Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 7 >> 

FATSAL VII.

1ADAPUN skarang deri hal pŭrkara pŭrkara yang kamu tŭlah bŭrkirim surat kapadaku itu, maka baiklah juga sa’orang laki laki itu tidak mŭnjamah pŭrampuan.

2Kŭndatilah, asal jangan bŭrzinah, biarlah kiranya masing masing laki itu mŭnaroh istrinya sŭndiri, dan biarlah masing masing pŭrampuan itu pun mŭnaroh lakinya sŭndiri.

3Maka handaklah laki itu bŭrlaku kapada istri itu dŭngan kasihan yang patut: dan dŭmkian lagi pula istri itupun kapada laki itu.

4Adapun istri itu tiadalah bŭrkwasa atas dirinya sŭndiri, mŭlainkan laki: dan dŭmkian lagi pula laki itu tiada bŭrkwasa atas dirinya sŭndiri, mŭlainkan istri.

5Maka janganlah kamu bŭrasing asing sa’orang dŭngan sa’orang, mŭlainkan kalau ada dŭngan kasukaan antara kadua pada barang kutika lamanya, supaya kamu dapat sŭnang akan puasa dan bŭrdoa; maka kumdian bŭrdampinglah pula, supaya jangan Shietan itu mŭnchobai kamu sŭbab tiada dapat kamu mŭnahani kainginanmu.

6Tŭtapi aku mŭngatakan ini dŭngan izin sahja, bukannya dŭngan hukum.

7Kŭrna kukahandaki supaya sagala manusia itu spŭrti aku ini adanya. Tŭtapi masing masing mŭndapat anugrah dŭngan spatutnya deripada Allah, sa’orang bŭgini sa’orang bŭgitu.

8Maka sŭbab itulah aku bŭrkata kapada yang bŭlom kahwen, dan kapada pŭrampuan pŭrampuan janda, Bahwa baik bagie marika itu jikalau iya tinggal juga spŭrti aku ini.

9Tŭtapi jikalau marika itu ta’bulih tahan, biarlah iya kahwen: kŭrna tŭrlebih baik bŭrkahwen deripada tŭrhangus.

10Tŭtapi kapada orang yang bŭrkahwen itu aku bŭrpŭsan, tŭtapi bukannya pŭsananku, mŭlainkan Tŭhan, Bahwa janganlah istri itu bŭrchŭrie deripada lakinya:

11Akan tŭtapi jikalau iya bŭrchŭrie, maka biarlah iya tinggal dŭngan tiada kahwen, atau jadi bŭrdamie dŭngan lakinya: maka janganlah lakinya itu mŭmbuangkan istrinya.

12Tŭtapi kapada orang lain lain aku bŭrkata, bukannya Tuhan: Jikalau kiranya ada kapada barang saudara sa’orang istri yang tiada bŭriman, maka jika suka pŭrampuan itu dudok dŭngan dia, maka janganlah dibuangkannya dia.

13Maka pŭrampuan itu yang ada sa’orang bŭrlaki yang tiada bŭriman, maka jikalau iya suka dudok dŭngan pŭrampuan itu, maka janganlah kiranya dilŭpaskan ulih pŭrampuan itu akan dia.

14Kŭrna laki yang tiada bŭriman disuchikan ulih istrinya, dan istri yang tiada bŭriman disuchikan ulih lakinya: maka jikalau tiada dŭmkian, maka anak anakmu itu tiada suchi; tŭtapi skarang marika itu suchi adanya.

15Tŭtapi jikalau yang tiada bŭriman itu pŭrgi, biarlah iya pŭrgi. Maka sa’orang saudara laki laki atau saudara pŭrampuan tiada tŭrsangkot dalam hal yang dŭmkian: tŭtapi Allah mŭnjŭmpot akan kami kapada kasŭntosaan.

16Kŭrna, hie istri, bagimanakah angkau mŭngatahui kalau kalau angkau bulih mŭmbri slamat kapada lakimu? atau, hie laki, bagimanakah angkau mŭngatahui kalau kalau angkau bulih mŭmbri slamat kapada istrimu?

17Tŭtapi spŭrti Allah tŭlah mŭmbahgikan kapada masing masing orang, spŭrti Tuhan tŭlah mŭmileh masing masing orang dŭmkianlah juga handaknya iya bŭrlakukan. Dan dŭmkian lagi aku bŭrpŭsan kapada sagala sidang jŭmaah.

18Adakah barang sa’orang tŭlah dipileh sudah iya bŭrsunat, maka janganlah iya mŭnjadi kulop. Adakah barang sa’orang tŭlah dipileh tŭtkala iya lagi kulop? maka janganlah iya disunatkan.

19Maka bŭrsunat itu tiada suatu apa, dan kulop itu pun tiada suatu apa, mŭlainkan mŭmliharakan hukum Allah.

20Maka biarlah masing masing orang itu tinggal dalam pangkat yang tŭlah iya dipileh itu.

21Adakah angkau tŭlah dipileh pada masa angkau lagi hamba? janganlah angkau pŭduli sŭbab itu: tŭtapi jikalau angkau bulih mŭnjadi mŭrdehka, lebih baiklah itu.

22Maka barang siapa yang dipileh ulih Tuhan, sungguh pun iya sa’orang hamba, maka iya juga jadi sa’orang mŭrdehka Tuhan: dŭmkian lagi pula barang siapa yang dipileh, sungguh pun iya sa’orang mŭrdehka, maka iya itu hamba Almasih.

23Adapun kamu ini tŭlah ditŭbos dŭngan suatu harga; maka janganlah kamu mŭnjadi hamba manusia.

24Hie saudara saudara, bahwa handaklah masing masing orang yang dalam pangkat mana iya tŭlah dipileh, disitulah juga tinggal kŭrna Allah.

25Adapun deri hal sagala anak darah, maka tiadalah bagieku hukum deripada Tuhan: tŭtapi aku bri akhtiarku, spŭrti sa’orang yang tŭlah mŭndapat kamurahan deripada Tuhan, supaya mŭnjadi sŭtiawan.

26Maka sŭbab itulah pada sangkaku, iya itu baik juga deri sŭbab kasukaran yang ada pada masa ini, maka baiklah juga orang itu tinggal dŭmkian.

27Adakah angkau tŭrikat dŭngan suatu istri? maka janganlah angkau chari jalan mŭlŭpaskan dia. Adakah angkau tŭrlŭpas deripada sa’orang istri? maka janganlah angkau mŭnchari istri lain.

28Tŭtapi jikalau angkau kahwen, maka tiada angkau bŭrdosa; dan jikalau sa’orang anak darah kahwen, maka tiada iya bŭrdosa; mŭlainkan orang yang bŭrbuat dŭmkian, iya itu kŭlak mŭndapat susah dirinya: tapi aku sayangkan kamu.

29Tŭtapi aku bŭrkata ini, hie saudara saudara, adapun waktu itu picheklah: dalam hal yang dŭmkian, orang yang bŭristri itu kiranya spŭrti orang yang tiada bŭristri.

30Dan orang yang mŭnangis, itupun spŭrti orang yang tiada mŭnangis; dan orang yang tŭrmasa itu spŭrti orang yang tiada tŭrmasa; dan orang yang mŭmbli itupun spŭrti orang yang tiada mŭmpunyai.

31Dan orang yang mŭmakie dunia ini, spŭrti orang yang mŭmakie dia dŭngan tiada bŭrsalah: kŭrna adat dunia ini akan lŭnyap.

32Bahwa aku kahandaki kamu janganlah bŭrsusah susah. Adapun orang yang tiada bŭrkahwen itu dia mŭngindahkan pŭrkara deripada Tuhan, bagimana iya bulih mŭnyukakan Tuhan:

33Tŭtapi orang yang kahwen itu mŭngindahkan pŭrkara dunia ini, bagimana iya bulih mŭnyukakan istrinya.

34Maka adalah kŭlainannya diantara istri dŭngan anak darah itu. Bahwa pŭrampuan yang bŭlom kahwen itu mŭngindahkan akan pŭrkara Tuhan, supaya iya bulih mŭnjadi suchi kaduanya, iya itu tuboh dan jiwa; tŭtapi pŭrampuan yang sudah kahwen itu, iya mŭngindahkan akan pŭrkara dunia, bagimanakah iya bulih mŭnyukakan lakinya.

35Maka pŭrkataan ini kukatakan ulih untong kamu sŭndiri; bukannya supaya aku buangkan jŭrat ka’atas kamu, tŭtapi kŭrna supaya mŭndatangkan mulia, dan supaya kamu bulih bŭrkhodmat kapada Tuhan dŭngan tiada tŭrkachau.

36Tŭtapi jikalau barang sa’orang mŭnyangka iya mŭlakukan dirinya itu tiada dŭngan spatutnya kapada anak darahnya, jikalau anak itu sudah balir, dan patutlah dipŭrsuamikannya, maka biarlah dipŭrbuatnya spŭrti yang dikahandakinya, maka tiada iya bŭrdosa: biarlah dia orang kahwen.

37Tŭtapi barang siapa yang bŭrdiri tŭtap dalam hatinya, dŭngan tiada dipaksa, mŭlainkan adalah iya mŭmpunyai kwasa atas kahandaknya sŭndiri, sŭtlah sudah ditŭntukannya dŭmkian dalam hatinya yang iya akan mŭnyimpan akan darahnya itu, baiklah.

38Maka sŭbab dŭmkianlah, orang yang mŭmbri dia kahwen itupun baiklah; dan orang yang tiada mŭmbri iya kahwen itupun tŭrlebih baiklah.

39Adapun istri itu bŭrgantong ulih hukum slagi lakinya itu hidop; tŭtapi jikalau lakinya itu mati, maka bibaslah iya, bulih iya kahwen dŭngan barang siapa yang disukainya; mŭlainkan dŭngan kŭrna Tuhan.

40Tŭtapi tŭrlebih sŭnanglah bagie pŭrampuan itu jikalau iya tinggal dŭmkian, spŭrti akhtiarku: dan aku pun sangka bahwa aku mŭmpunyai Roh Allah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran