Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus, dan Silvanus, dan Timothius, iya itu datang kapada sidang jŭmaah orang Thessalonika, yang ada dalam agama Allah, iya itu Ayah dan Tuhan Isa Almasih; maka biarlah kiranya anugrah kapada kamu, dan sŭjahtralah deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

2Maka adalah kami mŭnguchap shukor kapada Allah pada sŭdiakala, sŭbab kamu skalian, sŭrta mŭnyŭbutkan hal kamu dalam sagala doa kami;

3Sŭrta ingat dŭngan tiada bŭrkaputusan derihal pŭrbuatan iman kamu, dan kalŭlahan kasih, sŭrta sabar deri kŭrna harap kamu bagie Tuhan kami Isa Almasih, kahalrat Allah, iya itu Ayah kami.

4Sŭbab kami tŭlah mŭngatahui saudara saudara yang kŭkasih, kamu pilehan Allah adanya.

5Kŭrna Injil kami tiada sampie kapada kamu dŭngan pŭrkataan sahja, mŭlainkan dŭngan kwasa, dan dŭngan Roh Alkudos, dan sŭrta bŭbrapa yakin, spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui, apakah macham orang kami ini diantara kamu, ulih sŭbab kamu.

6Adapun kamulah tŭlah mŭnjadi pŭngikot kami dan Tuhan, sŭbab kamu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan itu dalam bŭbrapa kasukaran, dŭngan kasukaan Roh Alkudos.

7Sahingga kamu tŭlah mŭnjadi tuladan bagie sagala orang yang pŭrchaya diMakadonia dan Akaia.

8Kŭrna deripada fihak kamulah tŭlah pŭchah bunyi pŭrkataan Tuhan itu, bukannya dalam Makadonia dan Akaia sahja, mŭlainkan dalam sagala tŭmpat pun iman kamu kapada Allah tŭlah tŭrmashorlah; maka sŭbab itu ta’usahlah kami mŭngatakan barang apa apa deri hal itu lagi.

9Kŭrna marika itu sŭndiri tŭlah mŭngunjokkan deri hal kami, bagimanakah pri kadatangan kami pada kamu, dan bagimanakah kamu tŭlah bŭrpaling kapada Allah deripada bŭrhala, sŭrta bŭrbakti kapada Allah yang hidop dan bŭnar itu.

10Dan mŭnantikan kŭlak Anaknya deri shorga, yang tŭlah dihidopkannya deripada matinya, iya itu Isa yang tŭlah mŭlŭpaskan kami deripada morka yang akan datang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tesalonika 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran