Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 18 >> 

1SHAHADAN kumdian deripada sagala purkara ini, maka kluarlah Paulus deri Athen, lalu sampielah kanugri Korinth:

2Maka didapatinyalah disana sa'orang Yahudi yang burnama Akila, iya itu dipuranakan dinugri Pontus, bahru datang deri bunua Italia, surta dungan istrinya yang burnama Priskilla; (subab Kiesar Klaudius tulah burtitah mungundorkan sagala orang Yahudi deri nugri Rom:) maka datanglah Paulus kapada marika itu.

3Maka subab sama punchariannya, tinggallah iya bursama sama dungan marika itu, surta bukurjalah: kurna puncharian marika itu munjadi tukang mumbuat khemah.

4Burmula maka adalah pada tiap tiap hari sabtu, iya mungajar dalam kunisa, dan mumbujuk orang Yahudi dan orang Grika.

5Adapun apabila Silas dan Timothius datanglah deri Macedonia, maka burgraklah hati Paulus, sambil iya bersaksi kapada orang Yahudi bahwa Isa itulah Almasih adanya.

6Tutapi apabila marika itu mulawan akan dia, surta munghujat agamanya, maka dikubaskannyalah pukieannya, surta burkata kapada marika itu, Bahwa kabinasaanmu kaatas kapalamu juga; aku tulah suchilah: maka skarang pun aku handak purgi kapada orang susat.

7Maka sutlah sudah iya lalu deri sana, masuklah iya karumah sa'orang yang burnama Justus, iya itu sa'orang burbahkti kapada Allah, maka rumahnya itupun adalah burhubung dungan kunisa.

8Maka adapun Krispus punghulu kunisa itu, surta sagala isi rumahnya pun purchayalah akan Tuhan; maka bubrapa orang Korinth yang munungar itupun purchayalah, surta dibaptis akan dia.

9Maka burfurmanlah Tuhan kapada Paulus dalam suatu punglihatan pada malam, Bahwa janganlah angkau takut, mulainkan ajarkan juga, janganlah burdiam dirimu:

10Kurna aku ini ada busurta dungan dikau, maka barang sa'orang juapun tiada dapat mulanggar atau mundatangkan bahya kaatasmu: kurna kaumku ada banyak dalam nugri ini.

11Maka duduklah iya disana sa'tahun anam bulan lamanya, mungajar purkataan Allah diantara marika itu.

12Subarmula maka adalah Gallio munjadi punghulu dibunua Akaia, maka burbangkitlah sagala orang Yahudi dungan satu hati mulawan Paulus, surta dibawanya akan dia katumpat bichara,

13Katanya, Bahwa orang inilah mungajak manusia munyumbah Allah atas jalan yang mulawan taurit.

14Maka apabila Paulus pun handak mumbuka mulutnya, maka burkatalah Gallio kapada orang orang Yahudi, Kalau bichara deri hal putar balik atau kusalahan, patutlah aku mumbicharakan dia dungan sa'bunarnya:

15Tutapi jikalau ini suatu sual deri hal purkataan atau nama nama, atau hukum agama, lihatlah kamu sundiri juga; aku tiada mau munjadi hakim atas purkara yang dumkian ini.

16Lalu dihalaukannyalah akan marika itu deri tumpat bichara.

17Maka ditangkap ulih orang Grika akan Sosthenis, punghulu kunisa itu, lalu dipukolnya akan dia dihadapan tumpat bichara. tutapi tiada dipudulikan ulih Gallio akan sagala purkara ini.

18Adapun sutlah Paulus sudah tinggal bubrapa lamanya disana, maka burmohonlah iya kapada sagala saudara, lalu naiklah iya kakapal, lalu burlayar kabanua Syria, dan adalah Priscilla dan Akila bursama sama dungan dia; sutlah sudah Paulus munggunting rambut kapalanya dinugri Cenkria: kurna iya tulah burnazar.

19Hata maka sampielah iya kaEfesus, maka ditinggalkannyalah marika itu disana; mulainkan iya sundiri juga masok kudalam kunisa, lalu mungajar orang Yahudi.

20Shahadan maka dipintalah ulih marika itu supaya iya tinggal sudikit hari lagi surtanya, maka ungganlah iya;

21Maka burmohonlah iya kapada marika itu, katanya, Ta'dapat tiada aku handak mundapati hari raya yang datang ini diJerusalem: kumdian aku akan kumbali kapada kamu skalian, insha Allah. Hata burlayar iya deri Efesus.

22Maka sutlah sampielah iya kanugri Kesarea, lalu naiklah iya kadarat, surta mulawat sidang jumaat sana, maka turunlah iya kaAntiok.

23Maka sutlah sudah iya diam disana bubrapa lamanya, maka kluarlah iya mulalui burturut turut bunua Galatia dan Frigia, sambil munutapkan sagala murid itu.

24Alkesah maka adalah sa'orang orang Yahudi yang burnama Apollos, yang dipuranakkan dinugri Iskandria, maka, iyalah sa'orang fasik, lidahnya, pandie burchakap, lagi pun paham akan kitab, iya itu datang kanugri Efesus.

25Adapun iya itu tulah diajari akan jalan Tuhan: maka subab rajin hatinya, lalu iya mumashorkan dan mungajar deri hal Tuhan, tutapi dikutauinya baptisan Yahya sahja.

26Maka dimulainyalah mumashorkan dalam kunisa dungan bebasnya: maka apabila didungar ulih Akila dan Priscilla, lalu dipanggilnya akan dia, surta diartikannya padanya jalan Allah lebih trus trang.

27Adapun apabila orang itu handak purgi kanugri Akaia, maka sagala saudara pun burkirimlah surat, dungan nasihat kapada sagala murid disana supaya munyambut dia; maka apabilah sampielah iya kasana, banyaklah tulongan yang dibrinya kapada sagala orang yang purchaya ulih nihmatnya:

28Kurna ditumplaknya orang Yahudi itu, burtalaran dungan usaha yang amat sangat, surta ditunjokkannya deripada kitab bahwa Isa itu Almasih adanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel