Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 15 >> 

1HATA maka sutlah kaesokkan harinya pada pagi, maka kupala kupala imam itupun mumbuatlah suatu mujulis bichara dungan orang orang tua tua, dan khatib khatib, dan sa'mua orang orang bichara, maka Isa diikat, dibawalah ulih marika itu purgi, lalu disurahkannya akan dia kapada Pilatus.

2Maka ditanya ulih Pilatus akan dia, Angkaukah raja orang Yahudi? Maka dijawabnya surta burkata kapadanya, Sapurti kata kamu itu.

3Maka kupala kupala imam itu munudoh akan dia atas bubrapa purkara: maka suatu pun tiada dijawabnya.

4Maka burtanya pula Pilatus, katanya, Tiadakah angkau munjawab suatupun? tengoklah bubrapa banyak marika itu mumbri saksi mulawan akan dikau.

5Tutapi suatupun tiada dijawab Isa; sampie Pilatus pun hieranlah.

6Maka adapun pada hari raya itu, dilupaskannya kapada marika itu sa'orang orang dalam punjara, barang siapa yang dikahandaki ulih marika itu.

7Maka adalah disana sa'orang yang burnama Baraba, yang ada turikat dungan orang orang yang tulah burbuat durahka sama sama dia, iya itu tulah mumbunoh orang dalam durahkanya itu.

8Maka bulatantara itupun burtreaklah kuat kuat, mumulai muminta kapadanya burbuat sapurti yang tulah dipurbuatnya sa'lalu kapada marika itu.

9Tutapi disahut ulih Pilatus kapada marika itu, katanya, Maukau kamu supaya aku lupaskan bagie kamu Raja orang Yahudi ini?

10Kurna iya mungataui kupala kupala imam itu tulah munyurahkan dia dungan dungki.

11Tutapi diasut ulih kupala kupala imam akan kaum itu, supaya baik dilupaskannya Baraba bagie marika itu.

12Maka Pilatus munjawab pula kapada marika itu, Apakah kahandak kamu supaya aku purbuat kapada orang yang kamu kata Raja orang Yahudi itu?

13Maka burtreaklah pula marika itu kuat kuat, Salihkanlah akan dia.

14Sutlah itu maka burkatalah Pilatus kapada marika itu, Mungapa, apakah jahat yang tulah dipurbuatnya? Maka makinlah burtreaklah marika itu sangat sangat, Salibkanlah akan dia.

15Maka dungan hal yang dumkian, Pilatus itu, handak mumuaskan kaum itu, dilupaskannyalah akan Baraba kapadanya, lalu disurahkannya Isa akan disalibkan, sutlah sudah disusahnya akan dia.

16Maka dibawalah ulih raya akan dia dibaleirong, yang burnama Pretorium; maka dihimpunkannyalah sa'muanya pasukan.

17Maka dipakiekan ulih marika itu akan dia baju ungu, maka dianyamkannyalah suatu mahkota deripada duri, lalu dikunakannya dikapalanya,

18Lalu dimulainya mumbri sulam akan dia, Hie Raja orang Yahudi!

19Maka dipalu ulih marika itu kapalanya dungan sa'batang bulu, lalu diludahinya akan dia, surta burtulut munyumbah akan dia.

20Maka apabila sudah diolok olokkan ulih marika itu akan dia, ditanggalkanlah baju ungu itu deripadanya, lalu dikunakannya pukieannya sundiri, maka dibawanya kluar akan dia handak disalibkan.

21Maka dipaksa ulih marika itu Simon, mungangkat kayu salibnya, iya itu orang Kirenian, yang lalu lalang, datang deri dalam nugri, iya itu bapa Askandar dan Kufus.

22Maka dibawalah ulih marika itu akan Isa kapada tumpat yang burnama Golgotha, yang tursalin, artinya, tumpat tungkorak.

23Maka dibrilah ulih marika itu akan dia minum ayer anggor yang turchampur dungan mur: tutapi tiadalah ditrimanya.

24Maka apabila sudah disalibkan ulih marika itu akan dia, maka dibahgilah ulih marika itu akan pukiean pukieannya, dibuangnya undie diatasnya, apa yang patut diambil ulih masing masing orang.

25Maka pada jam yang katiga, disalibkanlah ulih marika itu akan dia.

26Maka surat tudohannya dituliskan diatasnya, RAJA ORANG YAHUDI.

27Maka adalah bursama sama dungan dia disalibkan ulih marika itu dua orang punyamun; sa'orang sa'blah kanannya, dan yang lain disa'blah kirinya.

28Maka kitab pun tulah gunaplah, katanya, Iya tulah turbilang dungan orang orang durahka.

29Maka barang orang yang lalu lalang munista akan dia, sambil munggonchang kapalanya, katanya, Hie angkau yang mumbinasakan akan kaabah, dan mumbangunkan akan dia dalam tiga hari,

30Lupaskanlah dirimu sundiri, turun deri salib itu.

31Maka kupala kupala imam itupun mungolok olokkan, katanya sama sundirinya surta dungan khatib khatib, Iya tulah mulupaskan orang orang lain lain; akan dirinya sundiri tiada bulih dilupaskannya.

32Biarlah Almasih, Raja orang Israel itu, turun skarang deri salib, supaya kami mulihat dan purchaya. Maka orang yang disalibkan bursama sama dungan dia itupun munista akan dia.

33Maka apabila sampielah jam yang kaanam, maka datanglah gulap kapada sagala tumpat sampie kapada jam yang kasambilan.

34Maka pada jam yang kasambilan itu, Isa pun burtreaklah dungan nyaring suaranya, katanya, Eloi, Eloi, lama sabahthani? yang tursalin, artinya, Allahku, Allahku, mungapakah angkau muninggalkan aku?

35Maka barang orang orang yang ada burdiri dukat, apabilah didungarnya itu, katanya, Tengoklah, iya mumanggil Ilias.

36Maka burlarilah sa'orang, diisinya chuka punuh dalam lumut karang, dan dibubohkannya pada sa'batang buluh, dibrikannya akan dia minum, katanya, Biarkanlah dia; biar kita tengok kalau datang Ilias munurunkan dia.

37Maka Isa pun burtreaklah dungan nyaring suaranya, lalu putuslah nyawanya.

38Maka tirei kaabah pun chareklah bulah dua, deri atasnya sampie kabawah.

39Maka apabila punghulu sa'ratus orang yang burdiri, bursubrangan dungan dia itu, mulihat iya bugitu burtreak kras, dan sudah putus nyawanya, katanya, Sa'bunarlah orang ini Anak Allah.

40Maka adalah disana prumpuan prumpuan pun mulihat deri jauh: maka diantaranya itu ada Muriam Magdalani, dan Murium ibu Yakob kuchil dan Yuso, dan Salomi:

41(Yang tulah mungikut akan Isa, tutkala iya diGalilia, dan tulah burhodmat akan dia;) dan banyaklah prumpuan yang lain lain pun yang tulah datang bursama sama dungan Isa kaJerusalem.

42Maka apabila sampielah putang, subab hari disudiakan, iya itu, hari dahulu deripada hari sabtu,

43Maka Yusof orang Arimathea, iya itu sa'orang orang bichara, yang turmulia, dan lagipun munantikan krajaan Allah, datanglah iya, masok dungan braninya muminta kapada Pilatus, akan mayat Isa.

44Maka hieranlah Pilatus kalau sudah iya mati: maka dipanggilnyalah akan punghulu sa'ratus orang, ditanyanya akan dia kalau kalau sudah lamakah iya mati.

45Maka apabila dikutauinyalah deripada punghulu sa'ratus orang itu, dibrikannyalah akan mayat itu kapada Yusof.

46Maka dibulikannyalah kain khasa nipis, lalu diturunkannyalah akan Isa, surta dibungkusnya dalam kain khasa itu, maka ditarohkannyalah dalam suatu kubor yang tulah turkorek deripada sa'buah batu, maka digolekkannya sa'buah batu kapada pintu kubor.

47Maka Muriam Magdalani, dan Muriam ibu Yuso pun mulihatlah dimana Isa tulah dilutakkan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran