Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Tesalonika 4 >> 

FATSAL IV.

1TAMBAHAN pula, saudara saudara, kami pinta sŭrta mŭnasihatkan kamu dŭngan bŭrkat Tuhan Isa, bahwa spŭrti yang kamu sudah mŭnŭrima deripada kami, iya itu bŭtapa patut kamu jalankan dan mŭmbuat kŭrelaan Allah, dŭmkianlah handaknya kamu bŭrtambah makin makin lebih.

2Kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, hukum hukum apakah yang kami tŭlah mŭmbri kapada kamu ulih Tuhan Isa.

3Kŭrna inilah kahandak Allah, iya itu deri hal kasuchianmu, supaya kamu patut tŭrplihara deripada zinah.

4Supaya tiap tiap orang deripada kamu patut mŭngatahui bagimana mŭmpliharakan bŭjananya dalam kasuchian dan kamulian.

5Bukannya dŭngan kainginan hawa nafsu, spŭrti pŭrbuatan orang sŭsat yang tiada mŭngatahui Allah.

6Maka janganlah barang sa’orang juapun mŭliwat, dan mŭmpŭrdayakan saudaranya dalam barang pŭrkara: kŭrna Tuhanlah mŭnjadi pŭmbalas akan sagala orang yang dŭmkian, spŭrti kami pun sudah mŭngingatkan dan bŭrsaksi kapada kamu.

7Kŭrna bukannya kami ini dijŭmpot Allah akan bŭrbuat nŭjis, mŭlainkan bŭrbuat suchi.

8Maka sŭbab itu orang yang ŭnggau itu, maka bukannya iya ŭnggankan manusia, mŭlainkan Allah, yang tŭlah mŭngurniakan Rohnya yang suchi itu kapada kami.

9Maka deri hal kasih antara saudara bŭrsaudara itu, ta’usahlah aku tuliskan pada kamu: kŭrna kamu sŭndiri tŭlah diunjokkan Allah akan mŭngasihi sa’orang akan sa’orang.

10Maka sungguh adalah kamu bŭrbuat yang dŭmkian kapada sagala saudara yang ada dalam sŭluroh Makadonia: tŭtapi kami mŭminta kapada kamu saudara saudara, supaya kamu bŭrtambah makin makin lebih.

11Dan lagi handaklah kamu bŭlajar mŭnjadi orang pŭndiam, dŭngan bŭrbuat pŭkŭrjaan sŭndiri sŭndiri sahja, dan bŭkŭrja dŭngan tanganmu sŭndiri, spŭrti yang kami tŭlah mŭnyuroh.

12Supaya kamu bŭrlakn dŭngan tulosnya kapada sagala orang kluaran, dan jangan kŭlak kamu bŭrkorangan dalam barang pŭrkara.

13Maka aku ta’mahu biarkan angkau mŭnjadi bodoh, saudara saudara, deri hal sagala orang yang mangkat bŭradu, supaya jangan kamu bŭrdukachita, spŭrti orang lain lain yang tiada mŭnaroh harap.

14Kŭrna jikalau kami pŭrchaya Isa itu tŭlah mati dan tŭlah hidop pula, maka dŭmkianlah juga kŭlak marika itupun yang mangkat bŭradu dŭngan bŭrkat Isa, iya itu dibawa Allah kapadanya.

15Kŭrna pŭrkataan kami ini kapada kamu dŭngan fŭrman Tuhan, adapun kami ini yang ada hidop sŭrta tinggal sampie kapada kadatangan Tuhan itu, tiada akan mŭndahului akan orang orang yang adalah mangkat bŭradu adanya.

16Kŭrna Tuhan sŭndiri akan datang deri dalam shorga dŭngan tŭmpek, dan dŭngan swara pŭnghulu mŭliekat, dan dŭngan sangkakala Allah, maka sagala orang yang tŭlah mati dŭngan bŭrkat Almasih itu akan bŭrbangkit dahulu.

17Kumdian kami ini pula yang ada hidop sŭrta tinggal, akan diangkatkan bŭrsama sama dŭngan marika itu dalam awan awan, akan bŭrtŭmu dŭngan Tuhan diudara: maka dŭmkianlah kŭlak kami ada bŭsŭrta dŭngan Tuhan slama lamanya.

18Maka sŭbab itu handaklah dihiburkan sa’orang akan sa’orang dŭngan pŭrkataan ini.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Tesalonika 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel