Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 26 >> 

FATSAL XXVI.

1SŬBARMULA maka bŭrkatalah Agripa kapada Paulus, Angkau bŭrulih izin akan mŭnchŭrtrakan sagala hal ahwalmu. Maka tŭtkala itu Paulus pun mŭngisharatkan dŭngan tangannya, sŭrta mŭnchŭrtrakan derihal ahwalnya.

2Maka adalah pada pŭrasaan patik, sukalah patik hie raja Agripa, kŭrna pada hari inilah patik akan mŭnchŭrtrakan derihal ahwal patik dihadapan tŭngku derihal sagala pŭngaduan orang Yahudi atas patik.

3Istimewa pula bahwa ma’lomlah patik, tŭngku tŭlah pahamlah dalam sagala adat dan pŭrsŭlisihan diantara orang Yahudi itu, maka sŭbab itu patik pinta, tŭngku dŭngarlah akan hal patik dŭngan sabar hati tuan.

4Adapun akan hal patik deri kŭchil, iya itu deri mula mula adalah bŭrsama sama dŭngan kaumku diJerusalem, maka dikŭtahui ulih sagala orang Yahudi akan dia.

5Marika itu kŭnallah akan patik deri mulanya, jikalau iya mahu mŭnjadi saksi, bahwa patiklah sa’orang Farisia yang mŭnurot mŭzhab agama kami yang turlebih kŭras itu.

6Maka skarang pun patik dida’wa sŭbab patik harap akan pŭrjanjian yang tŭlah dikurniakan Allah pada nenek moyang kami.

7Adapun kŭrna pŭrjanjian itulah juga duablas suku bangsa kami sŭntiasa pada malam dan siang bŭrbuat bakti, sŭrta harap akan mŭndapat dia; maka sŭbab harap itulah, ya raja Agripa, patik dida’wa ulih orang Yahudi.

8Mŭngapakah, pada sangkamu mustahilkah bagie Allah itu handak mŭnghidopkan orang yang mati itu?

9Bahwa sŭsungguhnya tŭlah patik sangkakan sŭndiri, bahwa patutlah patik ini bŭrbuat bŭbrapa pŭrkara yang mŭlawan akan nama Isa orang Nazareth itu.

10Spŭrti yang patik tŭlah pŭrbuat diJerusalem, dan bŭbrapa orang yang suchi patik kurongkan kŭdalam pŭnjara, tŭtkala patik tŭlah mŭndapat kwasa deripada imam yang bŭsar bŭsar: maka apabila marika itu dibunoh patik mŭmpŭrkŭnankan dia.

11Maka kŭrap kali patik seksakan marika itu dalam tiap tiap kŭnisa, sŭrta mŭnggagahi dia mŭnghujat agama Isa, dan dŭngan marah yang amat garang itu patik tŭlah mŭngannyayai dia sampie kapada nŭgri asing asing.

12Adapun dalam antara patik bŭrjalan kaDamsek, patik tŭlah mŭndapat kwasa dan pŭrentah deripada imam yang bŭsar bŭsar.

13Hata pada tŭngah hari ya raja, tiba tiba patik lihat diantara jalan suatu chaya deri deri langit yang tŭrlebih bŭsar pada chaya matahari, gilang gumilang dikliling patik, dan sagala orang yang bŭrjalan sŭrtaku pun.

14Maka kami skalian pun tŭrjŭrumuslah kabumi, lalu patik mŭnŭngar suatu swara bŭrkata pada patik dŭngan bahsa Ibrani, Hie Saul, Saul, mŭngapakah angkau mŭngannyayai aku? Sukarlah bagiemu mŭnŭndang kapada duri duri.

15Maka jawab patik, Siapakah angkau ya Tuhan? Maka bŭrkatalah iya, Akulah Isa yang angkau annyayakan itu.

16Maka skarang pun bangunlah bŭrdiri, kŭrna aku tŭlah mŭnunjokkan diriku kapadamu, sŭbab handak mŭnŭntukan angkau mŭnjadi utosan dan saksi bagie sagala pŭrkara, baik yang tŭlah angkau lihat, baik yang aku akan mŭnunjokkan diriku kŭlak padamu.

17Maka akulah akan mŭlŭpaskan dikau deripada kaum itu, dan deripada orang sŭsat; maka skarang pun pada marika itulah juga aku mŭnyurohkan angkau.

18Supaya mŭmbukakan matanya, dan mŭmbalikkan marika itu deripada kagŭlapan kapada trang, dan deripada kwasa Shietan kapada kwasa Allah, supaya dosa marika itu diampuni, sŭrta didapatinya suatu pusaka diantara orang yang tŭlah disuchikan dŭngan bŭriman akan daku.

19Sŭbab itu ya raja Agripa, tiada patik dŭrhaka akan pŭnglihatan deri shorga itu.

20Mŭlainkan patik mŭngatakan dahulu kapada sagala orang yang ada dinŭgri Damsek dan diJerusalem, dan pada sagala dairah tanah Yahuda, dan kapada orang orang sŭsat, bahwa patutlah marika itu bŭrtaubat, sŭrta bŭrbalik kapada Allah dŭngan mŭngŭrjakan pŭkŭrjaan yang stuju dŭngan taubat.

21Adapun sŭbab sagala pŭrkara inilah, orang Yahudi tŭlah mŭnangkap patik dalam ka’abah, handak dibunohnya akan patik.

22Akan tŭtapi patik ini tŭlah mŭndapat tulongan deri pada Allah, maka sŭbab itu tŭtaplah patik sampie kapada masa ini dŭngan bŭrsaksi, baik kapada orang kŭchil, baik kapada orang bŭsar, dŭngan tiada mŭngatakan barang pŭrkara yang lain deripada yang tŭlah disabdakan ulih sagala nabi, dan ulih Musa; bahwa sagala pŭrkara ini dapat tiada akan jadi adanya.

23Iya itu bahwa saharusnyalah Almasih itu mŭrasai sŭngsara, dan patutlah iya dahulu bŭrbangkit deripada mati, dan akan mŭnunjokkan trang pada kaum ini, dan pada sagala orang sŭsat.

24Shahadan tŭtkala Paulus mŭnchŭrtrakan derihal dirinya itu, maka bŭrkatalah Festus dŭngan swara nyaring, Gila angkau hie Paulus, sŭbab banyak kŭpandieanmu mŭnjadikan angkau gila.

25Tŭtapi sahutnya, Bahwa bukannya patik gila hie Festus yang amat mulia, mŭlainkan patik mŭngatakan pŭrkataan yang bŭnar, dan yang sungguh sungguh.

26Kŭrna rajalah yang mŭngŭtahui akan sagala pŭrkara ini, maka dihadapannyalah patik bŭrkata dŭngan luas hatiku, kŭrna patik kŭtahui bŭnar, bahwa barang suatu deri pada pŭrkara ini tiadalah tŭrsŭmbunyi deripadanya, sŭbab sagala pŭrkara ini bukannya jadi dalam batin.

27Ya raja Agripa, tŭngku pŭrchayakah akan sagala nabi? maka patik kŭtahui, bahwa tŭngku pŭrchaya adanya.

28Maka bŭrkatalah raja Agripa kapada Paulus, Hampir hampir angkau mŭmbujok aku akan mŭnjadikan sa’orang orang Masihi.

29Maka bŭrkatalah Paulus, Patik pohonkan kiranya kapada Allah, bahwa bukannya tŭngku sahja, mŭlainkan sagala orang yang mŭnŭngarkan hal patik pada hari ini, biarlah kiranya spŭrti patik ini juga, baik hampir hampir, baik jadi skali, mŭlainkan bŭlunggu ini sahja jangan.

30Maka apabila Paulus sudah bŭrkata dŭmkian ini, maka bangunlah raja Agripa, dan pŭmrentah, dan Berniki dan sagala orang yang dudok bŭrsama sama dŭngan marika itu.

31Maka sŭtlah sudah marika itu undor, lalu bŭrkata katalah sa’orang sama sa’orang, katanya, Bahwa orang ini tiada mŭmbuat barang apa yang patut dibunoh, atau dibŭlunggu.

32Maka bŭrkatalah raja Agripa kapada Festus, Adapun orang ini bulih dilŭpaskan, kalau tiada iya minta handak bichara kapada Kiesar.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 26 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran