Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 10 >> 

FATSAL X.

1ALKESAH maka adalah dinŭgri Kesaria sa’orang yang bŭrnama Kornelius, iya itu pŭnghulu orang sa’ratus dalam pasukan yang bŭrnama Italian.

2Adapun iya itu sa’orang bŭrbakti, lagi takot akan Allah, sŭrta dŭngan orang isi rumahnya pun, maka banyak iya mŭmbri sŭdŭkah pada orang, dan sŭntiasa iya mŭminta doa kapada Allah.

3Maka ada kira kira pada jam pukol tiga pŭtang, dalam khial dilihatnya dŭngan nyatanya akan sa’orang mŭliekat Allah datang kapadanya, lalu bŭrkata, Kornelius,

4Maka dŭmi dipandangnya akan dia, takotlah iya, sŭrta bŭrkata, Apa bichara Tuan? Maka jawabnya, Bahwa sagala doamu dan sŭdŭkahmu tŭlah mŭnjadi suatu pŭringatan kapada Allah.

5Maka skarang pun surohlah ulihmu akan orang pŭrgi kaJopa, supaya mŭnjŭmpot Simon yang bŭrgŭlar Petros.

6Maka adalah iya mŭnumpang dirumah sa’orang tukang samak kulit yang bŭrnama Simon, adapun rumahnya itu ditŭpi laut; maka iyalah kŭlak akan mŭmbri tahu padamu apa yang patut angkau pŭrbuat.

7Adapun sŭtlah sudah undorlah mŭliekat yang bŭrkata kata kapada Kornelius, maka dipanggilnyalah dua orang hambanya yang dirumahnya, sŭrta dŭngan sa’orang lashkar yang bŭrbakti deri ŭntara orang yang mŭngawali akan dia sŭntiasa.

8Maka sŭtlah sudah iya mŭngatakan kapada marika itu sagala pŭrkara itu, maka disurohnyalah akan marika itu pŭrgi kaJopa.

9¶ Bŭrmula pada ka’esokkan harinya, tŭngah marika itu bŭrjalan sŭrta mŭnghampiri nŭgri, maka pada tŭtkala itu Petros naik ka’atas rumah handak mŭminta doa, ada kira kira pukol duablas tŭngah hari.

10Maka laparlah iya handak makan, maka sŭmŭntara orang sŭdiakan makanan itu, maka tŭrpengsanlah iya.

11Maka dilihatlah langit tŭrbuka, lalu turonlah kapadanya suatu bŭnda spŭrti sah’lie slimut yang bŭsar yang tŭrpanjut pada ampat punchanya, maka tŭrhulurlah iya sampie kabumi.

12Maka dalamnya itu ada banyaklah jŭnis binatang dibumi yang bŭrkaki ampat, dan binatang liar, dan yang mŭlata, dan burong yang diudara.

13Maka datanglah kapadanya suatu swara, katanya, Bangunlah angkau hie Petros, sŭmblehlah sŭrta makan.

14Tŭtapi jawab Petros, Bukannya dŭmkian, ya Tuhan; kŭrna bŭlom pŭrnah hamba mŭmakan barang apa yang haram atau nŭjis.

15Maka datanglah pula swara kadua kalinya, Barang yang dihalalkan Allah akan dia, janganlah angkau sŭbotkan haram.

16Maka dŭmkianlah halnya tiga kali, maka bŭnda itu pun tŭrangkatlah kŭmbali kŭlangit.

17Adapun sŭmŭntara Petros dudok bŭrfikir fikirkan dalam hatinya, bahwa apakah garangan artinya pŭnglihatan yang tŭlah dilihatnya itu, maka hieran, orang orang yang disurohkan ulih Kornelius itu tŭrdiri dipintu, sambil bŭrtanya, Dimanakah rumah Simon itu.

18Maka bŭrsrulah iya disana sambil bŭrtanya, Adakah Simon yang tŭrgŭlar Petros itu mŭnumpang disini?

19¶ Adapun sŭmŭntara Petros lagi mŭmikirkan pŭnglihatan itu, maka bŭrkatalah Roh padanya, Bahwasanya adalah tiga orang mŭnchari akan dikau.

20Maka bangunlah angkau, turon, pŭrgilah bŭrsama sama dŭngan marika itu, maka janganlah angkau shak, kŭrna akulah yang mŭnyurohkan marika itu.

21Maka turonlah Petros mŭndapatkan orang orang yang tŭlah disuroh ulih Kornelius kapadanya itu, sambil bŭrkata, Bahwa sŭsungguhnya akulah dia yang kamu chari; apa sŭbab kamu datang kŭmari ini?

22Maka jawab marika itu, Bahwa Kornelius pŭnghulu orang sa’ratus, iya itu sa’orang bŭnar, dan yang takot akan Allah, lagi yang tŭrpuji bagie sagala orang Yahudi; iya tŭlah diingatkan Allah dŭngan sa’orang mŭliekat yang suchi akan mŭnjŭmpot dikau kŭrumahnya, supaya didŭngar pŭrkataan deripada kamu.

23Maka dipanggilnyalah marika itu masok mŭnumpang sŭrtanya. Maka pada ka’esokkan harinya Petros pun pŭrgilah sŭrta marika itu, diiringkan ulih bŭbrapa saudara yang diJopa.

24Hata pada ka’esokkan harinya sampielah marika itu kaKesaria. Maka Kornelius pun adalah mŭnantikan marika itu, maka tŭlah dihimponkannyalah akan sagala kaum kŭlorganya, dan sahabat handienya yang akrab.

25Shahadan tŭtkala masoklah Petros, maka datanglah Kornelius mŭndapatkan dia, sŭrta sujud mŭnyŭmbah dikakinya.

26Maka diangkatlah ulih Petros akan dia katanya, Bangunlah angkau, kŭrna aku ini pun sa’orang manusia juga.

27Maka sŭmŭntara iya bŭrkata kata dŭngan dia itu, lalu masoklah iya, maka didapatinya bŭbrapa orang bŭrhimpon.

28Maka bŭrkatalah iya kapada marika itu, Kamu tŭlah mŭngtahui, bahwa tiada patut orang Yahudi bŭrkampong kampong, atau masok kŭrumah orang bangsa lain; tŭtapi tŭlah ditunjokkan Allah padaku, jangan mŭngatakan bahwa barang sa’orang manusia haram atau nŭjis adanya.

29Maka sŭbab itulah aku datang sŭrta kamu mŭnjŭmpot aku dŭngan tiada shak: maka skarang pun aku bŭrtanya kapadamu, apa kahandakmu mŭnjŭmpot aku?

30Maka jawab Kornelius, Adalah ampat hari lalu aku puasa sampie ini jam, maka ada sŭkira kira pukol tiga pŭtang aku mŭminta doa dalam rumahku, maka hieran, tŭrdirilah sa’orang orang dihadapanku dŭngan mŭmakie pakiean yang gilang gumilang chahyanya.

31Lalu katanya, Hie Kornelius, doamu tŭlah ditrima, dan sagala sŭdŭkahmu pun tŭlah mŭnjadi suatu pŭringatan kapada Allah.

32Sŭbab itu surohlah orang pŭrgi kaJopa, mŭnjŭmpot Simon yang bŭrgŭlar Petros, bahwa iya ada mŭnumpang dirumah Simon tukang samak kulit yang ditŭpi laut; maka apabila iya datang kŭlak, iyalah akan mŭngajar kamu.

33Sŭbab itu sŭgralah aku mŭnyurohkan orang pŭrgi kapadamu, maka sŭbaik baiklah kŭdatanganmu ini. Maka skarang pun adalah sŭmua kami halir disini dihadapan Allah, sŭbab handak mŭnŭngar barang yang dititahkan Allah kapadamu.

34¶ Maka Petros pun mŭmbuka mulotnya sŭrta bŭrkata, Bahwa dŭngan sŭbŭnarnyalah aku tŭlah mŭlihat Allah itu tiada mŭngindahkan muka manusia.

35Hanya dalam barang bangsa pun baik, maka siapa yang takot akan dia, dan mŭngŭrjakan yang bŭnar, iya itulah ditrimanya.

36Maka fŭrman yang tŭlah disampiekan Allah kapada bŭni Israil, sŭrta dimashorkannya pŭrdamiean dŭngan bŭrkat Isa Almasih, bahwa iyalah Tuhan sagala alam.

37Maka fŭrman itulah kamu pun tŭlah mŭngtahui yang tŭlah mashor pada sagala tanah Yahuda, mulanya deri Galilia, iya itu kumdian deri pada baptisan yang tŭlah dimashorkan ulih Yahya.

38Bagimana hal Allah tŭlah mŭlantek akan Isa orang Nazareth itu dŭngan Roh Alkudus, dan dŭngan kwasa, maka iyalah mŭnjalani kliling sambil bŭrbuat baik, dan mŭnyŭmbohkan sagala orang yang digagahi ulih Iblis, kŭrna Allah ada mŭnyŭrtai dia.

39Maka kami inilah saksinya derihal sagala pŭrkara yang tŭlah dipŭrbuatnya, baik dalam bŭnua orang Yahudi, baik diJerusalem; maka tŭlah dibunoh orang akan dia dŭngan digantongkan dikayu.

40Maka iyalah tŭlah dihidopkan Allah pada hari yang katiga, sŭrta mŭnunjokkan dia dŭngan nyatanya;

41Bukannya pada sagala orang, mŭlainkan kapada orang orang saksi yang tŭlah tŭrdahulu dipileh ulih Allah, iya itu pada kami ini yang tŭlah makan minum sŭrtanya kumdian deripada iya tŭlah hidop deripada matinya.

42Maka Allah tŭlah mŭnyurohkan kami mŭngajar orang, dan mŭnyaksikan, bahwa Isa itulah yang tŭlah ditŭntukan Allah mŭnjadi hakim sagala orang yang hidop dan yang mati.

43Maka derihalnya itulah juga sagala nabi tŭlah mŭnyaksikan, bahwa barang siapa yang tŭlah pŭrchaya akan dia, maka dosanya akan dihapuskan dŭngan bŭrkat namanya.

44¶ Maka sŭmŭntara Petros bŭrkata kata akan sagala pŭrkataan itu, Maka turonlah Roh Alkudos atas sagala orang yang mŭnŭngar pŭrkataan itu.

45Maka hieranlah sagala orang bŭrsunat yang tŭlah pŭrchaya itu, iya itu sŭbrapa orang yang tŭlah mŭngiringkan Petros, sŭbab anugrah Roh Alkudos tŭlah dituangkan ka’orang sŭsat pun.

46Kŭrna didŭngar ulih marika itu akan orang sŭsat itu bŭrkata kata dŭngan bahsa lain lain, sŭrta mŭmbŭsarkan Allah. Maka tŭtkala itu disahut Petros,

47Katanya, Dapatkah ditahankan orang ayer, supaya jangan dibaptisakan marika itu yang tŭlah bŭrulih Roh Alkudos spŭrti kami ini juga?

48Maka disurohnyalah baptisakan marika itu dŭngan nama Tuhan. Tŭtkala itu dipintalah ulih marika itu akan Petros supaya iya tinggal bŭrsama sama dŭngan marika itu bŭbrapa hari.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran