Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Timotius 6 >> 

FATSAL VI.

1MAKA biarlah bŭbrapa hamba yang ada dibawah prentah itu mŭmbilangkan tuan tuannya sŭndiri itu layak dihormati, supaya jangan iya mŭndetangkan hujat akan nama Allah, dan pŭngajaran itu.

2Maka marika itu yang ada bŭrtuankan orang yang bŭriman, janganlah iya mŭmudahkan dia tŭgal iya bŭrsaudara, mŭlainkan tŭrlebih pula patut bŭrkhodmat akan dia sŭbab iya sŭtiawan, dan kasih, dan mŭndapat fiedah adanya. Maka ajarkanlah pŭrkara pŭrkara ini, dan brilah nasihat.

3Maka jikalau kiranya barang siapa mŭngajar barang pŭngajaran yang lain, dan tiada pula diturotnya akan sagala pŭrkataan yang baik, iya itu pŭrkataan Isa Almasih Tuhan kami, dan akan pŭngajaran yang mŭnuju kapada ibadat,

4Maka orang itulah chongkak, satu pun tiada iya tahu, mŭlainkan gila iya derihal bŭrsual sual, dan bŭrtŭngkar derihal pŭrkataan pŭrkataan, maka deri sŭbab itulah tŭrbit dŭngki, dan pŭrkŭliehan, dan jŭnis jŭnis maki, dan sangka sangka yang jahat;

5Dan bŭrbagie bagie pŭrsŭlisihan yang salah deripada orang orang yang rosak akalnya, dan tiada mŭmpunyai kabŭnaran, maka disangkanya laba itulah ibadat. Maka deri pada orang yang sŭmacham itulah undorkanlah dirimu.

6Adapun ibadat yang ada bŭsŭrta dŭngan shukor itu, iya itulah laba yang bŭsar adanya.

7Kŭrna barang suatu jua pun tiada kami mŭmbawa kadalam dunia, sŭsungguhnya tiadalah dapat kami bawa kluar barang apa deripadanya.

8Jikalau kami bŭrulih makanan dan pakiean, biarlah kami shukor dŭngan itu.

9Tŭtapi orang orang yang handak kaya itu, iya jatohlah kadalam pŭrchobaan dan jŭrat, dan kadalam bŭbrapa nafsu yang bodoh, dan binchana, yang mŭnŭngglamkan manusia kadalam karosakkan dan kabinasaan,

10Kŭrna suka akan wang itu, iya itulah akar sagala kajahatan: bŭbrapa orang yang ada tŭmaa akan dia, sŭsatlah deripada iman, dan tŭlah mŭnikamkan dirinya trus dŭngan bŭbrapa kadukaan

11Akan tŭtapi angkau, hie kaum Allah, jauhkanlah sagala pŭrkara itu; turotlah akan kabŭnaran, dan ibadat, dan iman, dan pŭngasihan, dan sabar, dan hati yang lŭmah lŭmbut.

12Bŭrpranglah akan prang yang baik deri hal iman, dan chapiekanlah akan slamat kŭkal itu, maka dalam hal yang dŭmkianlah angkau tŭlah dipileh, dan tŭlah mŭngaku akan pŭngakuan yang baik dihadapan bŭbrapa saksi.

13Maka aku amanatkanlah kapadamu dihadapan Allah, yang mŭnghidopkan sagala sŭsuatu, dan dihadapan Isa Almasih, yang tŭlah bŭrsaksi dihadapan Pontius Pilatus itu, dŭngan pŭngakuan yang baik.

14Supaya angkau mŭmliharakan pŭsanan ini, dŭngan tiada bŭrchachat, dan tiada dapat ditŭgorkan sampie kapada kanyataan Tuhan kami Isa Almasih,

15Yang kŭlak pada masanya akan ditunjokkan ulih Allah, maka iyalah sa’orang bŭrbahgia, dan hanya Soltan dan Raja sagala raja, dan Tuhan sagala tuan.

16Mŭlainkan iyalah yang mŭmpunyai pri yang tiada bŭrkamatian, dan mŭndudokki dalam trang yang tiada dapat dihampiri; maka iya itu bŭlom pŭrnah dilihat orang, atau bulih dilihat: maka kapadanyalah kiranya kamulian dan kwasa yang kŭkal, Amin.

17Amanatkanlah baik baik pada orang orang kaya dalam dunia ini, supaya jangan iya mŭmbŭsarkan dirinya, atau janganlah diharapkannya akan kŭkayaan yang tiada tŭntu itu, mŭlainkan kapada Allah yang hidop, yang tŭlah mŭmbri kapada kami dŭngan kŭkayaan sagala sŭsuatu akan mŭnjadi kasukaan.

18Supaya marika itu bŭrbuat baik, sŭrta mŭnjadi kaya dalam pŭkŭrjaan yang baik, dan sŭdia handak mŭmbahgi, dan suka bŭrjinak jinak.

19Sŭrta bŭrbŭkal bagie dirinya suatu alas yang baik, pada masa yang akan datang, supaya marika itu bulih mŭnchapie akan slamat kŭkal itu.

20Hie Timothius, pliharakanlah sagala pŭrkara yang tŭlah disŭrahkan kapadamu, dan mŭnyempanglah angkau deripada pŭrkataan yang sia sia, dan yang kosong, dan deripada sagala pŭrbantahan ilmu yang dusta.

21Maka sŭtŭngah orang sŭbab mŭngaku itu, tŭlah bŭrsalah deri hal iman, maka biarlah kiranya anugrah bŭsŭrta dŭngan angkau. Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat kapada Timothius yang pŭrtama ini deri nŭgri Laodikia, yang kŭpala nŭgri ditanah Phrigia Pakatiana.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Timotius 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran