Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 4 >> 

FATSAL IV.

1SŬBARMULA maka sŭmŭntara marika itu lagi bŭrkata kata kapada kaum itu, maka datanglah kapadanya sagala imam, dan pŭnghulu kŭnisa, dan Sadukia.

2Maka tŭrlalulah sakit hati marika itu, sŭbab orang orang ini mŭngajar kaum itu, dan mŭmashorkan derihal manusia akan dihidopkan pula deripada matinya, spŭrti tuladan Isa.

3Maka ditangkapnyalah akan marika itu, lalu dimasokkannya kŭdalam pŭnjara sampie esoknya, kŭrna hari sudah malam.

4Akan tŭtapi banyak orang yang akan mŭnŭngar pŭrkataan itu pŭrchayalah iya; adalah bilangan sagala orang yang pŭrchaya itu, kira kira lima ribu orang banyaknya.

5¶ Bŭrmula sŭtlah ka’esokkan harinya, maka bŭrhimponlah ka-Jerusalem sagala pŭnghulu, dan orang tua tua, dan khatib khatib:

6Dan Annas imam yang bŭsar itu, dan Kiefas, dan Yahya, dan Iskandar, dan bŭbrapa pula orang deripada kŭlorga imam yang bŭsar.

7Maka sŭtlah su lah dibawanya marika itu pada sama tŭngah mŭjŭlis itu, maka bŭrtanyalah orang orang itu padanya, katanya, Dŭngan kwasa siapakah, atau dŭngan nama siapakah kamu bŭrbuat itu?

8Maka pada tŭtkala itu adalah Petros itu pŭnohlah hatinya dŭngan Roh Alkudus, lalu dijawabnya pada marika itu, katanya, Hie sagala pŭnghulu kaum, dan orang tua tua deripada orang Israil:

9Jikalau kiranya kamu dida’wa skarang ini, sŭbab pŭrbuatan yang baik yang tŭlah diadakan pada orang lŭmpoh itu, dan bagimana halnya tŭlah disŭmbohkan itu.

10Barang ma’lom kiranya kamu skalian, dan sagala orang Israil itu; bahwa dŭngan nama Isa Almasih orang Nazareth yang tŭlah kamu salibkan itu; maka iya itu tŭlah dihidopkan Allah pula deripada matinya; maka dŭngan bŭrkatnyalah orang ini dapat bŭrdiri dihadapan kamu dŭngan sŭmbohnya.

11Maka iya itulah batu yang tŭlah dihinakan ulih kamu orang yang mŭmbangunkan rumah; maka iya itulah tŭlah mŭnjadi batu pŭnjuru yang diaatas skali.

12Maka tiadalah bulih datang slamat deripada orang lain, kŭrna tiada nama lain dibawah langit yang tŭlah dikurniakan Allah bagie manusia akan mŭndatangkan slamat kapada kami.

13¶ Maka apabila marika itu mŭlihat brani hati Petros dan Yahya itu, sŭrta dikŭtahuinya; bahwa dua orang itu tiada bŭrilmu dan tiada pandie, maka hieranlah iya sŭrta dichamkannya akan marika itu sudah bŭrsama sama dŭngan Isa Almasih.

14Maka tŭtkala dirŭnongnya, orang yang disŭmbohkan itu pun ada bŭrdiri bŭrsama sama dŭngan marika itu, maka tiadalah dapat dibantahinya lagi.

15Maka sŭtlah sudahlah disurohnya marika itu kluar deri dalam mŭjŭlis itu; maka bŭrbicharalah dia orang sama sŭndirinya,

16Katanya, Apakah yang handak kami pŭrbuat akan orang orang ini? kŭrna marika itu tŭlah mŭngadakan suatu ajaib yang bŭsar, lagi nyata pada sagala orang yang diam diJerusalem, maka tiadalah dapat kami bŭrsangkal akan dia.

17Tŭtapi supaya jangan jadi makin lama makin mashorlah hal itu diantara kaum ini, biarlah kami gŭrtakkan dia, supaya jangan marika itu bŭrkata kata kapada sa’orang jua pun dŭngan nama Isa itu lagi.

18Maka dipanggilnya marika itu, lalu diamarkannya, katanya, Jangan skali kali kamu bŭrkata kata, atau mŭngajar dŭngan nama Isa itu.

19Tŭtapi jawab Petros dan Yahya, Handaklah kamu timbang baik baik, adakah patut pada pŭmandangan Allah kami mŭnurot akan pŭrkataan kamu tŭrlebih deripada mŭnurot pŭrkataan Allah?

20Kŭrna dapat tiada kami bŭrkata kata juga akan pŭrkara yang tŭlah kami lihat, dan dŭngar.

21Tŭtapi apabila sudah digŭrtakkan marika itu lagi, lalu dilŭpaskannya akan dia orang pŭrgi, deri sŭbab takotnya akan kaum itu, kŭrna suatu pun tiada didapatinya bagimana handak dihukumkannya akan dia orang, tŭgal sagala orang mŭmuliakan Allah, deri kŭrna pŭrkara ajaib itu yang tŭlah jadi.

22Adapun orang yang tŭlah disŭmbohkan dŭngan ajaib itu, adalah lebih deripada ampat puloh tahun umornya.

23¶ Sŭtlah sudah marika itu dilŭpaskan, maka kŭmbalilah iya kapada taulannya, sŭrta dichŭrtrakannya sagala sŭsuatu yang tŭlah diadakan ulih imam yang bŭsar bŭsar, dan orang tua tua kapadanya.

24Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, maka dŭngan satu hati marika itu mŭngangkat swaranya kapada Allah, katanya, Ya Tuhan, angkaulah Allah yang tŭlah mŭnjadikan langit, dan bumi, dan laut, sŭrta dŭngan isinya sŭmua.

25Tuhan pun bŭrfŭrman dŭngan mulot Daud, Mŭngapakah gŭmpar orang sŭsat itu, dan kaum itu bŭrfikir pŭrkara sia sia?

26Bahwa sagala raja raja dibumi tŭlah bŭrbangkit, dan sagala pŭnghulu itu pun tŭlah bŭrhimpon bŭrsama sama handak mŭlawan Tuhan, dan mŭlawan Mŭsĭhinya.

27Kŭrna sŭsungguhnya Herodis, dan Pontus Pilatus, dan orang sŭsat, sŭrta dŭngan kaum orang Israil tŭlah bŭrhimponlah mŭlawan anakmu yang suchi, iya itu Isa yang tŭlah angkau lantek.

28Supaya mŭlakukan sagala sŭsuatu yang tŭlah ditŭntukan dahulu dŭngan tanganmu, dan dŭngan bicharamu akan jadi.

29Maka skarang pun ya Tuhan, handaklah angkau mŭnilek akan gŭrtak gŭrtak marika itu, dan biarlah kiranya hamba hambamu akan mŭnchŭtrakan pŭrkataanmu dŭngan sangat brani hati.

30Dan dŭngan pŭrtunjokkan tanganmu juga akan mŭnyŭmbohkan, dan mŭngadakan bŭbrapa tandah, dan ajaib dŭngan nama Isa Anakmu yang suchi itu.

31¶ Maka sŭtlah sudah marika itu mŭminta doa, maka tŭmpat pŭrhimponan marika itu pun bŭrgraklah, maka dipŭnohilah akan hati marika itu dŭngan Roh Alkudus, maka marika itu pun mŭngatakanlah pŭrkataan Allah itu dŭngan brani hati.

32Maka adalah hati sŭrta nyawa sagala orang yang pŭrchaya itu spŭrti suatu adanya, dan barang sa’orang jua pun tiada bŭrkata, bahwa suatu deri pada hartanya itu mileknya sŭndiri; kŭrna sŭmuanya barang itu adalah sama pŭrulihan.

33Maka sagala rasol rasol itu pun dŭngan kwasa bŭsar mŭngatakan saksi derihal Tuhan Isa itu tŭlah dihidopkan pula, maka nikmat Allah pun banyaklah bŭrlaku atas sagala marika itu.

34Sahingga tiadalah lagi bŭrkorangan apa apa pada barang sa’orang jua pun diantara sagala marika itu; kŭrna bŭbrapa orang yang mŭmpunyai tanah, atau rumah, dijualnya akan dia, maka dibawanyalah sagala harga pŭrkara yang tŭlah dijualnya itu,

35Dilŭtakkannya dikaki sagala rasol itu, maka dibahgilah kapada sa’orang masing masing kapada kŭdarnya.

36Maka adapun Yusa yang digŭlar ulih sagala rasol itu Bŭrnabas, yang tŭrsalin artinya Anak pŭnghiburan; maka iya itu sa’orang Lewi, nŭgrinya bŭrnama Syprus:

37Iya itu ada mŭmpunyai tanah, maka dijualnyalah akan dia, lalu dibawanya harganya, dilŭtakkannya dikaki sagala rasol itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran