Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tesalonika 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus, dan Silvanus, dan Timothius, iya itu datang kapada sidang jumaah orang Thessalonika, yang dalam agama Allah Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

2Maka anugrah, dan sŭjahtralah deripada Allah Ayah kami dan Tuhan Isa Almasih atas kamu.

3Saudara saudara, ta’dapat tiada haruslah kiranya kami mŭnguchap shukor kapada Allah pada sŭdiakala kŭrna kamu, ulih sŭbab iman kamu bŭrtambah tambah sangat, dan kasih masing masing kamu sa’orang dŭngan sa’orang tŭrlempahlah.

4Dŭngan hal yang dŭmkian kami sŭndiri mŭmŭgahkanlah akan kamu dalam sagala sidang jŭmaah Allah, deri kŭrna sabar dan iman kamu dalam sagala annyaya, dan kasukaran yang kamu tinggal.

5Yang tŭlah mŭnjadi suatu alamat kanyataan deri hal adil hukum Allah, supaya kamu tŭrbilang layak bagie krajaan Allah, kŭrna deri sŭbab itulah juga yang kamu pun tahan kasukaran.

6Sŭbab tampaknya adillah Allah, akan mŭmbalas kasukaran atas sagala orang yang mŭnyusahkan kamu.

7Maka kapada kamu yang ada susah itu dibrinya pŭrhŭntian bŭsŭrta dŭngan kami, pada masa kŭlak kanyataan Tuhan Isa deri dalam shorga, bŭsŭrta dŭngan sagala mŭliekatnya yang bŭrkwasa itu.

8Dan dŭngan api yang bŭrnyala iya akan mŭngambil bela atas marika itu yang tiada mŭngŭnal Allah, dan yang tiada mŭnurot akan Injil Tuhan kami Isa Almasih.

9Maka marika itu akan diseksakan dŭngan kabinasaan kŭkal, iya itu jauh deripada halrat Tuhan, dan deripada kamuliaan kwasanya.

10Tŭtkala iya kŭlak datang akan dipŭrmuliakan ulih orang orang salihnya, dan diindahkan ulih sagala orang yang bŭriman pada hari itu, sŭbab saksi kami diantara kamu tŭlah dipŭrchayai.

11Maka sŭbab itulah kami mintakan doa pada sŭdiakala akan kamu, supaya dibilangkan Allah kamu layak akan jŭmpotan ini, dan mŭnggŭnapi sagala kŭrelaan kŭbajikannya, dan pŭrbuatan iman itu dŭngan kwasa.

12Supaya nama Tuhan kami Isa Almasih itu dipŭrmuliakan dalammu, dan kamu pun dalamnya, mŭnurot anugrah Allah kami, dan Tuhan Isa Almasih.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tesalonika 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran