Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 30 >> 

1Mazmur Daud. Nyanyian. Untuk pentahbisan tempat beribadat. Aku akan memuji-Mu, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan seteruku bergembira menumpaskan aku.

2Ya TUHAN, ya Allahku, aku telah berseru kepada-Mu lalu Engkau menyembuhkan aku.

3Ya TUHAN, Engkau telah membawa nyawaku keluar dari kubur; Engkau telah melanjutkan usiaku supaya aku tidak masuk ke lubang maut.

4Nyanyikanlah puji-pujian kepada TUHAN, wahai umat-Nya yang warak; dan bersyukurlah mengingati nama-Nya yang suci.

5Kerana kemurkaan-Nya cuma sebentar, keredaan-Nya sepanjang kehidupan kekal; tangisan mungkin berlangsung semalaman, tetapi kegembiraan muncul sewaktu pagi.

6Ketika aku berjaya aku berkata, “Aku tidak akan goyah.”

7TUHAN, dengan keredaan-Mu, Engkau mengukuhkan gunungku; dahulu ketika Engkau menyembunyikan wajah-Mu, aku berasa bimbang.

8Aku telah berseru kepada-Mu, ya TUHAN; dan kepada-Mu aku telah merayu:

9“Apakah gunanya jika darahku tertumpah, dan aku masuk ke kubur? Adakah debu akan memuji-Mu? dan mengisytiharkan kesetiaan-Mu?

10Dengarlah, ya TUHAN, dan kasihanilah aku; Ya TUHAN, tolonglah aku.”

11Engkau telah mengubah kesedihanku menjadi tarian riang; Engkau telah melucutkan kedukaanku dan meliputiku dengan keriaan,

12supaya aku menyanyikan puji-pujian untuk-Mu sepanjang masa. Ya TUHAN, ya Allahku, aku akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 30 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel