Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 28 >> 

FATSAL XXVIII.

1SŬBARMULA sŭtlah tŭrlŭpaslah marika itu skalian, bahrulah dikŭtahuinya bahwa pulau itu bŭrnama Malita.

2Maka orang orang sŭsat dipulau itu mŭnulong kami bukannya sŭdikit, kŭrna marika itu mŭmbakar suatu timbunan kayu, sŭrta mŭnyambot kami skalian, sŭbab pada tŭtkala itu hujan sŭrta sŭjok adanya.

3Maka sŭtlah sudah dikampongkan ulih Paulus ranting sa’bŭrkas, sŭrta dimasokkannya kŭdalam api, maka kluarlah sa’ekor ular yang bisa sŭbab kŭna panas itu, lalu dipagutnyalah tangannya.

4Bŭrmula sŭtlah dilihat ulih orang orang sŭsat itu ular itu bŭrgantong ditangan Paulus, maka kata marika itu sama sŭndirinya, Ta’dalah shak lagi bahwa orang ini pŭmbunoh adanya; jikalau iya tŭrlŭpas deripada laut skali pun, tŭtapi kŭtula tiada mŭmbri hidop akan dia.

5Maka dikŭbaskan ulih Paulus binatang itu kŭdalam api dŭngan tiada iya mŭrasai suatu bahya juga pun.

6Maka dinantikan ulih marika itu kalau kalau iya bŭngkak, atau jatoh mati skutika itu juga. Maka dinanti nantikan ulih marika itu bŭbrapa lamanya, tiada juga dilihatnya bŭrlaku bahya ka’atasnya, maka bŭrubahlah pula sangka marika itu, katanya, Iya ini suatu dewata adanya.

7Maka adalah dŭkat tŭmpat itu juga tanah ayer pŭnghulu pulau itu yang bŭrnama Publius, iya itu mŭnyambot kami, sŭrta mŭmbri tumpangan akan kami dŭngan murahnya tiga hari lamanya.

8Maka adalah bapa Publius itu tŭlah jatoh sakit dŭmam, dan buang buang ayer darah; maka Paulus pun masoklah kŭdalam rumahnya, sŭrta mŭminta doa, sambil mŭmbubohkan tangannya ka’atasnya, lalu disŭmbohkannyalah akan dia.

9Maka apabila jadilah yang dŭmkian itu, datanglah orang orang lain pun yang ada bŭrbagie bagie pŭnyakit dipulau itu, maka disŭmbohkannyalah marika itu.

10Maka orang orang itu pun mŭmbri hormatlah akan kami dŭngan bŭbrapa hormat; maka apabila kami handak bŭrlayar, dibrinyalah pŭrbŭkalan bagie bagie yang bŭrguna pada kami.

11Shahadan sŭtlah tiga bulan lamanya, maka mŭnompanglah kami dalam sa’buah kapal yang datang deri Iskanderia, alamat kŭpalanya Kastor dan Pollox, yang tŭlah mŭnahun pada musim dingin dipulau itu.

12Maka sŭtlah sudah kami singgah kaSirakus, maka tinggallah kami disana tiga hari lamanya.

13Hata deri sana kami pun bŭrlayarlah mŭnyusor sampielah kaRegium, maka pada esoknya bŭrtiuplah angin slatan, maka sampielah kami kapada hari yang kadua kaPuteoli.

14Maka disanalah kami bŭrtŭmu dŭngan bŭbrapa orang saudara yang mŭminta kami tinggal sŭrtanya tujoh hari lamanya, maka kami pun pŭrgilah kanŭgri Rom.

15Adapun deri sana kluarlah bŭbrapa orang saudara yang tŭlah mŭnŭngarkan sagala hal ahwal kami, datanglah bŭrtŭmu dŭngan kami sŭjauh Appiforum, kapada tŭmpat yang bŭrnama Kŭdie tiga: maka dŭmi dilihat Paulus akan marika itu, maka iya pun mŭnguchaplah shukor kapada Allah, sŭrta mŭnŭtapkan hatinya.

16Maka apabila kami sampielah kanŭgri Rom, maka disŭrahkanlah ulih pŭnghulu itu akan sagala orang yang tŭrblunggu itu kapada panglima tŭntara, tŭtapi diluloskannya Paulus dudok sa’orang sa’tŭmpat dŭngan sa’orang lashpar yang mŭnunggui dia.

17Maka kumdian deripada tiga hari, maka dijŭmpot ulih Paulus akan sagala orang bŭsar bŭsar diantara orang Yahudi datang kapadanya; maka sŭtlah bŭrhimponlah marika itu skalian, lalu bŭrkatalah Paulus kapadanya, Hie tuan tuan skalian saudaraku, sungguh pun aku ini tiada bŭrbuat barang suatu salah atas sagala kaumku, atau atas adat nenek moyang kami, tŭtapi dibŭlunggukan orang aku, sŭrta disŭrahkannya juga kŭtangan orang Rom deri Jerusalem.

18Maka sŭtlah sudah dipreksainya akan halku, lalu kahandaknya handak mŭlŭpaskan aku, kŭrna tiada didapatinya barang sŭbab yang patut akan dihukumkan mati.

19Tŭtapi apabila dilawan ulih orang Yahudi itu, ta’dapat tiada aku pintalah handak mŭngadap Kiesar, bukannya aku handak mŭnudohi barang sŭsuatu akan kaumku.

20Maka sŭbab itulah aku tŭlah mŭnjŭmpot kamu skalian datang kapadaku, sŭbab aku handak bŭrtŭmu sŭrta bŭrkata kapadamu, kŭrna deri sŭbab harap orang Israil itulah aku tŭrblunggu dŭngan rantie ini.

21Maka jawab marika itu padanya, Bahwa kami ini bŭlom mŭndapat surat deri halmu, baik deri tanah Yahuda, baik deri pada barang sa’orang jua pun, deripada sagala saudara yang datang kŭmari itu, tiada iya mŭnchŭrtrakan, atau mŭnyŭbut salah apa apa deri halmu.

22Akan tŭtapi kami bŭrkahandaklah akan mŭnŭngar deripadamu, bagimanakah fikiranmu? kŭrna derihal mŭzhab ini, kami tŭlah mŭngŭtahui diumpat orang sana sini.

23Maka sŭtlah sudah ditŭntukan ulih marika itu skalian kapadanya suatu hari handak datang, maka datanglah tŭrlalu banyak orang kapadanya ditŭmpat iya mŭnumpang itu, maka diartikanlah ulih Paulus kapada marika itu, sŭrta bŭrsaksi derihal krajaan Allah, sŭrta mŭmbujok marika itu akan bŭrimankan Isa, baik deri dalam tauret, baik deri dalam surat sagala nabi nabi, deri pagi sampie pŭtang.

24Maka sŭtŭngah orang pŭrchayalah barang yang dikatakan, tŭtapi sŭtŭngah orang tiada pŭrchaya.

25Apabila tiadalah stuju sa’orang dŭngan sa’orang diantara marika itu, lalu kŭmbalilah iya kumdian deripada iya tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan Paulus dŭmkian ini: katanya, Bahwa bŭnarlah spŭrti kata Roh Alkudos dŭngan mulot nabi Jasia kapada nenek moyang kami:

26Katanya, Pŭrgilah angkau kapada kaum ini, katakanlah, Bahwa dŭngan pŭnŭngaran kamu akan mŭnŭngar, maka tiada juga kamu mŭngarti, dan dŭngan pŭnglihatan kamu akan mŭlihat, tŭtapi tiada juga kamu mŭngŭtahui.

27Kŭrna tŭlah tŭballah hati kaum itu, dau bŭratlah pŭnŭngaran tŭlinganya, maka ditutopkannya matanya, asal jangan iya mŭmandang dŭngan matanya, dan mŭnŭngar dŭngan tŭlinganya, sŭrta mŭngarti dŭngan hatinya, sambil bŭrtaubat, sahingga kusŭmbohkan dia itu.

28Sŭbab itu kŭtahuilah ulihmu, bahwa slamat deripada Allah itu disampiekannya kapada orang sŭsat, maka marika itu akan mŭnŭngar dia itu.

29Maka sŭtlah sudah dikatakannya akan sagala pŭrkataan ini, maka pulanglah sagala orang Yahudi itu sampie mŭnjadi pŭrbantahan bŭsarlah diantara marika itu sama sŭndirinya.

30Maka tinggallah Paulus dalam rumah yang disewanya itu dua tahun gŭnap, dŭngan mŭnyambut sagala orang yang datang kapadanya.

31Sŭrta mŭmashorkan krajaan Allah, dan mŭngajarkan pŭrkara pŭrkara derihal Isa Almasih Tuhan itu dŭngan banyak kŭpŭrchayaan, dŭngan tiada dilarangkan uiih sa’orang jua pun akan dia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran