Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Timotius 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus, sa’orang rasul Isa Almasih dŭngan prentah Allah pŭnulong kami, dan Tuhan Isa Almasih, pŭngharapau kami.

2Iya itu datang kapada Timothius, anakku sŭndiri yang dalam iman: maka biarlah nihmat, dan rahmat, dan slamat, kiranya atasmu deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Isa Almasih Tuhan kami.

3Spŭrti yang tŭlah aku mŭminta kapadamu tinggallah lagi diEfesus, apabila aku pŭrgi kanŭgri Makadonia, supaya bulih angkau amanatkan barang orang jangan iya mŭngajar pŭngajaran yang lain.

4Dan jangan pula dŭngar dŭngarkan akan chŭrita yang bukan bukan, dan deri hal katuronan yang tiada bŭrkaputusan, yang mŭndatangkan bŭrsual sual lebih deripada ibadat kapada Allah yang ada dalam iman yang bŭrfiedah.

5Adapun kasudahan hukum itu pŭngasihan adanya, yang tŭrbit deripada hati yang suchi, dan angan angan hati yang baik, dan deripada iman yang jauh deripada pura pura.

6Maka deripada hal yang dŭmkianlah, ada orang yang tŭlah sŭsat tŭrbalik kapada pŭrbantahan yang sia sia.

7Maka dikahandakinya mŭnjadi alim alim dalam hukum tauret; tŭtapi tiadalah dikŭtahuinya apa yang dikatakannya itu, atau deri mana marika itu mŭndapat kanyataannya.

8Tŭtapi kami kŭtahui tauret itu baik adanya, jikalau orang mŭnggunakan dia itu dŭngan spatutnya;

9Sŭbab tŭlah dikŭtahui dŭmkian ini, iya itu hukum itu bukannya diadakan sŭbab orang bŭnar, mŭlainkan sŭbab kŭrna orang orang dŭrhaka, dan yang tiada mahu ta’lok, dan pada orang yang fasik, dan bŭrdosa, dan pada orang orang nŭjis, dan orang orang chabol, dan pada orang orang yang mŭmbunoh bapa, dan pada orang yang mŭmbunoh ibu, dan pada orang yang mŭmbunoh orang;

10Dan pada orang orang pŭrsundalan, dan pada orang orang liwat, dan pada orang orang mŭnchuri orang, dan pada orang orang pŭmbohong, dan pada orang orang bŭrsumpah dusta, dan jikalau ada barang pŭrkara lain lain yang mŭlawan pŭngajaran yang baik.

11Mŭnurot kamulian Injil deripada Allah yang bŭrahmat, yang tŭlah disŭrahkan padaku.

12Maka mŭnguchap shukorlah aku yang tŭlah mŭmbri kwasa padaku, sŭbab iya tŭlah mŭmbilangkan aku sa’orang sŭtiawan, lalu ditŭntukannya akan daku dalam jawatan Injil ini;

13Yang pada mulanya aku ini sa’orang mŭnghujat akan agamanya, dan pŭngannyaya, dan mŭngŭsakkan orang; tŭtapi aku sudah mŭndapat kasihan, ulih sŭbab kupŭrbuat itu dŭngan bŭbal sŭrta dŭngan tiada bŭriman.

14Tŭtapi anugrah Tuhan kami tŭlah lempahlah sangat, sŭrta dŭngan iman dan kasih akan Isa Almasih.

15Maka inilah pŭrkataan yang sŭtiawan, dan sŭpatut patutnya akan ditrima, bahwasanya Isa Almasih itu tŭlah datang kŭdalam dunia akan mŭmbri slamat kapada orang bŭrdosa; dalam antaranya itu akulah yang kŭpala.

16Tŭtapi sŭbab inilah aku tŭlah mŭndapat kasihan, supaya mula mula diunjokkan ulih Isa Almasih sabarnya yang tŭrlalu amat lanjut itu dalamku, akan mŭnjadi tauladan bagie sagala orang yang nanti pŭrchaya kŭlak padanya, akan bŭrulih slamat yang kŭkal.

17Maka skarang brilah kiranya hormat, dan kamuliaan kapada Raja yang kŭkal, dan baka, dan tiada klihatan, dan iyalah sahja Allah yang bŭrhikmat sampie slama lamanya. Amin.

18Bahwa adapun hukum inilah aku amanatkan padamu Timothius anakku, mŭnurot nabuatan yang sudah dikatakan dahulu deri hal angkau, supaya angkau dapat bŭrprang dŭngan pŭprangan yang baik akan mŭnggŭnapi dia itu.

19Dŭngan mŭmliharakan iman, dan angan angan yang baik; maka ada sparoh orang tŭlah mŭnolakkan dia itu deri hal iman, sampie karamlah iya.

20Maka dalam antaranya, iya itu Himenius dan Iskander; yang tŭlah kusŭrahkan kapada Shietan, supaya marika itu jangan bŭlajar mŭnghujat akan agama.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Timotius 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel