Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 59 >> 

Dosa penghambat penyelamatan

1Sesungguhnya, tangan TUHAN tidak kurang berkuasa untuk menyelamatkan, dan pendengaran-Nya tidak tumpul untuk mendengar.

2Tetapi kesalahanmu telah menjadi pemisah antara kamu dengan Allahmu, dan dosa-dosamu membuat Dia menyembunyikan diri daripadamu sehingga Dia tidak mendengar.

3Tanganmu dicemari darah dan jari-jarimu oleh kesalahan. Bibirmu mengucapkan dusta, lidahmu mengungkapkan kezaliman.

4Tidak ada yang mengajukan pengaduan dengan benar dan tidak ada yang mengadili dengan jujur. Mereka menaruh harapan pada kesia-siaan dan mengucapkan dusta, mereka mengandung bencana dan melahirkan kejahatan.

5Mereka menetaskan telur ular kapak dan menenun sarang lelabah. Sesiapa yang makan telur itu akan mati, dan telur yang pecah menetaskan ular kapak.

6Sarang lelabahnya tidak dapat menjadi pakaian, mereka tidak dapat menutupi tubuh dengan hasil buatan mereka itu. Perbuatan mereka ialah perbuatan jahat, tindak kekerasan ada di tangan mereka.

7Kaki mereka berlari-lari menuju kejahatan, mereka cepat untuk menumpahkan darah orang yang tidak bersalah. Rancangan mereka adalah rancangan jahat, kemusnahan dan kehancuran ada di laluan mereka.

8Mereka tidak mengenal jalan damai; tidak ada keadilan dalam jalur mereka. Mereka membuat jalan bengkok, siapa pun yang menempuhnya tidak akan mengenal damai.

9Oleh sebab itu keadilan jauh daripada kami dan perbenaran tidak sampai kepada kami. Kami menantikan cahaya, tetapi hanya ada kegelapan, kami menantikan cahaya, tetapi kami berjalan dalam kekelaman.

10Seperti orang buta, kami meraba-raba tembok, meraba-raba seperti orang yang tidak punya mata. Pada tengah hari kami terhantuk seperti pada waktu senja, orang lain kuat-kuat, tetapi kami seperti orang mati.

11Kami semua meraung seperti beruang dan merintih seperti burung merpati. Kami menantikan keadilan, tetapi tiada yang kunjung datang, kami menantikan penyelamatan, tetapi hal itu jauh daripada kami.

12Sungguh, pelanggaran kami bertambah banyak di hadapan-Mu dan dosa-dosa kami bersaksi menentang kami. Sungguh, pelanggaran kami ada pada kami, dan kami menyedari kesalahan kami.

13Kami menderhaka dan menyangkal TUHAN, kami berpaling meninggalkan Allah kami. Kami membangkitkan penindasan dan perbantahan, kami mengandung perkataan dusta dalam hati dan mengeluarkannya.

14Keadilan dipukul mundur dan kebenaran berdiri jauh-jauh. Sungguh, kebenaran tersandung di tempat umum dan kejujuran tidak dapat masuk.

15Kebenaran telah hilang. Orang yang menjauhkan diri daripada kejahatan menjadikan dirinya korban jarahan. TUHAN melihat hal itu dan Dia tidak berkenan, bahawa tidak ada keadilan.

16Dia melihat bahawa tiada seorang pun yang tampil, dan Dia hairan kerana tidak ada yang menjadi pengantara. Oleh sebab itu kuasa-Nya sendiri membawa kemenangan bagi-Nya, dan perbenaran-Nya sendiri membantu Dia.

17Dia mengenakan perbenaran sebagai baju zirah, dan ketopong penyelamatan ada di kepala-Nya. Dia mengenakan pakaian pembalasan dan menyelubungkan semangat sebagai jubah.

18Selaras dengan perbuatan-perbuatan mereka, demikianlah Dia akan memberikan balasan, iaitu murka kepada lawan-lawan-Nya dan pembalasan kepada musuh-musuh-Nya. Kepada pulau-pulau pun Dia akan mengadakan pembalasan.

19Maka orang akan takut kepada nama TUHAN dari arah barat, dan kepada kemuliaan-Nya dari arah terbitnya matahari, kerana Dia akan datang seperti arus yang tertahan, yang didorong oleh hembusan nafas TUHAN.

20“Seorang Penebus akan datang ke Sion, kepada bani Yakub yang bertaubat daripada pelanggaran mereka,” demikianlah firman TUHAN.

21“Mengenai Aku, inilah perjanjian-Ku dengan mereka,” demikianlah firman TUHAN. “Roh-Ku yang ada padamu dan firman-Ku yang Kutaruh di dalam mulutmu tidak akan hilang daripada mulutmu, daripada mulut keturunanmu, dan daripada mulut keturunan mereka mulai sekarang untuk selama-lamanya,” demikianlah firman TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 59 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel