Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 8 >> 

1SHAHADAN maka adalah pada hari itu bulatantara turlalu banyak, maka suatupun tiada apa handak dimakannya, maka dipanggillah ulih Isa akan murid muridnya surta katanya, kapada marika itu,

2Kasihanlah aku akan bulatantra ini, kurna marika itu sudah bursama sama dungan aku tiga hari, maka suatupun tiada apa handak dimakannya:

3Maka jikalau kiranya kusuruhkan marika itu balik karumahnya dungan laparnya, maka nanti marika itu kulak luteh dijalan: kurna banyak deripada marika itu datang deri jau.

4Maka dijawab ulih murid muridnya akan dia, Bagimanakah bulih sa'orang mungunyangkan orang orang ini dungan roti dalam padang bulantara ini?

5Maka ditanyalah ulih Isa kapada marika itu, Ada brapakah roti kapada kamu? Maka jawab marika itu, tujoh.

6Maka disuruhkannyalah akan sagala orang orang itu duduk ditanah: lalu diambilnyalah tujoh buah roti itu, surta munguchap shukur, maka dipuchahkannya, surta dibrikannya kapada murid muridnya, disuruhnya taroh dihadapan marika itu, maka ditarohkan marika itu akan roti itu dihadapan marika itu.

7Maka adalah kapada marika itu sudikit ikan kuchil kuchil: maka diburkatinya akan dia, surta disurohnya lutakkan itu pun dihadapan marika itu.

8Kumdian dimakannyalah marika itu sampie kunyang: maka diangkat ulih marika itu pucha puchaan makanan itu yang turtinggal, tujoh bakol.

9Adapun orang yang makan itu adalah kira kira ampat ribu: disurohkannyalah marika itu purgi,

10Maka masoklah iya kadalam prahu bursurta dungan murid muridnya, maka datanglah kadalam antara tanah Dalmanutha.

11Maka datanglah orang Faresia mumulai bursual kapada Isa, muminta kapadanya suatu alamat deri langit, handak munchobai akan dia.

12Maka munglohlah iya dalam hatinya, katanya, Mungapakah bangsa ini munchari suatu alamat? maka sasunggohnya aku burkata kapadamu, tiada suatu alamatpun akan dibri kapada bangsa ini.

13Maka ditinggalkannyalah marika itu, lalu masok pula kadalam prahu, surta purgilah pula kasubrangsana.

14Adapun murid muridnya itu tulah turlupalah mumbawa roti, mulainkan ada kapada marika itu dalam prahu sa'buah roti sahja.

15Maka dipusan ulih Isa akan marika itu, katanya, Purhatikan, jagalah baik baik kamu deripada ragi orang orang Faresia, dan deripada ragi Herodis.

16Maka disangkakan ulih marika itu diantara sama sindirinya, katanya, lnilah ulih subab kita tiada roti.

17Shahadan apabila dikutauilah ulih Isa itu, maka katanya, kapada marika itu, Mungapa kamu sangka ulih subab kamu tiada roti? bulomkah kamu mundapat kunyataannya, atau mungurti? hati kamu kraskah lagi?

18Kamu ada burmata, tiadakah kamu mulihat? dan ada burtulinga tiadakah kamu munungar? maka tiadakah kamu ingat?

19Maka apabila aku puchahkan lima buah roti itu diantara lima ribu orang, brapa bakolkah kamu mungangkat remah remahnya? maka kata marika itu kapadanya, Dua blas.

20Maka apabila tujoh buah roti diantara ampat ribu orang itu, brapa bakolkah punoh dungan remah remahnya kamu angkat? Maka kata marika itu, Tujoh.

21Maka katanya kapada marika itu, Bagimanakah ini kamu tiada mungarti?

22Maka datanglah iya kaBethseida; maka dibawalah ulih marika itu sa'orang orang buta kapadanya, supaya dijamahnya akan dia.

23Maka dipuggangnyalah akan orang buta deri tangan, lalu dipimpinnya kluar nugri; maka sutlah sudah diludahnya akan matanya, lalu dilutakkannya tangannya kaatasnya, surta ditanya akan dia, kalau ada iya mulihat apa apa.

24Maka tungadahlah iya, lalu katanya, Aku mulihat orang sapurti pohon pohon burjalan.

25Kumdian deripada itu dibubuhnya pula tangannya kaatas matanya, disurohnya tungadah: maka sumbohlah iya, maka diliatnya skalian orang dungan trangnya.

26Maka disurohnya akan dia kumbali karumahnya, katanya, Jangan angkau purgi kadalam nugri, janganlah angkau katakan kapada sa'orangpun dalam nugri.

27Maka Isa surta murid muridnyapun kluarlah, purgi kapada nugri nugri Kisaria Filipi: maka dijalan, burtanyalah iya kapada murid muridnya, katanya kapada marika itu, Siapakah orang orang kata aku ini?

28Maka jawab marika itu, Yahya Pumbaptisa: tutapi kata stungah, Elias; dan kata orang lain, sa'orang deripada nabi nabi.

29Maka katanya kapada marika itu, Tutapi kamu kata siapakah Aku ini? Maka jawab Petros surta katanya kapadanya, Bahwa angkaulah dia Almasih.

30Maka dipintanya kapada marika itu supaya jangan dikatakan ulih marika itu kapada sa'orang pun deri halnya.

31Maka dimulainya mungajar akan marika itu, adapun anak manusia itu dapat tiada murasai bubrapa purkara sangsara, surta ditolakkan ulih orang tua tua, dan kupala kupala imam, dan khatib khatib, surta dibunohnya, maka kumdian deripada tiga hari kulak akan burbangkit pula.

32Maka dikatakannya akan purkataan itu nyata nyata. Maka diambil ulih Petros akan dia, surta dimulainya munugahkan dia.

33Tutapi apabila burpalinglah iya, surta mulihat akan murid muridnya, maka ditungkingnya akan Petros, katanya, Lalu angkau deri hadapanku, Shietan: kurna tiada angkau indahkan barang purkara purkara yang jadi deripada Allah, mulainkan purkara purkara yang jadi deripada munusia.

34Maka apabila sudahlah dipanggilnya orang orang itu kapadanya, surta dungan murid muridnya pun, maka katanya kapada marika itu, Barang siapa yang handak mungikut aku, maka biarlah iya munyungkali akan dirinya sundiri, surta mungangkat salibnya, lalu mungikut aku.

35Kurna barang siapa yang handak mumliharakan jiwanya, maka iya akan hilang dia; tutapi barang siapa akan munghilangkan jiwanya ulih subab aku dan subab injil pun, maka iya itu akan turpulihara.

36Kurna apakah kulak kauntungan bagie sa'orang manusia, jikalau iya akan mundapat sagala dunia ini, tapi jiwanya sundiri hilang?

37Atau apakah sa'orang manusia mumbri tukaran jiwanya itu?

38Maka subab itu jikalau kiranya barang siapa malu munurima akan daku dan akan purkataanku dalam bangsa pursundalan dan burdosa ini: maka kapada iyalah kulak akan Anak manusia pun malu munurima, apabila iya datang kulak dalam kamuliaan Bapanya surta maliekat maliekat yang suchi itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran