Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 138 >> 

1Mazmur Daud. Aku akan memuji-Mu dengan seluruh hatiku, ya TUHAN; di hadapan “tuhan-tuhan” aku akan menyanyikan pujian untuk-Mu.

2Aku akan menyembah ke arah Bait Suci-Mu dan memuji nama-Mu kerana kasih dan kesetiaan, kerana Engkau telah meninggikan firman-Mu dan nama-Mu di atas segala sesuatu.

3Pada hari aku berseru, Engkau telah menjawab aku; dan menjadikan aku berani dengan kekuatan dalam jiwaku.

4Semua raja di bumi akan memuji-Mu, ya TUHAN, apabila mereka mendengar kata-kata daripada mulut-Mu.

5Ya, mereka akan menyanyi tentang cara-cara TUHAN, kerana sungguh besar kemuliaan TUHAN.

6Meski TUHAN Maha Tinggi, namun Dia mengambil berat tentang orang yang dihinakan, tetapi orang angkuh dikenal-Nya dari jauh.

7Meski aku berjalan di tengah-tengah kesusahan, Engkau akan memulihkan aku; Engkau akan menghulurkan tangan-Mu menentang kemarahan musuhku, dan tangan kanan-Mu akan menyelamatkan aku.

8TUHAN akan menyempurnakan hal ehwalku; kasih-Mu, ya TUHAN, kekal selama-lamanya – janganlah tinggalkan hasil kerja tangan-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 138 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel