Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 86 >> 

1Doa Daud. Dekatkanlah telinga-Mu, ya TUHAN, dengarlah aku, kerana aku miskin dan sesak.

2Peliharakanlah nyawaku, kerana aku suci. Engkau Allahku; selamatkanlah hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.

3Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari.

4Gembirakanlah jiwa hamba-Mu, kerana kepada-Mu, ya Tuhan, kuangkatkan jiwaku.

5Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu.

6Dengarlah, ya TUHAN, doaku; dan berilah perhatian kepada suara permohonanku.

7Dalam kesusahan aku akan berseru kepada-Mu, kerana Engkau akan menjawabku.

8Tiada tuhan seperti-Mu, ya Tuhan; dan tiada yang dapat melakukan apa yang Kaulakukan.

9Semua bangsa yang telah Kaujadikan akan datang menyembah-Mu, ya Tuhan; dan akan memuliakan nama-Mu.

10Kerana Engkau Maha Besar dan melakukan perkara yang menakjubkan; hanya Engkaulah Allah.

11Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu; padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu.

12Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, Allahku, dengan sepenuh hatiku; dan aku akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya.

13Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku; dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur.

14Ya Allah, orang yang sombong telah bangkit menentangku; dan gerombolan orang zalim beramai-ramai hendak membunuhku – mereka tidak berpandu kepada-Mu.

15Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia.

16Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku; berilah kekuatan-Mu kepada hamba-Mu dan selamatkanlah aku yang mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.

17Tunjukkanlah aku tanda kebaikan, supaya orang yang membenciku melihatnya lalu berasa malu, kerana Engkau, ya TUHAN, telah menolongku dan melipurkan aku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 86 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel