Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ayub 2 >> 

1Pada suatu hari datanglah lagi anak-anak Allah menghadap TUHAN, dan di tengah-tengah mereka datang juga Iblis untuk menghadap TUHAN.

2Berfirmanlah TUHAN kepada Iblis, “Dari mana engkau?” Jawab Iblis kepada TUHAN, “Dari perjalanan mengelilingi dan menjelajahi bumi.”

3Firman TUHAN kepada Iblis, “Sudahkah kauperhatikan hamba-Ku Ayub? Sesungguhnya, tidak ada orang yang seperti dia di bumi. Dia tidak bercela, tulus dan takut kepada Allah serta menjauhi kejahatan. Dia tetap berpegang teguh pada kesalihannya, sungguhpun engkau telah menghasut Aku untuk membinasakan dia dengan tidak semena-mena.”

4Jawab Iblis kepada TUHAN, “Kulit ganti kulit! Orang akan memberikan segala miliknya ganti nyawanya.

5Tetapi cuba hulurkan tangan-Mu dan sentuhlah tulang serta dagingnya, pasti dia akan mengutuk Engkau di hadapan-Mu.”

6Maka firman TUHAN kepada Iblis, “Nah, dia ada dalam kuasamu. Hanya, peliharalah nyawanya.”

7Kemudian Iblis pergi dari hadirat TUHAN. Dia menimpakan Ayub dengan barah bisul yang parah dari telapak kaki sampai ke ubun-ubunnya.

8Ayub mengambil sekeping pecahan tembikar untuk mengikis-ngikis badannya sambil duduk di tengah-tengah abu.

9Isterinya berkata kepadanya, “Masihkah kau berpegang teguh pada keikhlasanmu? Kutuk Allah dan matilah!”

10Tetapi jawab Ayub kepadanya, “Engkau bercakap seperti seorang perempuan jahil lagi bodoh. Takkan kita hanya mahu menerima yang baik daripada Allah, dan tidak mahu menerima yang buruk?” Dalam semua hal itu, Ayub tidak berdosa dengan bibirnya.

Kedatangan tiga sahabat Ayub

11Khabar tentang segala malapetaka yang menimpa Ayub itu terdengar oleh ketiga-tiga orang sahabatnya, iaitu Elifas orang Teman, Bildad orang Suah, dan Zofar orang Naama. Maka mereka pun bermuafakat dan bersiap untuk pergi dari tempat masing-masing untuk berdukacita bersama-sama dia serta menyenangkan hatinya.

12Ketika mereka memandang dia dari jauh dan tidak dapat mengenalinya lagi, menangislah mereka dengan suara yang nyaring. Mereka mengoyakkan jubah masing-masing dan menghamburkan debu ke langit, ke atas kepala mereka.

13Kemudian mereka duduk di tanah bersama-samanya selama tujuh hari tujuh malam. Tidak ada seorang pun yang mengucapkan sepatah kata jua kepadanya, kerana mereka melihat betapa berat sekali penderitaannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ayub 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel