datang sebelum musim dingin. Ebulus berkirim salam kepadamu, demikian juga Pudens, Linus, Klaudia dan semua saudara seiman yang lain.

22Semoga Tuhan bersama rohmu. Semoga kasih kurnia Allah menyertaimu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Timotius 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel