Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Ibrani 11 >> 

FATSAL XI.

1SŬBARMULA adapun iman itulah akar umbi pŭrkara yang diharapkan, dan saksi sagala pŭrkara yang tiada kŭlihatan.

2Kŭrna deri sŭbabnya itulah juga orang dahulu dahulu kala itu tŭlah mŭndapat nama yang baik.

3Kŭrna dŭngan iman itulah juga kita mŭngatahui, bahwa sagala alam ini diatorkan dŭngan pŭrkataan Allah, maka dŭmkianlah barang pŭrkara yang klihatan itu, bukannya dijadikan deripada barang pŭrkara yang nyata.

4Maka deri sŭbab iman itulah juga, Habil tŭlah mŭmpŭrsŭmbahkan kapada Allah suatu korban yang tŭrlebih indah deripada korban Kain, maka deri sŭbabnya itu juga iya tŭlah mŭndapat kanyataan dirinya bŭnar adanya, Allah mŭmbri nyata akan pŭrsŭmbahannya itu: maka deri sŭbab itulah juga sungguh pun iya tŭlah mati akan tŭtapi sŭrasa bŭrkata kata juga iya.

5Maka deri sŭbab iman itu juga, maka Inok tŭlah dipindahkan kadalam shorga, supaya jangan iya mŭrasai mati; dan tiadalah iya klihatan lagi, kŭrna Allah tŭlah mŭmindahkan dia: kŭrna dahulu deripada kapindahannya itu iya tŭlah bŭrulih kanyataan, bahwa iya mŭmpŭrkŭnankan Allah.

6Tŭtapi jikalau tiada dŭngan iman itu mustahil orang bulih mŭmpŭrkŭnankan Allah: kŭrna orang yang mŭnghampiri kapada Allah itu dapatiada patut pŭrchaya ada Tuhan, maka iyalah itu pŭmbalas orang yang mŭnchari dia dŭngan rajin.

7Adapun ulih sŭbab iman itu juga, tŭtkala diingatkan Allah akan Noh deri hal pŭrkara pŭrkara yang bŭlom klihatan, tŭrgraklah iya dŭngan katakutan, lalu disŭdiakannya sa’buah bahtra akan mŭmliharakan isi rumahnya; maka ulih sŭbab itulah juga iya mŭnyalahkan orang isi dunia, sŭrta iya mŭnjadi warith kabŭnaran ulih iman.

8Adapun ulih sŭbab iman itu juga, maka Ibrahim apabila iya disuroh kluar pŭrgi kapada suatu tŭmpat yang iya akan mŭmpusakai kŭlak, diturutnya; maka kluarlah iya dŭngan tiada dikŭtahuinya kamana grangan pŭrginya.

9Dan ulih iman itu juga Ibrahim tŭlah mŭnumpang dalam tanah pŭrjanjian spŭrti dalam sa’buah nŭgri dagang, sŭrta dudoklah iya dalam khemah dŭngan Isahak dan Yakob, warith warith juga dŭngan dia akan sama pŭrjanjian itu:

10Kŭrna Ibrahim mŭnilek sa’buah nŭgri yang ada tŭralas, yang mŭmbangunkan dia, dan tukangnya, iya itu Allah adanya.

11Adapun ulih sŭbab iman itu juga Sarah pun tŭlah mŭndapat kuat badan akan mŭngandong, lalu dipranakkannyalah sa’orang anak, iya itu tŭtkala lalulah umornya, sŭbab pada fikirannya sŭtiawanlah kiranya Tuhan yang tŭlah bŭrjanji itu.

12Maka sŭbab itu tŭlah tŭrbitlah bŭnih deripada sa’orang spŭrti sa’orang yang sudah mati, maka sŭbanyak bintang dilangit, dan spŭrti kŭrsek ditŭpi laut, yang tiada dapat tŭrbilang adanya.

13Maka skaliannya itu tŭlah mati dŭngan iman, tŭtkala sŭbŭlom marika itu bŭrulih pŭrjanjian itu, mŭlainkan sŭbab ditileknya deri jauh, maka dŭngan yakinnya dipŭgangnya akan dia, sŭrta mŭngaku bahwasanya iyalah orang orang dagang, dan orang pŭrjalanan diatas bumi.

14Kŭrna orang yang bŭrkata yang dŭmkian itu mŭngatakan dŭngan trangnya, bahwasanya iya mŭnchari sa’buah nŭgri.

15Maka sŭsungguhnya jikalau marika itu tŭlah mŭnaroh kŭnangan akan nŭgri yang tŭlah ditinggalkannya itu, maka adalah waktu yang bulih marika itu kŭmbali pula.

16Tŭtapi skarang dikahandaki ulih marika itu sa’buah nŭgri yang tŭrlebih baik, iya itu shorga; maka sŭbab itu tiadalah Allah malu akan disŭbutkan Allahnya, kŭrna iya tŭlah mŭnyŭdiakan sa’buah nŭgri bagie marika itu.

17Adapun ulih sŭbab iman itulah juga tŭtkala Ibrahim dichobai Allah, maka iya mŭmpŭrsŭmbahkan Isahak; bahwa sŭsungguhnya iya yang tŭlah mŭnŭrima pŭrjanjian pŭrjanjian itu mŭmpŭrsŭmbahkan anak laki lakinya yang tunggal itu.

18Maka deri halnya pula tŭlah dikatakan, Bahwa deri pada Isahaklah juga bŭnihmu akan dibilangkan.

19Sŭbab pada sangkanya, bahwa Allah itu bŭrkwasa akan mŭnghidopkan deripada matinya; maka deri situlah juga didapati ulih Ibrahim akan dia sa’olah olah suatu alamat.

20Adapun ulih sŭbab iman itu juga, maka Isahak tŭlah mŭmbri bŭrkat kapada Yakob dan Esau deri hal pŭrkara yang akan datang kŭlak.

21Shahadan ulih sŭbab iman itu juga, maka tŭtkala Yakob hampir mati, iya tŭlah mŭmbri bŭrkat kapada kadua anak Yusof; sambil iya sujud tŭrsandar atas kŭpala tongkatnya.

22Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Yusof hampir mati, maka iya mŭnyŭbutkan deri hal bŭrpindahan bŭnih Israil, sambil iya bŭr pŭsan deri hal tulang tulangnya.

23Adapun deri sŭbab iman itu juga, maka tŭtkala Musa dipranakkan, maka iya tŭlah disŭmbunyikan ulih ibu bapanya tiga bulan lamanya, sŭbab dilihat ulih marika itu, iya sa’orang anak yang elok adanya; maka tiadalah marika itu takot akan hukum raja itu.

24Maka ulih sŭbab iman itu juga tŭtkala Musa sudah akal balih, maka ŭngganlah iya akan disŭbutkan sa’orang anak anak pŭrampuan Firaon.

25Disukainya rŭmaklah iya mŭnanggong kasukaran bŭrsama sama dŭngan kaum Allah, tŭrlebih deripada bŭrulih kasukaan dosa hingga skutika sahja lamanya;

26Maka direlainya pula, bahwa kachelaan Almasih yaani tŭrlebih bŭsar kŭkayaannya deripada pŭrbandaharaan diMasir: ulih sŭbab iya tŭlah mŭngŭnangkan balasan fahala itu

27Adapun deri sŭbab iman itu juga, bahwa Musa mŭninggalkan Masir, dŭngan tiada ditakutinya morka raja itu: kŭrna iya tŭlah mŭnahani dirinya sa’olah olah dipandangnya akan dia yang raib itu.

28Adapun ulih sŭbab iman itu juga, maka iya tŭlah mŭmbuat hari raya Langkah, dan adat mŭmŭrchekkan darah, supaya jangan iya yang mŭmbinasakan sagala anak anak sulong itu mŭngusik akan marika itu

29Adapun ulih sŭbab iman itu juga, sagala marika itu tŭlah mŭnyŭbrang laut Kulzom spŭrti bŭrjalan didarat juga adanya: maka orang orang Masir itupun handak mŭnurot itu, maka habislah tŭngglam.

30Adapun ulih sŭbab iman itu juga, tembok tembok nŭgri Jeriko itu tŭlah rubohlah, kŭmdian deripada diklilingi tujoh hari lamanya.

31Adapun ulih sŭbab iman itu juga, Rahab pŭrampuan sundal itu tiada dibinasakan bŭrsama sama dŭngan orang orang yang tiada pŭrchaya itu, apabila iya tŭlah mŭnyambut orang yang datang mŭnghintie itu dŭngan slamatnya.

32Dan apakah juga lagi yang patut kukatakan? kŭrna waktu suntok padaku akan mŭnchŭrtrakan derihal Gedion, dan Barak, dan Samson, dan Jeftha, dan Daud; danlagi pula Samuel, dan sagala nabi nabi.

33Kŭrna deri sŭbab iman itu juga marika itu tŭlah mŭngalahkan krajaan, dan mŭlakukan pŭrbuatan yang adil, dan mŭndapat pŭrjanjian pŭrjanjian, dan mŭnutopkan mulot singa;

34Dah mŭmadamkan gagah api, dan tŭrlŭpaslah dirinya deripada mata pŭdang, deripada lŭmah mŭnjadi kuat, dan mŭnjadi pŭrkasa dalam pŭprangan, dan mŭngalahkan bŭlatŭntara orang dagang.

35Shahadan pŭrampuan pŭrampuan pun tŭlah mŭndapati orang orangnya yang tŭlah mati itu hidop pula, dan yang lain lain pula diseksainya, tiada mahu mŭnŭrima kalŭpasannya, supaya iya kŭlak mŭndapati kŭbangkitan yang tŭrlebih baik.

36Dan ada pula yang lain yang tŭlah kŭna pŭrchobaan dŭngan maki dan sŭsah, bahkan, tambahan pula blunggu dan pŭnjara pun.

37Maka marika itu tŭlah dirŭjamkan, dan ada yang dibŭlah dua dŭngan gŭrgaji, dan kŭna pŭrchobaan, dan dibunoh dŭngan pŭdang, dan bŭranyutlah dŭngan mŭmakie kulit domba dan kulit kambing; maka sŭbab kŭpapaannya, sŭbab kasusahannya, dan sŭbab sŭngsaranya,

38Tiadalah layak dunia ini mŭndapati marika itu, maka sŭsat baratlah marika itu dipadang bŭlantara, dan gunong gunong, dan gua gua, dan lobang lobang tanah.

39Adapun sagala marika itulah yang tŭlah mŭndapat sŭbutan yang baik sŭbab imannya, tŭtapi tiadalah marika itu juga mŭndapat akan pŭrjanjian itu;

40Kŭrna Allah tŭlah mŭnyŭdiakan barang yang tŭrlebih baik bagie kami, supaya marika itu kŭlak dŭngan tiada kita, tiadalah bulih dijadikan samporna.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ibrani 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel