Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Bilangan 25 >> 

Penyembahan Baal di Peor

1Sewaktu orang Israel berkelana di Sitim, umat itu mula berzina dengan perempuan bani Moab.

2Para perempuan itu memujuk orang Israel untuk mengikuti upacara korban sembelihan bagi tuhan mereka lalu umat itu pun turut makan dan sujud menyembah tuhan mereka.

3Dengan demikian, orang Israel turut beribadat kepada Baal di Peor itu sehingga menyala-nyalalah kemurkaan TUHAN terhadap orang Israel.

4Firman TUHAN kepada Musa, “Tangkaplah semua ketua suku bangsa itu dan gantunglah mereka di bawah cahaya matahari di hadapan TUHAN, supaya teralihlah kemurkaan TUHAN yang sedang menyala-nyala terhadap Israel itu.”

5Maka kepada para hakim orang Israel, berkatalah Musa, “Hendaklah masing-masing membunuh mana-mana orang kamu yang telah turut beribadat kepada Baal di Peor.”

6Ketika Musa dan seluruh kalangan umat Israel sedang menangis di depan pintu Khemah Pertemuan itu, muncullah di hadapan mata mereka seorang daripada kalangan orang Israel yang membawa seorang perempuan Midian kepada sanak saudaranya.

7Melihat hal itu, segeralah Pinehas anak Eleazar anak Imam Harun meninggalkan umat itu lantas diambilnya sebuah tombak

8dan dikejarnya orang Israel itu sampai ke dalam khemah, lalu ditikamnya perut mereka berdua, iaitu orang Israel serta perempuan itu. Maka wabak yang melanda orang Israel itu pun berhenti.

9Orang Israel yang mati kerana wabak itu seramai dua puluh empat ribu orang semuanya.

10Firman TUHAN kepada Musa,

11“Pinehas anak Eleazar anak Imam Harun telah menyurutkan kemurkaan-Ku terhadap orang Israel. Begitu bersemangat dia membela kehormatan-Ku di tengah-tengah mereka, sehingga Aku tidak memusnahkan semua orang Israel dalam cemburu-Ku.

12Oleh sebab itu katakanlah bahawa sesungguhnya Aku mengurniakan kepadanya perjanjian damai-Ku.

13Dia dan keturunannya kelak akan memperoleh perjanjian jawatan imam untuk selama-lamanya, kerana dia begitu bersemangat membela Allahnya serta mengusahakan pendamaian bagi orang Israel.”

14Nama orang Israel yang mati dibunuh bersama dengan perempuan Midian itu ialah Zimri anak Salu, seorang pemimpin kaum keluarga Simeon

15manakala nama perempuan Midian yang dibunuh itu ialah Kozbi anak Zur. Zur ialah seorang ketua suku daripada kaum keluarga orang Midian.

16Firman TUHAN kepada Musa,

17“Lawanlah orang Midian dan tewaskanlah mereka,

18kerana mereka telah melawan kamu dengan tipu daya. Mereka memperdayakan kamu, baik dalam hal Peor mahupun dalam hal Kozbi, saudara perempuan mereka, anak pemimpin Midian yang dibunuh pada waktu wabak melanda atas sebab musibah Peor.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Bilangan 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel