Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 25 >> 

FATSAL XXV.

1ADAPUN sŭtlah sudah Festus masok dalam jajahan itu, maka kumdian deripada tiga hari, naiklah iya deri Kesaria kaJerusalem.

2Maka datanglah imam bŭsar, dan orang yang mulia mulia deri antara orang Yahudi mŭngadap Festus, akan mŭlawan Paulus, sŭrta mŭminta kapadanya,

3Sambil mŭmohonkan anugrah, handak mŭlawan akan dia, supaya dipanggilnya mŭngadap kaJerusalem, tŭtkala diadangkan orang akan dia ditŭngah jalan handak mŭmbunoh dia.

4Maka disahut ulih Festus, Bahwa Paulus itu patut tŭrpŭnjara diKesaria, akan tŭtapi aku sŭndiri pun handak pŭrgi kŭsana.

5Sŭbab itu, katanya, Jikalau ada orang diantara kamu yang bulih pŭrgi, biarlah marika itu turon bŭrsama sama, bulih bŭrbichara mŭlawan dia, jikalau ada kiranya barang apa kŭjahatannya.

6Maka sŭtlah iya tinggal disana lebih sa’puloh hari lamanya, lalu turonlah iya kaKesaria. Hata maka pada kaesokkan harinya, dudoklah iya diatas tŭmpat bichara, maka disurohnya mŭmbawa Paulus kahadapannya.

7Shahadan sŭtlah datanglah iya, adapun orang Yahudi yang turon deri Jerusalem adalah mŭnglilingi akan dia dŭngan mŭmbawa tudohan banyak dan bŭrat akan Paulus, yang tiada dapat marika itu mŭmbri saksi derihal itu.

8Tŭtapi ulih Paulus dibrinyalah jawab dŭmkian katanya, Bahwa tiadalah aku bŭrdosa kapada tauret orang Yahudi, atau kapada ka’abah, atau kapada Kiesar.

9Akan tŭtapi Festus, sŭbab handak mŭnunjokkan kasihnya kapada orang Yahudi, maka disahutnya kapada Paulus sambil bŭrkata, Mahukah angkau naik kaJerusalem, supaya dibicharakan halmu itu dihadapanku disana?

10Maka jawab Paulus, Adalah hamba ini bŭrdiri dihadapan tŭmpat bichara Kiesar, iya itu tŭmpat yang patut aku dibicharakan, maka kapada orang Yahudi tiadalah aku mŭmbuat barang apa salah, tuan hamba pun ma’lomlah.

11Kŭrna jikalau ada aku mŭmbuat salah, atau mŭngŭrjakan barang apa hukum yang patut dibunoh, maka skali kali tiada aku ŭnggan; akan tŭtapi jikalau tiada bŭnar barang apa yang ditudohi ulih marika itu atasku, tiadalah sa’orang jua pun yang bulih mŭnyŭrahkan aku kapada marika itu. Aku mahu pŭrgi bichara kapada Kiesar.

12Sŭtlah itu maka Festus pun apabila sudah mufakat dŭngan sagala orang orang bichara itu, maka bŭrkatalah iya, Bahwa angkau handak pŭrgi bichara kapada Kiesar, handaklah angkau pŭrgi mŭngadap Kiesar.

13Adapun kumdian deri pada bŭbrapa hari antaranya, datanglah raja Agripa dan Berniki kaKesaria handak mŭlawat Festus.

14Maka bŭbrapa hari lamanya iya disana, maka dichŭrtrakan ulih Festus akan sagala hal ahwal Paulus kapada raja, katanya, Ada sa’orang orang yang ditinggalkan tŭrblunggu ulih Felix.

15Maka tŭtkala aku diJerusalem, sagala imam yang bŭsar dan orang orang tua tŭlah mŭngadap deri kŭrnanya, mŭminta hukumkan akan dia.

16Maka sahutku kapada marika itu, Tiada adat orang Rom mŭnyurohkan barang orang yang akan dibunoh itu dahulu deripada yang ditudohi itu bŭrhadapan dŭngan orang orang yang mŭnudoh, sŭrta mŭndapat izin mŭmbri jawab akan hal pŭrdawaannya itu.

17Sŭtlah itu apabila marika itu sudah datang kamari dŭngan tiada bŭrlambatan, maka pada kaesokkan harinya dudoklah aku ka’atas tŭmpat bichara, lalu orang itu pun kusuroh mŭngadap.

18Maka tŭtkala halirlah sagala orang yang mŭnudoh itu, maka ta’dapatlah marika itu mŭmbawa pŭrdawaan barang suatu spŭrti yang tŭlah kusangkakan.

19Mŭlainkan adalah bŭbrapa sual kapada marika itu mŭlawan akan dia derihal agamanya, dan lagi deripada sa’orang yang bŭrnama Isa yang tŭlah mati, iya itu dikatakan ulih Paulus ada hidop.

20Maka sŭbab aku shaklah akan hal pŭrdawaan ini, lalu kupintalah kapadanya kalau kalau mahu iya pŭrgi kaJerusalem, supaya dibicharakan sagala halnya itu disana.

21Maka apabila Paulus mŭminta tahankan supaya bichara kapada Augustus, lalu kusuroh pŭnjarakan dia, sahingga aku kirimkan dia kapada Kiesar.

22Sŭtlah itu bŭrkatalah Agripa kapada Festus, Aku sŭndiri pun suka mŭnŭngar derihal pŭngaduan orang ini. Maka bŭrkatalah Festus, Bahwa esok bulihlah angkau mŭnŭngar akan dia.

23Arkian maka kaesokkan harinya, sŭtlah datanglah Agripa dan Berniki dŭngan bŭbrapa kŭbŭsarannya, lalu masoklah iya katŭmpat pŭngaduan, sŭrta dŭngan pŭnghulu pŭnghulu orang sa’ribu, dan orang bŭsar bŭsar dalam nŭgri itu, maka dibawa oranglah akan Paulus itu pun mŭngadap dŭngan titah Festus.

24Sŭbarmula maka bŭrkatalah Festus, Ya raja Agripa dan sagala orang yang bŭrhalir disini bŭsŭrta dŭngan kami, maka kamu mŭlihat akan orang ini, inilah dia yang dipinta tulong ulih orang Yahudi pada aku, baik diJerusalem, baik disini, dŭngan bŭrtriak, Bahwa tiadalah patut iya ini dihidopi lagi.

25Tŭtapi apabila aku tŭlah mŭndapat iya itu tiada patut dihukumkan mati, dan lagi iya sŭndiri pun tŭlah mŭminta bichara kapada Augustus, maka aku tŭlah tŭntukan handak mŭngirimkan dia.

26Maka tiadalah dapat aku kirimkan surat deri halnya pada tuanku, sŭbab itulah aku bawa dia mŭngadap kamu skalian, istimewa kapadamu ya raja Agripa, apabila sudah dipreksai dia, bulih dapatlah kusuratkan barang apa deri halnya.

27Kŭrna pada sangkaku tiadalah patut dikirimkan sa’orang yang tŭrpŭnjara itu dŭngan tiada dinyatakan kŭsalahannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 25 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel