Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 143 >> 

1Mazmur Daud. Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah permohonanku; jawablah dengan kesetiaan-Mu dan dengan perbenaran-Mu.

2Janganlah jalankan penghakiman ke atas hamba-Mu, kerana dalam pandangan-Mu tiada makhluk hidup yang benar.

3Kerana musuh telah menganiaya jiwaku, dia telah menindasku ke tanah; dia telah membuat aku tinggal dalam kegelapan seperti orang yang sudah lama mati.

4Oleh itu, rohku tertekan di dalamku; hatiku gundah di dalamku.

5Aku mengenang zaman silam; aku merenungkan semua perbuatan-Mu, aku memikirkan segala hasil kerja tangan-Mu.

6Aku menadahkan tanganku kepada-Mu; jiwaku merindui-Mu seperti tanah yang dahaga. Sela

7Jawablah segera, ya TUHAN; rohku layu. Janganlah sembunyikan wajah-Mu daripadaku, takut nanti aku menjadi seperti mereka yang masuk ke dalam jurang.

8Perdengarkanlah kasih setia-Mu kepadaku pada waktu pagi, kerana kepada-Mu kusandarkan kepercayaanku. Beritahulah aku jalan yang harus kuambil, kerana aku mengangkatkan jiwaku kepada-Mu.

9Lepaskanlah aku, ya TUHAN, daripada musuhku, kepada-Mu aku berlindung.

10Ajarlah aku melakukan kehendak-Mu, kerana Engkaulah Allahku; Biarlah Roh baik-Mu membimbing aku di alam ketulusan.

11Pulihkanlah aku, ya TUHAN, demi nama-Mu; demi perbenaran-Mu, bawalah jiwaku keluar daripada kesusahan.

12Dengan kasih setia-Mu, tumbangkanlah musuhku; dan musnahkanlah kesemua mereka yang menyakiti jiwaku, kerana aku hamba-Mu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 143 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel