Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Filipi 4 >> 

FATSAL IV.

1MAKA sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, dan yang kurindui, dan kasukaanku, dan mahkotaku, maka dŭmkian handaklah kamu bŭrdiri dŭngan tŭgohnya bagie Tuhan, hie kŭkasihku.

2Maka kupintalah kapada Yudas, dan kupinta kapada Sentiki, supaya mŭnjadi satu hati marika itu bagie Tuhan.

3Danlagi kupohonkan pula kapadamu, taulanku yang bŭnar, maka tulonglah akan pŭrampuan pŭrampuan yang tŭlah bŭrlŭlah sŭrtaku dalam hal Injil; danlagi Klemen pun, dan bŭsŭrta yang lain lain pun, yang sama bŭrlŭlah dŭngan aku, yang ada tŭrsŭbut namanya didalam kitab hayat.

4Bŭrsuka sukaanlah kamu bagie Tuhan pada sŭdiakalanya, danlagi pula aku bŭrkata, bŭrsuka sukaanlah kamu.

5Biarlah kahidopan pŭrtŭngahanmu itu dikŭtahui ulih sagala manusia. Tuhan adalah hampir.

6Janganlah kamu mŭnaroh khuatir atas barang pŭrkara, mŭlainkan dalam tiap tiap sŭsuatu biarlah kamu pohonkan kapada Allah dŭngan doa, dan pŭrmintaan, sŭrta dŭngan shukor.

7Adapun sŭjahtra deripada Allah yang mŭlampaui sagala pŭngatahuan itu, kŭlak akan mŭmliharakan hati kamu, dan ingatan kamu dŭngan bŭrkat Isa Almasih.

8Kasudahannya hie saudara saudara, adapun barang sagala sŭsuatu yang bŭnar, dan barang sŭsuatu yang tulos, dan barang sŭsuatu yang bŭtol, dan barang sŭsuatu yang suchi, dan barang sŭsuatu yang kŭmanisan, dan barang sŭsuatu yang tŭrbilang itu, maka jikalau ada barang kabajikannya, dan jikalau ada barang kapujiannya, maka tarohlah ingatan dalam pŭrkara pŭrkara itu.

9Maka barang pŭrkara pŭrkara yang tŭlah kamu pŭlajari, dan tŭlah trima, dan dŭngar, dan mŭlihat deri padaku, buatlah; bahwa Allah yang pohon slamat itu kŭlak bŭsŭrta dŭngan kamu.

10Maka aku tŭlah tŭrmasalah sangat bagie Tuhan, sŭbab skarang pada akhirnya ingatan kamu akan daku tŭlah sŭgarlah pula, maka dalam hal yang dŭmkian kamu tŭlah mŭnaroh ingatan, akan tŭtapi kamu tiada mŭndapat waktu yang baik.

11Maka bukannya aku bŭrkata kata deri sŭbab kakorangan: kŭrna aku ini tŭlah bŭlajar dalam sbarang halku ini, shukorlah aku.

12Maka aku tahu, baik bŭtapa hal miskin, dan aku tahu bŭtapa hal kamewahan: barang dimana, dan dalam sagala pŭrkara, aku tŭlah diajari, baik kŭnyang, baik lapar, baik kamewahan, baik kakorangan.

13Maka bulihlah aku pŭrbuat sagala pŭrkara itu dŭngan tulongan Almasih yang mŭnguatkan akan daku.

14Akan tŭtapi kamu sudah bŭrbuat baik, sŭbab kamu mŭnaroh insaf akan hal kasukaranku.

15Adapun skarang kŭtahuilah ulih kamu, hie orang orang Filippi, maka pada pŭrmulaan Injil itu, tŭtkala aku kluar deri nŭgri Makadonia, maka suatu sidang jŭmaah pun tiada mŭmbri barang apa apa padaku deri hal mŭmbri dan trima, mŭlainkan kamu orang sahja.

16Maka mŭskipun tŭtkala aku dinŭgri Thessalonika, kamu tŭlah bŭrkirim juga skali dua bagie kakoranganku.

17Bukannya sŭbab aku handak pŭmbrian: mŭlainkan aku kahandaki buah buahan yang mŭndatangkan kalempahan atas kamu.

18Kŭrna aku sudah bŭrulih skaliannya, sŭrta mŭlempahlah: maka pŭnohlah sudah aku, sŭbab aku tŭlah mŭnŭrima deripada Epafroditas sagala pŭrkara kiriman kamu itu, sa’olah olah satu bahu bahuan yang harum, dan suatu korban yang dipŭrkŭnankan, dan direlai Allah sanggat adanya.

19Tŭtapi Allahku juga akan mŭngurniakan sagala kakorangan kamu mŭnurot kŭkayaannya yang mulia dŭngan bŭrkat Isa Almasih.

20Maka skarang kamuliaanlah kiranya bagie Allah, iya itu Ayah kami slama lamanya. Amin.

21Sŭlamku kapada sagala orang salih dalam Isa Almasih, maka sagala saudara yang ada sŭrtaku pun ampunya sŭlam pada kamu.

22Sagala orang salih ampunya sŭlam kapada kamu, dan tŭrutama pula deripada sagala orang isi rumah Kesar.

23Maka biarlah kiranya nihmat Tuhan Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan kamu skalian. Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat ini dinŭgri Rom yang dikirimkan kapada orang Filippi dŭngan tangan Epafroditus.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filipi 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran