Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Tesalonika 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA skarang pŭrmintaan kami kapada kamu, saudara saudara, deri hal kadatangan Tuhan kami Isa Almasih, dan deri hal pŭrhimponan kami akan mŭndapatkan dia.

2Maka janganlah sŭgra ingatan kamu bŭrgrak, atau mŭnjadi susah, baik dŭngan kanyataan Roh, baik dungan pŭrkataan, atau deri hal surat kiriman yang datang deripada kami, spŭrti hari Almasih itu sudah hampir.

3Maka janganlah barang sa’orang juapun mŭnyŭsatkan kamu dalam barang sŭsuatu pŭrkara: kŭrna hari itu tiada akan datang, mŭlainkan kalau sŭbŭlom ada undor kablakang dahulu, dan orang dosa itu dinyatakan, iya itu anak kabinasaan.

4Yang mŭlawan, dan yang mŭninggikan dirinya deripada barang sŭsuatu yang dinamai Allah, atau yang disŭmbah; sahingga iya itu spŭrti Allah adalah iya dudok didalam kaabah Allah mŭnunjokkan dirinya Allah.

5Tiadakah kamu ingat, slagi aku ada bŭsŭrta dŭngan kamu, bahwa sudah kukatakan sagala pŭrkara ini?

6Maka skarang kamu kŭtahui apakah yang mŭnŭgahkan dia, supaya nyatalah kŭlak iya pada masanya?

7Kŭrna rahsia kŭjahatan itu adalah skarang bŭrjalan: mŭlainkan dia yang tŭlah mŭmbiarkan itu, nanti dibiarkan sampie iya dilalukan deri situ.

8Maka pada masa itulah kŭlak sijahat itu akan nyata, yang akan dihanguskan ulih Tuhan dŭngan hawa mulotnya, dan akan dibinasakan dŭngan chahya kadatangannya itu.

9Mŭskipun orang yang datang dŭngan pŭkŭrjaan shietan, iya itu dŭngan sagala kuat, dan tanda, dan ajaib yang bŭrdusta,

10Dan dŭngan sagala tipu kŭsalahan dalam hati sagala orang yang binasa, sŭbab marika itu tiada mŭnŭrima kasih yang deripada bŭnar, supaya marika itu bulih slamat.

11Maka deri sŭbab inilah akan didatangkan Allah kŭlak bagie marika itu suatu tipu yang amat bŭsar, supaya marika itu kŭlak pŭrchaya bohong.

12Supaya binasalah sagala marika itu yang tiada pŭrchaya akan bŭnar itu, mŭlainkan bŭrsukalah iya dalam tiada bŭnar.

13Tŭtapi patutlah kiranya kami ini mŭnguchapkan shukor sŭdiakala pada Allah, kŭrna kamu saudara saudara yang dikasih ulih Tuhan, kŭrna Allah tŭlah mŭmileh kamu deri pada mulanya bagie slamat, iya itu dŭngan kasukaan Roh, sŭrta pŭrchaya akan bŭnar itu.

14Maka deri kŭrna itulah dipilehnya kamu ulih Injil kami, akan mŭndapat kamuliaan Tuhan kami Isa Almasih itu.

15Sŭbab itulah saudara saudara, bŭrdirilah tŭtap, dan pliharakanlah sagala hukum agama yang tŭlah kamu pŭlajari, baik deripada pŭrkataan, baik deripada surat kami.

16Maka Tuhan kami Isa Almasih, dan Allah, iya itu Ayah kami, yang tŭlah mŭngasihi kami, dan yang tŭlah mŭmbri pŭnghiburan yang tiada bŭrkasudahan, dan pŭngharapan yang baik deripada anugrah,

17Hiburkan hati kamu, sŭrta ditŭtapkannya kamu dalam sagala pŭrkataan, dan pŭkŭrjaan yang baik.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Tesalonika 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran