Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 12 >> 

FATSAL XII.

1SŬBARMULA maka pada kutika itu raja Herodis pun mŭnaikkan tangannya akan mŭngannyayai bŭbrapa orang deripada sidang jŭmaah itu.

2Maka dibunohnyalah Yakob saudara Yahya dŭngan pŭdang.

3Maka apabila dilihat ulih Herodis, bahwa hal itu mŭnjadi kasukaanlah bagie orang Yahudi, maka dimulai pula mŭnangkap Petros pun. Maka adalah pada kutika itu hari raya roti yang tiada bŭragi.

4Maka apabila sudah ditangkapnya akan Petros, lalu dipŭnjarakannya, sŭrta disŭrahkannya kapada anam blas lashkar, ampat orang bŭrganti ganti bŭrjaga; maka pada hati raja handak mŭngadapkan dia kapada kaum kumdian deripada hari raya langkah kŭlak.

5Maka tŭrkuronglah Petros dalam pŭnjara; tŭtapi didoakan ulih sagala sidang jŭmaah kapada Allah akan dia dŭngan tiada bŭrkŭputusan.

6Adapun tŭtkala Herodis handak mŭngluarkan dia pada esoknya, maka pada malamnya itu juga Petros pun tidorlah dŭngan dua rantie bŭlunggunya, diantara dua orang lashkar itu; maka pŭnunggu dipintu pun ada mŭnjaga pŭnjara itu.

7Maka hieran, datanglah sa’orang mŭliekat Tuhan, maka bŭrsinarlah suatu chahya dalam pŭnjara itu, lalu ditŭpoknya rusok Petros, dibangunkannya akan dia, katanya, Sŭgralah bangun. Maka tiba tiba gugorlah rantie deri tangannya itu.

8Maka bŭrkatalah mŭliekat itu padanya, Ikatlah pinggangmu, dan pakielah trompamu. Sŭtlah sudah itu maka katanya, Pakielah slimutmu, marilah angkau mŭngikut aku.

9Maka kluarlah iya mŭngikut dia; kŭrna halnya tiada dikŭtahuinya kŭtŭntuannya apa yang dipŭrbuat ulih mŭliekat itu, mŭlainkan pada sangkanya iya mŭlihat suatu pŭnglihatan.

10Maka apabila marika itu sudah mŭlalui kawal yang pŭrtama dan yang kadua, maka sampielah marika itu kapada pintu bŭsi ara kanŭgri, maka tŭrbukalah iya sŭndirinya; maka kluarlah mariku itu, sŭrta mŭlalui suatu lorong, maka sŭkunyung kunyung raiblah mŭliekat itu deripadanya.

11Maka apabila Petros pun sŭdarlah akan dirinya, lalu bŭrkatalah iya, Bahwa skarang tŭlah kukŭtahuilah dŭngan sŭbŭnarnya, bahwa Tuhan tŭlah mŭnyurohkan mŭliekatnya akan mŭlŭpaskan aku deripada tangan Herodis, dan deripada maksud sagala orang Yahudi itu.

12Maka sŭtlah sudah iya bŭrfikir dŭmkian, maka sampielah kŭrumah Mŭriam ibu Yahya, yang bŭrgŭlar Markus; iya itu ditŭmpat orang banyak bŭrhimpon minta doa.

13Maka Petros mŭngŭtok pintu luar, maka datanglah sa’orang dayang yang bŭrnama Roda handak mŭnŭngar.

14Maka apabila dikŭnallah ulih pŭrampuan itu akan swara Petros, sŭbab suka chitanya, tiadalah jadi iya mŭmbuka pintu, mŭlainkan bŭrlarilah iya masok mŭmbri tahu, bahwa Petros ada bŭrdiri dipintu.

15Maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Angkau gila. Maka kata pŭrampuan itu bŭrturot turot, Sungguh dŭmkian. Maka bŭrkatalah marika itu pula, Iya itulah mŭliekatnya.

16Maka Petros pun bŭrturot turot juga mŭngŭtok pintu: maka sŭtlah sudah dibukakan, sŭrta dilihatnya akan dia, maka tŭrchŭngang chŭnganglah marika itu.

17Maka dibrinya isharat akan marika itu dŭngan tangannya, mŭnyurohkan diam, sambil iya mŭnchŭrtrakan bagimana hal tŭlah dikluarkan Tuhan akan dia deri dalam pŭnjara. Maka bŭrkata pula iya, Pŭrgilah mŭnyatakan akan hal ini kapada Yakob, dan kapada sagala saudara. Maka kluarlah iya bŭrjalan, pŭrgi pada tŭmpat yang lain.

18Maka sŭtlah sianglah hari, maka gŭmparlah diantara sagala lashkar itu bukannya sŭdikit, apakah kŭsudahannya Petros itu.

19Maka apabila Herodis sudah mŭnchari akan dia, sŭrta tiada didapatinya, lalu dipreksainya akan sagala orang yang bŭrkawal itu, sŭrta disurohkannya hukumkan akan marika itu dŭngan hukum bunoh. Maka bŭrpindahlah iya deri tanah Yahuda pŭrgi kanŭgri Kesaria, maka tingallah iya disana.

20¶ Alkesah maka Herodis pun tŭrlalulah sangat marahnya kapada orang nŭgri Thor dan Sidon: tŭtapi datanglah marika itu dŭngan satu hati mŭngadap akan dia, sŭtlah sudah dibuatnya sahabat akan Blastus, pŭnghulu bilek pŭraduan raja itu, lalu dipintanya damie; kŭrna nŭgrinya itu tŭrpliharalah ulih nŭgri raja itu.

21Maka adalah pada suatu hari yang tŭrtŭntu, maka Herodis pun mŭmakielah pakiean krajaan, lalu dudoklah iya ka’atas singahsananya, sŭrta bŭrkata kata kapada marika itu.

22Maka bŭrsrulah sagala rayat itu katanya, Bahwa inilah sa’olah olah swara Allah, bukannya swara manusia.

23Maka pada sa’at itu juga disŭngsarakan ulih mŭliekat Tuhan akan Herodis, sŭbab tiada iya mŭmuliakan Allah; maka iya pun dimakanlah ulih chaching, lalu putuslah nyawanya.

24¶ Maka pŭrkataan Allah pun makinlah bŭrtambah tambah mashornya, sŭrta dŭngan ramienya.

25Adapun Barnabas dan Saul pun apabila sudah mŭnjŭlaskan pŭkŭrjaannya, lalu kŭmbalilah iya deri Jerusalem kaAntiok, sŭrta dibawanya bŭrsama sama akan Yahya yang bŭrgŭlar Markus.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 12 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran