Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 12 >> 

1HIE saudara saudaraku, adapun deri hal sagala anugrah Roh Alkudus itu, maka bukannya aku handak kamu jadi bodoh.

2Maka kamu tau dahulu kamu orang orang susat, yang ditarik kapada burhala yang bisu itu, sapurti kamu tulah turpimpin.

3Maka subab itu aku mumbri tau kapada kamu, bahwa tiada sa'orang pun yang burkata kata ulih ilham Roh Allah itu bulih iya mungatakan Isa itu turlaanat: dan lagi sa'orang pun tiada bulih mungatakan Isa itu Tuhan, mulainkan dungan grak Roh Alkudus.

4Maka skarang pun adalah burjunis junis anugrah, tutapi deripada suatu Roh juga.

5Dan adalah burjunis junis jawatan, tutapi satu Tuhan juga adanya.

6Dan adalah burjunis junis pukurjaan, tutapi Allah suatu juga yang munjalankan sagala purkara itu dalam orang adanya.

7Tutapi kunyataannya Roh itu dikurniakan kapada masing masing orang sopaya mundatangkan fiedah kapada skalian.

8Kurna pada sa'orang dikurniakan ulih Roh purkataan hikmat; dan pada yang lain purkataan pungatauan ulih Roh itu juga;

9Dan pada sa'orang iman ulih Roh itu juga; dan pada yang lain bubrapa kuasa munyumbohkan ulih Roh itu juga;

10Dan pada sa'orang bubrapa pukurjaan ajaib; dan pada yang lain nabuat; dan pada sa'orang purtunjukkan hal hal roh; dan pada yang lain burjunis junis bahsa; pada sa'orang munturjumahkan bahsa bahsa:

11Tutapi samua purkara ini diadakan ulih suatu Roh itu juga, mumbahgikan pada masing masing sa'kudar kahandaknya.

12Kurna sapurti tuboh itu suatu, dan anggotanya ada banyak, maka skalian anggota tuboh yang suatu itu, sunggoh pun ada banyak adanya, suatu juga tubohnya: maka dumkianlah juga Almasih.

13Kurna kami skalian sudah dibaptisakan ulih suatu Roh juga dijadikannya Suatu tuboh, baik orang Yahudi, baik orang Grika baik abdi baik mardeka; dan skalian sudah dijadikan muminum suatu Roh juga.

14Kurna tuboh itu bukannya satu anggota sahja, mulainkan banyak.

15Maka jikalau kiranya kaki itu burkata, Bahwa subab aku ini bukannya tangan, bukannyalah aku deripada tuboh; maka deri subab itukah iya bukannya deripada tuboh?

16Dan jikalau kiranya tulinga burkata, Subab aku ini bukannya mata, bukannyalah aku deripada tuboh; maka deri subab itukah iya bukannya deripada tuboh?

17Maka jikalau kiranya sa'gunap tuboh itu munjadi mata, mana pula punungar? Dan jikalau sa'gunap tuboh itu punungar, mana pula punchium?

18Tutapi skarang Allah tulah mulutakkan sagala anggota itu masing masing dalam tuboh, sapurti yang dikahandakinya.

19Maka jikalau kiranya samua itu munjadi suatu anggota, mana pula tuboh?

20Adapun skarang ini adalah anggota itu banyak, tutapi tuboh itu suatu juga adanya.

21Maka mata itu tiada bulih burkata kapada tangan, bahwa tiada aku burkunan akan dikau: atau kata kapala kapada kaki, bahwa tiada aku burkunan akan dikau.

22Tidak, maka sa'sunggohnya anggota anggota tuboh, yang dikirakan turlebih lumah adanya, maka iya itulah ada turlebih burguna juga:

23Burmula anggota anggota tuboh, yang kita kirakan kurang mulia, maka pada dia itu juga kita mungadakan kubanyakkan mulia; dan anggota kita yang kurang mulia itu, maka iya itulah yang ada turlebih mulia.

24Kurna sagala anggota kami yang mulia itu tiadalah burguna dimuliakan: tutapi Allah tulah mumatutkan tuboh itu, surta mumbri lebih mulia kapada anggota yang kurang itu

25Supaya jangan kulak burchidra dalam tuboh itu; tutapi sagala anggota itu patut dipliharakan bursama sama sapurti yang lain.

26Maka jikalau suatu anggota itu murasai sakit, maka sagala anggota pun murasai sakit juga; dan jikalau suatu anggota dipurmuliakan, maka sagala anggota pun sukachita juga adanya.

27Maka skarang kamulah dia tuboh Almasih adanya, dan anggota anggota juga burasing asing.

28Arkian maka Allah sudah mungangkat bubrapa orang dalam sidang jumaat, purtama tama rasul rasul, kaduanya nabi nabi, katiga guru guru, kumdian deripada itu bubrapa ajaib, kumdian pula bubrapa anugrah munyumbohkan, bubrapa punulongan, bubrapa prentah, dan burjunis junis bahsa.

29Samua itu rasul rasulkah? samua itu nabi nabikah? samua itu guru gurukah? samua itu mungadakan ajaibkah?

30Samua tulah mundapat anugrah munyumbohkankah? samua burkata kata dungan burbagie bahsakah? samua munturjumahkan bahsa bahsakah?

31Tutapi inginlah dungan sunggoh akan anugrah yang turlebih baik: akan tutapi aku akan mununjukkan kapada kamu suatu jalan yang turlebih indah adanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel