Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Imamat 7 >> 

Peraturan bagi korban penebus kesalahan

1Inilah peraturan bagi korban penebus kesalahan, korban yang teramat suci.

2Hendaklah persembahan korban penebus kesalahan juga disembelih di tempat korban bakaran sembelihan, dan darahnya hendaklah dipercikkan ke semua tepi mazbah.

3Hendaklah dipersembahkan segala lemaknya iaitu ekornya yang gemuk, lemak yang menutupi isi perut,

4kedua-dua buah pinggang dengan lemak yang melekat padanya di bahagian pinggang serta umbai hati yang harus dipisahkan daripada buah pinggang itu.

5Hendaklah imam membakar kesemua itu di atas mazbah sebagai korban bakaran bagi TUHAN. Itulah korban penebus kesalahan.

6Semua lelaki daripada kalangan kaum keluarga para imam berhak memakannya, tetapi mereka harus memakannya di tempat yang suci. Itulah korban teramat suci.

7Korban penebus kesalahan sama seperti korban penghapus dosa. Maka peraturan yang sama berlaku bagi kedua-duanya, iaitu bahawa imam yang mendapat korban itu imam yang mengadakan pendamaian dengan korban itu.

8Imam yang mempersembahkan korban bakaran seseorang berhak mendapat kulit korban bakaran yang dipersembahkannya.

9Setiap persembahan bahan makanan yang dibakar di dalam ketuhar, dimasak di dalam belanga atau kuali besi leper menjadi bahagian imam yang mempersembahkannya

10tetapi setiap persembahan bahan makanan yang dicampurkan minyak zaitun ataupun yang kering menjadi bahagian sama banyak untuk semua anak Harun.

Peraturan bagi korban kedamaian

11Inilah peraturan bagi korban kedamaian yang patut dipersembahkan seseorang kepada TUHAN.

12Jika seseorang mempersembahkan korban itu sebagai pernyataan kesyukuran, hendaklah bersamaan dengan korban kesyukuran itu dia harus juga mempersembahkan kuih tidak beragi yang dicampurkan minyak zaitun, roti tidak beragi yang disapukan minyak zaitun, serta roti berbentuk cincin daripada tepung terbaik yang diadun dan dicampurkan minyak zaitun dan digoreng.

13Hendaklah dia mempersembahkan korban kedamaian atas kesyukurannya itu bersama-sama persembahan berupa roti yang beragi.

14Daripada setiap satu jenis persembahan itu hendaklah dia mempersembahkan sebuku roti sebagai persembahan khusus kepada TUHAN. Persembahan itu menjadi bahagian imam yang memercikkan darah korban kedamaian.

15Hendaklah daging korban kesyukuran yang dijadikan korban kedamaiannya itu dimakan pada hari korban itu dipersembahkan dan janganlah ada sisa yang tertinggal sampai pagi hari.

16Tetapi jika korban sembelihan yang dipersembahkannya itu berupa korban nazar atau korban sukarela, maka korban tersebut harus dimakan pada hari dia mempersembahkannya, dan apa yang tersisa masih boleh dimakan keesokan harinya.

17Namun demikian, apa-apa yang tersisa daripada daging korban sembelihan itu pada hari ketiga hendaklah dibakar habis.

18Jika ada bahagian daging korban kedamaian itu yang masih dimakan pada hari ketiga, maka orang yang mempersembahkannya tidak akan diterima dan korbannya tidak diambil kira. Korban itu dianggap jijik dan barang siapa yang memakannya perlu menanggung padah kesalahannya.

19Daging yang tersentuh apa-apa pun yang najis tidak boleh dimakan dan hendaklah dibakar habis. Daging korban yang secara istiadatnya suci boleh dimakan oleh semua orang yang suci

20akan tetapi, hendaklah disingkirkan daripada kalangan bangsanya seseorang yang dalam keadaan najis memakan daging daripada korban kedamaian yang dikhususkan untuk TUHAN.

21Jika seseorang menyentuh sesuatu yang najis, sama ada puncanya kenajisan manusia, haiwan yang najis, atau segala kejijikan yang najis, lalu dia memakan bahagian daging korban kedamaian yang dikhususkan untuk TUHAN, maka hendaklah orang itu disingkirkan daripada kalangan bangsanya.’ ”

Larangan memakan lemak dan darah

22TUHAN berfirman kepada Musa,

23“Beritahu orang Israel, ‘Jangan makan lemak apa-apa pun daripada lembu, domba, atau kambing.

24Lemak daripada bangkai binatang yang mati biasa dan lemak daripada haiwan yang dibunuh oleh binatang buas boleh digunakan untuk apa-apa tujuan lain, tetapi jangan sekali-kali kamu memakannya.

25Sesiapa yang makan lemak daripada haiwan yang dipersembahkan sebagai korban bakaran kepada TUHAN hendaklah disingkirkan daripada kalangan bangsanya.

26Jangan makan darah burung atau darah haiwan apa-apa pun di mana-mana tempat tinggalmu.

27Sesiapa sahaja yang makan apa-apa darah hendaklah disingkirkan daripada kalangan bangsanya.’ ”

Korban kedamaian bagi imam

28TUHAN berfirman kepada Musa,

29“Katakanlah kepada orang Israel, ‘Orang yang hendak mempersembahkan korban kedamaian kepada TUHAN, hendaklah membawa kepada TUHAN sebahagian daripada korban kedamaiannya itu sebagai persembahannya.

30Hendaklah dia membawa dengan tangannya sendiri, korban bakaran untuk TUHAN. Hendaklah dia membawa dada haiwan itu berserta lemaknya, lalu dada itu diunjukkan sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN.

31Hendaklah imam membakar lemak itu di atas mazbah, tetapi dadanya menjadi bahagian Harun serta anak cucunya.

32Hendaklah kamu memberikan paha kanan kepada imam sebagai persembahan khusus daripada korban kedamaianmu.

33Sesiapa pun antara anak-cucu Harun yang mempersembahkan darah serta lemak korban kedamaian itu, dialah yang mendapat paha kanan itu sebagai bahagiannya.

34Dada persembahan unjukan dan paha persembahan khusus itu telah Kuambil daripada orang Israel, daripada korban kedamaian mereka, dan telah Kukurniakan kepada Imam Harun serta anak cucunya sebagai peruntukan tetap mereka daripada orang Israel untuk selama-lamanya.’ ”

35Pada hari Harun serta anak-anaknya dibawa menghadap untuk menunaikan tugas sebagai imam untuk TUHAN, itulah bahagian Harun dan bahagian anak cucunya daripada korban bakaran untuk TUHAN.

36Pada hari Musa mengurapi dan mentahbiskan mereka, TUHAN memerintahkan agar orang Israel memberikan bahagian itu kepada mereka dan itulah peruntukan tetap untuk mereka selama-lamanya, turun-temurun.

37Itulah peraturan tentang korban bakaran, persembahan bahan makanan, korban penghapus dosa, korban penebus kesalahan, korban pentahbisan, serta korban kedamaian

38yang TUHAN perintahkan kepada Musa di atas Gunung Sinai pada hari Dia menyuruh orang Israel untuk membawa persembahan mereka kepada TUHAN di daerah gurun Sinai.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Imamat 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel