Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 14 >> 

1TURUTLAH akan pungasihan itu, dan inginkanlah akan anugrah anugrah Roh Alkudus itu, tutapi lebih baik kamu bulih dapat mungajarkan.

2Kurna barang sa'orang yang burtutur dungan bahsa yang tiada dikutaui itu, maka iya itu orang bukannya burtutur kapada manusia, mulainkan kapada Allah: ulih kurna sa'orang pun tiada mungurti akan dia; tutapi dalam itupun dungan ilham roh adalah iya mungatakan bubrapa rahsia.

3Tutapi orang yang mungajar itu, iya itu burkata kata kapada manusia, akan munjadikan fiedah, dan punugoran, dan punghiburan.

4Adapun orang yang burkata kata dungan bahsa yang tiada dikutaui, maka iya itu mundatangkan fiedah bagie dirinya sahja; tutapi orang yang mungajar itu, maka iya itu mundatangkan fiedah kapada sidang jumaat.

5Maka kukahandaki skalian kamu burtutur dungan burbagie bagie bahsa, akan tutapi lebih baik kamu mungajar: kurna turlebihlah busar orang yang mungajar itu deripada orang yang burkata kata dungan burbagie bagie bahsa, mulainkan jikalau diturjumahkannya itu, supaya sidang jumaat itu bulih mundapat fiedah.

6Maka skarang pun saudara saudaraku, jikalau kiranya aku datang kapada kamu dungan mungatakan burbagie bagie bahsa, maka apakah fiedahnya yang kamu burulih deripada aku, mulainkan kalau aku burkata kulak padamu dungan ilham, atau dungan pungatauan, atau dungan mungajar, atau dungan pungajaran?

7Maka maski pun bundah bundah yang tiada burnyawa itu burbunyi, baik bangsi atau kuchapi, kuchuali iya burbunyi dungan tuntunya, bagimanakah grangan dapat dikutaui yang mana ragam bangsi, dan yang mana ragam kuchapi?

8Kurna jikalau Brunei itu burbunyi tiada kutauan, siapakah akan bursiapkan dirinya kapada prang?

9Maka dumkianlah adanya kamu ini pun, mulainkan jikalau kamu tiada burbunyi purkataan yang sunang bulih mungurti, bagimanakah bulih dapat dikataui barang yang dikatakan? kurna adalah kamu ini sapurti orang yang burtutur kapada angin juga.

10Maka adalah juga kubanyakkan junis bunyi suara dalam dunia, dan barang suatu jua pun tiada yang burarti.

11Maka subab itu jikalau kiranya tiada aku mungataui artinya bahsa itu, nuschaya adalah aku sa'orang dagang bagie orang yang burtutur itu, dan lagi orang yang burtutur itupun sa'orang dagang juga bagieku.

12Maka dumkian lagi kamu inipun, tutkala kamu mungusahakan dirimu handak mundapat anugrah Roh Alkudus, maka handaklah kamu munchari supaya kamu munambah nambahi akan mundatangkan kubajikan kapada sidang jumaat.

13Maka subab itu biarlah orang yang burtutur dungan bahsa yang tiada dikutaui itu, minta doa supaya bulih iya munturjumahkan bahsa itu.

14Kurna jikalau aku minta doa dungan bahsa yang tiada dikutaui itu, maka iya itu rohkulah burdoa, tutapi pungatauanku tiadalah burguna.

15Maka apatah kulak jadinya? Bahwa aku handak muminta doa dungan rohku, dan lagi aku handak muminta doa dungan pungatauanku pun: maka aku handak munyanyi dungan rohku, dan lagi aku handak munyanyi dungan pungatauanku pun.

16Maka jikalau ta'bugitu apabila angkau munguchap shukor dungan roh, maka orang yang duduk ditumpat orang yang jahil bagimanakah iya bulih mungatakan Amin atas shukormu itu, tampaknya iya tiada mungarti apa purkataanmu itu?

17Kurna angkau sa'sunggohnya munguchap shukor dungan sa'patutnya, tutapi tiada didapati ulih orang lain akan fiedahnya.

18Adapun aku munguchap shukorlah kapada Allahku, subab aku tau burkata kata dungan burbagie bagie bahsa lebih deripada kamu skalian.

19Akan tutapi turutamalah aku burkata dalam sidang jumaat itu lima patah purkataan dungan pungartianku, supaya dapat kuajarkan orang lain pun deripada sa'laksa purkataan dungan bahsa yang tiada dikutaui.

20Saudara saudaraku, akalmu janganlah munjadi kanak kanak: tutapi jadilah kamu kanak kanak dalam kajahatan, maka dalam akal jadilah orang.

21Maka dalam kitab tauret ada tursurat furman Tuhan, Bahwa dungan burbagie bagie bahsa yang lain dan dungan biber mulut yang lain aku akan burkata kata kapada kamu ini; akan tutapi dalam hal skalian itu tiada marika itu akan munungar purkataanku.

22Maka subab itu burbagie bagie bahsa itulah mungadakan tanda, bukannya bagie orang yang purchaya, mulainkan bagie orang yang tiada purchaya: tutapi pungajaran itu bukannya bagie orang yang tiada purchaya, mulainkan bagie orang yang purchaya.

23Maka jikalau kiranya sagala sidang jumaat itu burhimpun dalam suatu tumpat, skalian itu burkata kata dungan burbagie bagie bahsa, dan orang yang tiada blajar, atau yang tiada purchaya itu masok, bahwa bukankah marika itu kulak burkata kamu ini gila?

24Tutapi jikalau sa'moanya mungajar, dan sa'orang yang tiada purchaya, atau orang yang tiada pulajaran ada masok, maka iya akan ditumplak ulih skaliannya, dan dipatutkan ulih skaliannya:

25Dumkianlah ada sagala rahsia hatinya jadi nyata: dan dumkian lagi iya jatoh tursungkur sujud kapada Allah, sambil munchurtrakan bahwa Allah itu ada dalammu dungan sa'bunarnya?

26Bagimanakah skarang, saudara saudara? apabila kamu burhimpun masing masing, ada yang burmazmur, ada yang burpungajaran, ada yang tau bahsa, ada yang mumpunyai purtunjukkan, ada yang mumpunyai turjumah. Maka biarlah sagala sa'suatu itu jadi dungan burfiedah.

27Maka jikalau barang siapa burtutur dungan bahsa yang tiada dikutaui orang, maka biarlah iya burtutur lupas orang sa'orang sampie dua, atau sa'lebih lebihnya sampie tiga orang; dan biarlah sa'orang munturjumahkan itu.

28Tutapi jikalau tiada jurubahsanya, maka biarlah iya mundiamkan dirinya dalam sidang jumaat; maka biarlah iya burtutur sundirinya, dan kapada Allah.

29Maka biarlah dua tiga orang nabi itu burkata kata, dan biarlah yang lain itu mumatutkan.

30Tutapi jikalau barang apa kunyataan yang dapat kapada orang yang duduk dukat itu, maka biarlah orang yang purtama diantara itu mundiamkan dirinya.

31Kurna skalian kamu bulih mungajar lupas sa'orang sa'orang, supaya samuanya blajar, dan samuanya bulih dihiburkan.

32Adapun roh sagala nabi itu ta'alok kapada nabi nabi.

33Kurna Allah itu bukannya asal yang mundatangkan kachau, mulainkan purdamiean, sapurti dalam sagala sidang jumaat orang yang salih.

34Maka biarlah sagala prumpuan kamu burdiam dirinya dalam sidang jumaat: kurna tiadalah diithinkan bagienya burkata kata; tutapi haruslah iya ta'alok dibawah prentah, sapurti yang tursubut dalam tauret pun.

35Adapun jikalau marika itu handak blajar barang apa, maka patutlah iya burtanya kapada lakinya dirumahnya: kurna munjadi malu bagie prumpuan burkata kata dalam sidang jumaat.

36Apa? furman Allah itu tulah turbit deripada kamukah? atau tulah datang kapada kamukah sahja?

37Maka jikalau barang sa'orang munyangkakan dirinya sa'orang nabi, atau sa'orang yang mundapat ilham, maka handaklah iya mungaku bahwasanya sagala purkara yang aku kirim surat ini kapada kamu itulah hukum hukum deripada Tuhan adanya.

38Tutapi jikalau barang sa'orang yang bubal, maka biarlah iya tinggal dungan bubal.

39Maka subab itu, saudara saudaraku, bahwa handaklah kamu tumaa akan burnabuat, dan janganlah munugahkan orang burkata kata dungan burbagie bagie bahsa.

40Maka biarlah sagala sa'suatu itu jadi dungan sapurtinya dan dungan puratorannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel