Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 6 >> 

FATSAL VI.

1SŬBARMULA pada masa itu, tŭtkala bŭrtambah tambah umat itu mŭnjadi banyak, maka bŭrsungotlah orang Gŭrika kapada orang Ibrani, deri sŭbab jandanya pŭrampuan dilaliekannya deripada pliharaan sahari hari.

2Maka kadua blas Rasol itu pun mŭm: nggil umat yang banyak itu bŭrhimpon, sambil bŭrkata, Tiadalah patut kami mŭninggalkan pŭkŭrjaan mŭngajar pŭrkataan Allah, sŭbab mŭlayani meja.

3Sŭbab itu, hie sagala saudara, handaklah kamu mŭnchari diantara kamu tujoh orang yang tŭrpuji, lagi pun pŭnoh hatinya dŭngan Roh Alkudus, dan budiman, yang bulih kami wakilkan pŭkŭrjaan ini.

4Akan tŭtapi ta’dapat tiada kami ini handak sŭntiasa mŭminta doa, dan mŭngajar akan pŭrkataan Allah.

5¶ Maka orang skalian itu pun bŭrkŭnanlah akan pŭrkataan ini, maka dipileh ulih marika itu Istifanus, iya itu sa’orang yang pŭnoh hatinya dŭngan iman, dan Roh Alkudus; dan lagi Filipus, dan Prokorus, dan Nikanor, dan Timon, dan Parminas, dan Nikolas, iya itu sa’orang moalaf deri Antiok.

6Maka sagala marika itu pun dihadapkannyalah kapada sagala Rasol; maka sŭtlah sudah iya mŭminta doa, lalu dilŭtakkannya tangan ka’atas sagala orang itu.

7Maka bŭrtambah tambah mashor pŭrkataan Allah itu; maka bilangan umat jadilah tŭrbanyak diJerusalem, dan bŭsarlah pŭrhimponan imam imam pun mŭngikot iman itu.

8Shahadan maka Istifanus pun pŭnohlah dŭngan iman, dan pŭnguasaan, diadakannyalah bŭbrapa tandah, dan ajaib yang bŭsar diantara kaum itu.

9¶ Sŭbarmula maka bŭrbangkitlah bŭbrapa orang deri pada kŭnisa yang bŭrnama Libartina, dan Sirini, dan Iskandria, dan Asia, marika itu pun bŭrbantah bantahlah dŭngan Istifanus.

10Maka tiadalah dapat marika itu mŭlawan bijaksana dan kwasa pŭrkataannya itu.

11Maka tŭtkala itu diajaklah ulih marika itu bŭbrapa orang yang mŭngatakan, Bahwa kami sudah mŭnŭngar iya ini bŭrkata bŭbrapa pŭrkataan hujat mŭlawan Musa dan Allah.

12Maka dihasutnyalah kaum itu, sŭrta orang tua tua, dan khatib khatib, maka disŭrbunya marika itu, lalu ditangkapnya akan Istifanus, sŭrta dibawanyalah kahadapan mŭjlis;

13Lagi pun diadakannya pula bŭbrapa saksi dusta yang mŭngatakan, Bahwa iya ini tiada bŭrhŭnti deripada mŭngatakan pŭrkataan hujat atas tŭmpat yang suchi ini dan tauret:

14Kŭrna kami tŭlah mŭnŭngar iya ini mŭngatakan, Bahwa Isa orang Nazareth itu akan mŭrombak tŭmpat ini, dan mŭnukarkan sagala adat yang dibri ulih Musa kapada kita.

15Maka sagala orang yang dudok dalam mŭjlis itu pun mŭrŭnunglah mukanya, dilihatnya mukanya sa’olah olah spŭrti muka mŭliekat.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran