Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 16 >> 

Pengurus yang cerdik

1Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Seorang kaya mempunyai seorang pengurus untuk harta bendanya. Dia diberitahu bahawa pengurus itu memboroskan wang tuannya.

2Tuan itu memanggil pengurus itu lalu berkata, ‘Apakah yang telah kudengar tentangmu? Serahkanlah kira-kira yang lengkap bagi semua hartaku kerana kamu tidak boleh menjadi pengurus lagi.’

3Pengurus itu berkata kepada dirinya, ‘Apakah yang harus aku buat? Tuan aku hendak memecatku. Aku tidak kuat untuk mencangkul dan aku malu meminta sedekah.

4Aku tahu apa yang harus aku buat supaya apabila aku dipecat nanti daripada jawatan pengurus itu, aku ada ramai sahabat yang akan menerimaku ke rumah mereka.’

5Dia pun memanggil semua orang yang berhutang kepada tuannya. Dia berkata kepada orang yang pertama, ‘Berapakah hutangmu kepada tuan aku?’

6Orang itu menjawab, ‘Seratus tong minyak zaitun.’ Pengurus itu berkata, ‘Inilah kira-kiramu. Duduk dan tulislah lima puluh.’

7Dia berkata kepada seorang yang lain, ‘Berapakah hutangmu pula?’ Orang itu menjawab, ‘Seratus pikul gandum.’ Pengurus itu berkata, ‘Inilah kira-kiramu. Tulislah lapan puluh.’

8Tuan itu memuji pengurus yang tidak jujur itu kerana perbuatannya yang cerdik. Orang di dunia ini lebih cerdik menguruskan pekerjaan mereka daripada orang yang hidup dalam cahaya.”

9Aku berkata kepadamu supaya menggunakan kekayaan dunia untuk mendapat sahabat bagi dirimu. Apabila kekayaanmu lenyap, kamu akan disambut ke tempat kediaman yang kekal.

10Orang yang setia dalam perkara yang kecil akan setia juga dalam perkara yang besar; dan orang yang tidak setia dalam perkara yang kecil tidak akan setia dalam perkara yang besar.

11Oleh itu, jika kamu tidak setia dalam kekayaan dunia ini, siapakah yang akan mengamanahkan kekayaan yang sejati kepadamu?

12Dan jika kamu tidak setia dengan milik orang lain, siapakah pula yang akan memberimu apa yang menjadi milik kamu sendiri?

13“Seorang hamba tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.”

14Orang Farisi yang mendengar kata-kata Yesus mengejek-Nya kerana mereka loba akan wang.

15Yesus berkata kepada mereka, “Kamulah orang yang membela diri di hadapan khalayak ramai, tetapi Allah mengetahui isi hatimu. Apa yang dianggap berharga oleh manusia tidak ada nilainya di mata Allah.

Beberapa ajaran Yesus

16Sebenarnya, hukum Taurat dan kitab segala nabi berkuat kuasa sehingga zaman Yohanes. Semenjak itu, perkhabaran baik tentang kerajaan Allah diberitakan, dan orang berasak-asak hendak memasukinya.

17Tetapi lebih mudah lenyapnya langit dan bumi daripada hilangnya sepatah kata pun hukum Taurat.

18Sesiapa menceraikan isterinya dan berkahwin dengan perempuan lain, dia berzina dan sesiapa berkahwin dengan seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya, dia berzina.”

Orang kaya dan Lazarus

19“Ada seorang kaya yang berpakaian linen ungu yang mahal dan hidup mewah setiap hari.

20Ada pula seorang peminta sedekah bernama Lazarus yang penuh dengan pekung. Dia selalu dibawa ke muka pintu rumah orang kaya itu.

21Dia ingin mendapat sisa-sisa makanan yang dibuang dari meja orang kaya itu. Anjing pula datang menjilat pekung-pekungnya.

22Peminta sedekah itu mati dan malaikat-malaikat membawanya ke sisi Abraham di syurga. Orang kaya itu pun mati lalu dikebumikan.

23Dia menderita di alam maut. Apabila dia memandang ke atas, dia nampak Abraham jauh di sana dan Lazarus di sisinya.

24Dia berseru, ‘Bapa Abraham, kasihanilah aku dan suruh Lazarus datang mencelupkan jarinya di dalam air untuk menyejukkan lidahku kerana aku sengsara di dalam nyala api ini.’

25Tetapi Abraham berkata, ‘Anakku, ingatlah bahawa engkau telah menikmati yang baik dalam hidupmu, tetapi Lazarus mengalami kesengsaraan. Sekarang Lazarus senang di sini tetapi engkau menderita.

26Selain itu, terdapat satu jurang yang dalam antara kami dengan kamu supaya orang yang hendak menyeberang dari sini kepada kamu tidak dapat berbuat demikian, dan orang dari sana tidak dapat menyeberang kepada kami.’

27Orang kaya itu berkata, ‘Jika begitu, aku memohon, ya bapa, suruh Lazarus ke rumah ayahku

28kerana aku mempunyai lima adik-beradik lelaki. Biarlah Lazarus pergi memberikan amaran kepada mereka supaya mereka tidak datang ke tempat sengsara ini.’

29Abraham berkata, ‘Mereka ada kitab Musa dan nabi-nabi. Biarlah mereka mendengar pengajaran itu.’

30Orang kaya itu berkata, ‘Itu tidak cukup, Bapa Abraham. Jika seorang antara orang mati pergi kepada mereka, tentu mereka akan bertaubat daripada dosa-dosa mereka.’

31Tetapi Abraham berkata, ‘Jika mereka tidak mahu mendengar pengajaran kitab Musa dan nabi-nabi, mereka tidak akan percaya sekalipun seorang bangkit daripada kematian.’ ”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel