Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 10 >> 

FATSAL X.

1ADAPUN tauret itu mŭnjadi bayang bayang sahja deri hal pŭrkara pŭrkara baik yang akan datang itu, bukannya rupa yang sungguh sungguh deripada sagala pŭrkara itu; maka tiada bulih skali kali dŭngan korban korban itu yang dipŭrsŭmbahkan pada tiap tiap tahun slalu bulih mŭnyampornakan orang yang datang kapadanya itu.

2Maka jikalau kiranya bulih, nŭschaya tiadalah dibŭrhŭntikan orang akan mŭmpŭrsŭmbahkan itu, kŭrna orang yang mŭnyŭmbahkan itu kalau skali sudah disuchikan, nŭchaya tiada bŭrangan angan dosa lagi.

3Akan tŭtapi korban korban itu, iya itu ada pŭringatan lagi dalamnya deri hal dosa pada tiap tiap tahun.

4Kŭrna mustahil adanya darah lŭmbu jantan atau kambing itu bulih mŭnghapuskan dosa.

5Maka sŭbab itu tŭtkala Isa masok kadalam dunia, katanya, Korban dan pŭrsŭmblihan itu tiadalah angkau kahandaki, mŭlainkan suatu tuboh angkau tŭlah sŭdiakan bagieku.

6Maka dalam pŭrsŭmbahan yang dibakar, dan korban yang kŭrna dosa itu tiadalah angkau relai.

7Sŭtlah itu jawabku, Bahwasanya aku ini datang, maka dalam gulongan kitab tŭlah tŭrtulis derihalku, akan bŭrbuat kahandakmu, ya Allah.

8Apabila iya bŭrkata yang tŭrsŭbut diatas itu, korban, dan pŭrsŭmbahan, dan pŭrsŭmbahan yang dibakar, dan pŭrsŭmbahan sŭbab dosa itu tiadalah angkau kahandaki, atau tiada rela akan dia, yang dipŭrsŭmbahkan ulih tauret.

9Sŭtlah itu jawabnya, Bahwasanya aku datang mŭmbuat kahandakmu, ya Allah. Iya mŭnolakkan yang pŭrtama itu, supaya iya mŭnŭtapkan yang kadua itu.

10Maka ulih kahandaknya itulah kami tŭlah disuchikan dŭngan bŭrkat pŭrsŭmbahan tuboh Isa Almasih skali gus sahja.

11Adapun tiap tiap imam itu iya bŭrdiri bŭrbuat ibadat sahari hari, dan mŭmpŭrsŭmbahkan korban korban srupa itu kŭrap kali, yang tiada skali kali bulih mŭnghapuskan dosa;

12Akan tŭtapi derihal imam ini, sŭtlah sudah iya mŭmpŭrsŭmbahkan suatu korban sŭbab dosa itu, maka dudoklah iya slama lamanya pada kanan Allah.

13Maka deripada waktu itulah dinantikannya sagala musoh musohnya itu mŭnjadi alas kakinya.

14Kŭrna dŭngan suatu pŭrsŭmbahan juga iya tŭlah mŭnyampornakan habis habis akan marika itu yang disuchikannya.

15Maka sŭbab itu Roh Alkudus itupun tŭlah mŭnjadi saksi pada kami, kŭrna tŭtkala Tuhan bŭrkata dahulu,

16Bahwa inilah waad yang handak kudirikan pada marika itu, kumdian deripada masa itu, fŭrman Tuhan, Aku akan mŭmasokkan hukumku kadalam hati marika itu, dan aku akan mŭnyuratkan dia itu dalam ingatan marika itu.

17Maka dosa dosanya, dan kŭsalahannya itupun tiadalah aku ingat lagi.

18Maka kalau ada kahapusan skalian ini, maka tiadalah lagi pŭrsŭmbahan sŭbab dosa.

19Shahadan sŭbab itulah saudara saudaraku, kami mŭndapat brani masok kadalam tŭmpat tŭmpat yang suchi itu dŭngan bŭrkat darah Isa,

20Ulih jalan bahru, dan yang slamat yang dibahrui bagie kami, mŭnŭrusi tirie, iya itulah tubohnya;

21Dan lagi sŭbab kami mŭndapat sa’orang imam bŭsar atas orang isi rumah Allah.

22Maka biarlah kami mŭnghampiri akan dia dŭngan hati yang bŭnar, dŭngan iman yang yakin, sŭbab hati kami tŭlah dipŭrchekkan deripada angan angan yang jahat, dan tuboh kami disuchikan dŭngan ayer yang pŭrsih.

23Maka handaklah kami bŭrpŭgang tŭgoh tŭgoh akan pŭngakuan iman kami dŭngan tiada bŭrgoyang; kŭrna sŭtiawanlah iya yang tŭlah bŭrjanji itu.

24Maka biarlah kami mŭngingat ingatkan sa’orang akan sa’orang, sŭrta mŭnggalak galakkan akan jalan bŭrkasih kasihan, dan pŭrbuatan yang baik.

25Dan janganlah mŭninggalkan pŭrkampongan kami sama sŭndiri, spŭrti adat stŭngah orang, mŭlainkan handaklah kami mŭmbri nasihat sa’orang akan sa’orang; bŭtapa lagi, sŭbab kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa hari kiamat itu adalah mŭnghampiri.

26Kŭrna jikalau kami bŭrbuat dosa juga dŭngan sŭngaja kumdian deripada kami tŭlah bŭrulih pŭngatahuan derihal kabŭnaran itu, maka tiadalah lagi korban sŭbab dosa,

27Mŭlainkan nyatalah suatu katakotan, iya itu hari hukum yang dinantikan, dan morka yang mŭnghanguskan kŭlak, akan mŭnŭlan sŭtru sŭtru itu.

28Maka orang yang tŭlah mŭlalui tauret Musa itu, iya itu mati dŭngan tiada mŭndapat kasihan dihadapan dua atau tiga orang saksi itu.

29Maka pada sangkamu, brapakah pula lebih bratnya seksa yang patut dikŭnakan kiranya kapada orang yang mŭmijakkan anak Allah dibawah kakinya, dan yang tŭlah mŭmbilangkan darah waad itu, suatu pŭrkara tiada suchi, tŭtapi dŭngan itulah juga iya disuchikan, dan tŭlah mŭnghinakan Roh anugrah itu?

30Kŭrna kami mŭngatahui akan dia yang tŭlah bŭrfŭrman katanya, Bahwa akulah yang ampunya pŭnuntotan bela, maka akulah kŭlak akau mŭmbalaskan. Dan lagi pula, Tuhanlah kŭlak akan mŭnghukumkan kaumnya.

31Maka dashatlah adanya kalau jatoh katangan Allah yang hidop itu,

32Tŭtapi ingatlah kamu akan masa yang dahulu itu, tŭtkala kumdian deripada kamu tŭlah ditrangkan, kamu tŭlah mŭnahani suatu pŭprangan kasusahan yang bŭsar;

33Maka sŭtŭngahnya, sŭbab kamu dijadikan pandang pandangan orang juga, baik derihal kachŭlaan kamu, atau kasusahan kamu, dan sŭtŭngahnya pula ulih sŭbab kamu bŭrtaulan dŭngan orang yang kŭna sama hal itu.

34Kŭrna kamu tŭlah mŭnaroh kasihan padaku dalam hal blungguku, dan kamu tŭlah mŭnahani dŭngan suka chita tŭtkala dirampas hartamu; kŭrna kamu mŭngatahui, bahwa adalah pada kamu pŭrulihan yang lebih baik, dan yang kŭkal dalam shorga.

35Maka janganlah kiranya kamu buangkan yakinmu yang mŭndatangkan balasan bŭsar akan fahalanya itu.

36Kŭrna mahulah ada kapada kamu sabar, supaya kŭmdian deripada kamu sudah mŭlakukan kahandak Allah itu kŭlak, maka kamu akan mŭnŭrima pŭrjanjian itu.

37Kŭrna hanya sŭkutika juga lagi, iya yang handak datang itu, kŭlak akan datang, dan tiada iya bŭrlambatan lagi.

38Adapun orang bŭnar itu akan hidop ulih iman: tŭtapi jikalau barang sa’orang undur, maka tiadalah juga hatiku mŭrelai akan dia.

39Tŭtapi bukannya kami ini deripada orang yang undur sampie kapada kabinasaan: mŭlainkan deripada orang yang pŭrchaya juga hingga mŭndapat slamat jiwa adanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran