Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 3 >> 

FATSAL III.

1BŬRMULA maka Petros dan Yahya pun pŭrgilah bŭrsama sama masok ka’abah pada kutika orang sŭmbahyang, iya itu pada pukol tiga pŭtang.

2Maka adalah sa’orang sakit lŭmpoh deripada prot ibunya, yang dipikol, sŭrta dilŭtakkan oranglah sahari hari dipintu ka’abah yang bŭrnama pintu Elok, akan mŭminta sŭdŭkah deripada orang yang masok kŭdalam ka’abah itu.

3Maka apabila dilihatnya Petros dan Yahya handak masok kŭdalam ka’abah itu, maka dipintalah sŭdŭkah.

4Maka Petros dan Yahya pun mŭrnunglah akan dia, sŭrta bŭrkata, Pandanglah ulihmu kapada kami.

5Maka dipandangnyalah akan marika itu, sŭrta dŭngan harapnya akan bŭrulih barang sa’suatu.

6Kutika itu bŭrkatalah Petros, Mas dan perak tiada padaku, tŭtapi barang yang ada padaku itulah kubrikan kapadamu; bahwa dŭngan nama Isa Almasih orang Nazareth itu, bangunlah angkau bŭrjalan.

7Maka dipŭgangnyalah tangannya kanan, sŭrta didirikannnya akan dia, maka dŭngan skutika itu juga kuatlah kakinya, dan mata kakinya.

8Maka mŭlompatlah iya sŭrta bŭrdiri, lalu bŭrjalan masok bŭsŭrta dŭngan marika itu kŭdalam ka’abah, sambil bŭrjalan, dan mŭlompat, dan mŭmuji akan Allah.

9Maka sagala orang mŭlihat akan dia bŭrjalan, sŭrta mŭmuji Allah.

10Shahadan maka dikŭnal oranglah akan dia, bahwa iya inilah orang yang mŭminta sŭdŭkah dipintu ka’abah yang bŭrnama pintu Elok; maka marika itu skalian pun pŭnohlah dŭngan hieran, sŭrta tŭrchŭngang derihal barang yang tŭlah jadi akan orang itu.

11Adapun orang yang sakit lŭmpoh yang tŭlah disŭmbohkau itu ada mŭrapatkan dirinya kapada Petros dan Yahya; maka sagala orang pun sangatlah hieran, sŭrta bŭrkrumun pada marika itu dalam sŭrambi ka’abah yang bŭrnama sŭrambi Sulieman.

12¶ Maka apabila dilihat ulih Petros akan pŭrkara itu, lalu bŭrkatalah iya kapada orang orang itu, Hie orang Israil, mŭngapa kamu tŭrchŭngang akan hal ini, atau mŭngapa kamu skalian mŭrnung sangat akan kami, sa’olah olah dŭngan kwasa, atau kŭbaktian kami sŭndirikah yang tŭlah mŭnjadikan iya bŭrjalan?

13Bahwa Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob, iya itu Allah nenek moyang kami, tŭlah mŭmuliakan Anaknya, iya itu Isa yang tŭlah kamu sŭrahkan kŭtangan musohnya, sŭrta mŭnyangkal akan dia dihadapan Pilatus, tŭtkala iya handak mŭlŭpaskan dia.

14Tŭtapi kamu tŭlah mŭnyangkali akan orang yang suchi dan bŭnar itu; sŭrta kamu mŭnghandaki sa’orang yang mŭmbunoh orang itu dilŭpaskan.

15Maka kamu tŭlah mŭmbunoh akan pŭnghulu slamat itu, yang tŭlah dihidopkan Allah deripada matinya. Maka atas pŭrkara yang dŭmkian itulah kami mŭnjadi saksi.

16Maka dŭngan namanya, dan sŭbab pŭrchaya akan namanya; bahwa orang yang kamu lihat dan kamu kŭnal itu tŭlah disŭmbohkan, bahkan iman dalam dia itu tŭlah mŭnjadikan dia sŭmboh dŭngan sŭmpornanya dihadapan kamu skalian.

17Maka skarang pun hie saudara skalian, bahwa kukŭtahui kamu tŭlah bŭrbuat itu dŭngan bŭbalmu; maka pŭnghulu pŭnghulu kamu pun dŭmkian juga adanya.

18Tŭtapi Allah tŭlah mŭngganapi sagala pŭrkara yang tŭlah dikatakannya dahulu dŭngan mulot sagala nabinya; Bahwa dapat tiada Almasih itu akan mŭndapat sangsara.

19¶ Maka sŭbab itu, handaklah kamu bŭrtaubat, sŭrta bŭrbalik, supaya sagala dosamu itu dihapuskan, apabila datang kŭlak kapadamu kutika yang sŭgar deripada halrat Tuhan.

20Maka iya akan mŭnyurohkan Isa Almasih yang tŭlah tŭrdahulu dinyatakan padamu.

21Bahwa dapat tiada shorga akan mŭnyambut dia sampie kapada masa akan dikŭmbalikan sagala sa’suatu yang dikatakan Allah dŭngan mulot sagala nabinya yang suchi itu deripada ahwal dunia.

22Maka sŭsungguhnya Musa tŭlah bŭrkata pada nenek moyang kami, Bahwa Tuhan Allah kamu akan mŭnŭrbitkan bagiemu sa’orang nabi deri antara sagala saudara kamu, spŭrti aku ini, maka handaklah kamu mŭnurot akan dia deri pada barang suatu pŭrkataannya kapada kamu.

23Maka barang siapa yang tiada mŭnurot akan nabi itu, maka iya itu akan dibinasakan deri antara kaum itu.

24Bahkan, sagala nabi pun deripada Samuel, dan kumdiannya, iya itu sagala orang yang tŭlah bŭrnabuat itu, tŭlah mŭngatakan tŭrdahulu akan hal masa itu.

25Bahwa kamu inilah umat sagala nabi itu; dan lagi pula warith pŭrjanjian yang tŭlah didirikan Allah bagie sagala nenek moyang kami; dŭmkianlah fŭrmannya kapada Ibrahim, Adapun sagala bangsa yang dibumi kŭlak akan bŭrulih bŭrkat deripada bŭnihmu.

26Maka Allah tŭlah mŭnŭrbitkan Anaknya iya itu Isa, mŭnyurohkan dia kapada kamu ini tŭrdahulu akan mŭmbŭrkati kamu, supaya mŭmbalekkan kamu masing masing sa’orang deripada kŭjahatannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran