Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 17 >> 

FATSAL XVII.

1SŬBARMULA maka sŭtlah sudah marika itu mŭlalui nŭgri Amfipolis dan Apolonia, lalu sampielah iya kanŭgri Thessalonika, maka disana pun ada suatu kŭnisa orang Yahudi.

2Maka masoklah Paulus kapada marika itu spŭrti adatnya, maka adalah tiga sabtu lamanya iya bŭrchakap chakap dŭngan marika itu akan pŭrkataan kitab;

3Sŭrta mŭngartikan dan mŭnunjokkan, bahwa saharusnyalah Almasih itu mŭrasai sŭngsara, dan hidop pula deri pada matinya; adapun Isa itu yang kumashorkan pada kamu iya itulah Almasih adanya.

4Maka adalah bŭbrapa orang deri antara marika itu yang pŭrchaya, dan bŭrtaulan dŭngan Paulus dan Silas; lagi kŭbanyakkan pula deripada orang Grika yang bŭrbakti, dan deripada pŭrampuan yang mulia mulia itu bukannya sŭdikit.

5¶ Tŭtapi adalah deripada orang Yahudi yang tiada pŭrchaya itu dŭngkilah iya, sŭrta dicharinya bŭbrapa orang yang jahat jahat deri antara orang yang hina, sŭrta bŭrkamponglah orang orang, lalu dijadikannyalah gŭmpar sagala isi nŭgri itu, sŭrta ditŭmpohnya rumah Jason, dicharinya jalan supaya mŭmbawa rasol rasol itu kluar kapada kaum itu.

6Shahadan apabila tiadalah didapatinya akan marika itu, maka dihelanya Jason, dan bŭbrapa saudara mŭngadap pŭnghulu nŭgri, sambil iya bŭrsru katanya, Bahwa marika inilah yang tŭlah mŭmbalikkan sagala dunia ini, tŭlah sampielah pula iya kŭmari pun.

7Yang dibri mŭnumpang ulih Jason, maka marika itu sŭmuanya tŭlah dŭrhakalah akan sagala hukum Kiesar; katanya, Bahwa adalah sa’orang raja lain, iya itu Isa.

8Maka diharaukannyalah sagala kaum, dan pŭnghulu pŭnghulu nŭgri, apabila didŭngarnya sagala pŭrkara ini.

9Dan sŭtlah sudah ditrimanya akuan deripada Jason dan orang lain itu, maka dilŭpaskannya marika itu pŭrgi.

10¶ Bŭrmula dŭngan skutika itu juga sagala saudara pun mŭnyurohkan Paulus dan Silas pŭrgi kanŭgri Beria pada malam, maka sŭtlah sampielah marika itu kŭsana, lalu masoklah iya kŭdalam kŭnisa orang Yahudi.

11Adapun orang isi nŭgri itu tŭrlebih mulia hematnya deripada orang Thessalonika, kŭrna iya tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan itu dŭngan sŭpŭnoh pŭnoh chŭndrong hatinya, sŭrta iya mŭmreksai pada tiap tiap hari akan kitab, jikalau kiranya sungguh sagala pŭrkataan ini dŭmkian.

12Arkian maka banyaklah orang diantara marika itu yang pŭrchaya deripada pŭrampuan Grika yang mulia mulia, dan deripada laki lakinya pun bukannya sŭdikit.

13Tŭtapi tŭtkala dikŭtahui ulih orang Yahudi yang diam dinŭgri Thessalonika, bahwa pŭrkataan Allah tŭlah diajarkan ulih Paulus diBeria, maka datanglah marika itu kŭsana, sŭrta mŭngachaukan sagala kaum itu.

14Maka dŭngan skutika itu disurohkan ulih sagala saudara itu akan Paulus pŭrgi sŭblah laut, tŭtapi Silas dan Timothius tinggal juga situ.

15Maka orang yang mŭngiringkan Paulus itu pun mŭmbawalah akan dia kapada Athen, maka Paulus pun bŭrpŭsanlah kapada marika itu minta sampiekan kapada Silas dan Timothius, supaya marika itu pun datang kapadanya dŭngan sŭgranya, maka kumdian marika itu pun kŭmbalilah.

16¶ Shahadan sŭmŭntara Paulus mŭnantikan marika itu diAthen maka hanguslah rasa dalam hatinya, sŭbab mŭlihatkan hal nŭgri itu pŭnoh bŭrhala.

17Arkian maka bŭrbantah bantahlah iya dŭngan sagala orang orang Yahudi dalam kŭnisa, sŭrta dŭngan sagala orang mualaf, dan dŭngan orang orang yang bŭrtŭmu dŭngan dia pada tiap tiap hari dipasar.

18Sŭtlah itu bŭbrapa orang pŭndita murid Epikurean, dan orang Stoik, bŭrbantahlah dŭngan dia; ada yang bŭrkata, Apakah garangan pŭleter ini handak bŭrkata? ada yang bŭrkata, Iya ini sa’akan akan orang yang mŭngajar derihal dewata bahru, kŭrna iya mŭmashorkan pada marika itu deri hal Isa, dan pri orang mati itu akan dihidopkan pula.

19Maka diambil ulih marika itu akan dia dibawanya katŭmpat bichara yang bŭrnama Areopagus, katanya, Kami handak mŭngŭtahui akan pŭngajaran bahru yang angkau katakan ini.

20Kŭrna angkau tŭlah mŭnyampiekan bŭbrapa pŭrkara yang asing asing katŭlinga kami, sŭbab itulah kami handak mŭngŭtahui apakah garangan artinya sagala pŭrkara ini?

21Adapun sagala orang isi nŭgri Athen, dan orang orang dagang yang ada disana itu, tiadalah lain kŭrjanya, mŭlainkan bŭrkata kata dan mŭnŭngar pŭrkara yang bahru bahru juga.

22¶ Hata maka bŭrdirilah Paulus ditŭngah tŭmpat Areopagus itu sambil bŭrkata, Hie sagala orang nŭgri Athen, aku mŭlihat kamu ini sa’olah olah orang yang bŭrahi amat atas pŭrkara bukan bukan.

23Kŭrna apabila aku mŭlalui tŭmpat itu, dan mŭlihat sagala pŭrkara yang kamu sŭmbah itu, maka aku tŭlah bŭrtŭmu dŭngan suatu tŭmpat pŭrsŭmbahan tŭrsurat diatasnya dŭmkian: KAPADA ALLAH YANG TIADA DIKUTAHUI. Sŭbab iya itu yang kamu sŭmbah dŭngan bŭbal, aku handak mŭnyatakan padamu.

24Bahwa Allah yang tŭlah mŭnjadikan dunia dŭngan isinya sŭmua, tiada mŭngdiami dalam ka’abah yang dipŭrbuat ulih tangan manusia, sŭbab iya Tuhan langit dan bumi adanya.

25Atau iya tiada disŭmbah dŭngan pŭrbuatan tangan manusia, sŭrasa iya kŭkorangan sŭsuatu, kŭrna iya juga yang mŭngurniakan pada skalian hayat dan nafas, dan sagala pŭrkara.

26Maka iya tŭlah mŭnjadikan akan sagala bangsa manusia dudok diatas muka bumi ini deripada suatu darah juga adanya, sŭrta ditŭntukannya tŭrdahulu akan sagala kutika dŭngan pŭratorannya, dan sagala pŭrhinggaan kŭdudokkan masing masing.

27Supaya haruslah manusia ini mŭnuntot akan Tuhan, mudah mudahan bulih iya mŭraba raba akan Tuhan, dan mŭndapat akan dia, sungguh pun Tuhan tiada jauh deripada masing masing kami.

28Kŭrna dŭngan kwasa Tuhan juga kita hidop dan bŭrgŭrak, dan bŭrulih hayat kami; spŭrti kata sa’orang pŭngarang shayer kamu, Kŭrna kami pun deripada chawangnya juga.

29Maka jikalau kiranya kita ini deripada chawang Allah adanya, tiada patut kita sangka, bahwa ka’adaan Allah itu disrupakan dŭngan mas atau perak, atau batu yang tŭlah tŭrukir dŭngan akal dan hikmat manusia.

30Bahwa dilangkahkan Allah sagala zaman kŭbodohan itu, tŭtapi skarang iya mŭnyurohkan sagala manusia pada sagala tŭmpat akan bŭrtaubat.

31Kŭrna tŭlah ditŭntukannya suatu hari kŭlak iya akan mŭnghukumkan sagala isi alam ini dŭngan adilnya, ulih sa’orang yang dibrinya kwasa; maka derihal itulah dibrinya kŭtŭntuan pada sagala manusia, tŭtkala dihidopkannya akan dia itu deripada matinya.

32¶ Adapun tŭtkala didŭngar ulih marika itu akan hal orang hidop deripada matinya, maka sŭtŭngah mŭngolok olokkan, dan sŭtŭngah orang bŭrkata, Kami handak mŭnŭngar angkau mŭnchŭrtrakan derihal ini skali lagi.

33Hata maka Paulus pun kluarlah deri antara sagala marika itu.

34Tŭtapi adalah bŭbrapa orang yang bŭrdamping dŭngan dia itu pun pŭrchayalah, maka antara marika itu adalah Dionisus Areopagus itu, dan sa’orang pŭrampuan yang bŭrnama Damaris, dan lagi bŭbrapa pula orang lain lain yang ada bŭrsama sama dŭngan marika itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran