Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 10 >> 

Tujuan Allah izinkan penderitaan

1“Aku bosan dengan hidupku. Aku hendak melampiaskan keluhanku, aku hendak berbicara dalam kepahitan jiwaku.

2Aku hendak berkata kepada Allah, ‘Jangan mengecam aku. Beritahulah aku mengapa Engkau berperkara dengan aku.

3Adakah baik bagi-Mu bahawa Engkau menindas aku, bahawa Engkau memandang hina karya tangan-Mu, sementara Engkau menerangi rancangan orang fasiq?

4Adakah Engkau memiliki mata jasmani? Adakah Engkau melihat sebagaimana manusia melihat?

5Adakah hari-hari-Mu seperti hari-hari manusia? Adakah tahun-tahun-Mu seperti tahun-tahun seorang insan,

6sehingga Engkau mencari-cari kesalahanku dan mengusut dosaku,

7sungguhpun Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah dan tidak ada yang dapat melepaskanku daripada tangan-Mu?

8Tangan-Mu yang membentuk aku dan menjadikan aku, tetapi Engkau berpaling dan hendak memusnahkan aku.

9Ingatlah betapa Engkau yang menjadikan aku daripada tanah liat. Adakah Engkau akan mengembalikan aku menjadi debu?

10Bukankah Engkau yang mencurahkan aku seperti air susu, dan membekukan aku seperti keju?

11Engkau membungkus aku dengan kulit dan daging, mencantumkan aku dengan tulang dan urat.

12Engkau mengurniai aku hidup dan kasih abadi, pemeliharaan-Mu yang menjaga nyawaku.

13Namun demikian, hal-hal inilah yang Kausembunyikan dalam hati-Mu, aku tahu bahawa hal ini ada pada-Mu:

14Jika aku berbuat dosa, Engkau akan mengawasi aku dan tidak akan membebaskan aku daripada kesalahanku.

15Jika aku bersalah, malangnya aku! Jika aku benar, aku tidak dapat mengangkat kepalaku, kerana aku penuh aib dan sedar akan kehinaanku.

16Jika aku meninggikan diri, Engkau memburu aku seperti singa dan menunjukkan lagi diri-Mu yang menakjubkan kepadaku.

17Engkau mengajukan saksi-saksi baru menentang aku dan memperbesar murka-Mu terhadap aku. Bergantian pasukan yang melawan aku.

18Mengapa Engkau mengeluarkan aku daripada rahim? Kalau putus sahaja nyawaku waktu itu sehingga tidak ada mata yang pernah melihatku,

19dan aku seakan-akan tidak pernah ada, kerana daripada kandungan langsung dibawa ke kubur.

20Bukankah pendek sahaja umurku? Berhentilah, biarkanlah aku, supaya aku dapat tersenyum sejenak,

21sebelum aku pergi tanpa dapat kembali, ke negeri kegelapan dan bayang-bayang maut,

22negeri kegelapan yang seperti kelam sahaja, negeri bayang-bayang maut yang tidak beraturan, di sana cahaya sekadar serupa dengan kegelapan.’ ”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel