Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 7 >> 

FATSAL VII.

1MAKA kumdian bŭrkatalah imam yang bŭsar, Iyakah sagala pŭrkara itu dŭmkian?

2Maka jawab Istifanus, Hie kamu skalian, dan saudara, dan bapa bapa, dŭngarlah kiranya: bahwa Allah yang mŭmpunyai kŭmuliaan itu, tŭlah klihatan pada nenek moyang kami, iya itu Ibrahim, tŭtkala iya lagi dinŭgri Mesapotamia, iya itu dahulu deripada iya mŭngdiami nŭgri Kharan;

3Maka bŭfŭrmanlah Allah kapada Ibrahim, Kluarlah angkau deripada bŭnuamu, dan deripada klorgamu, marilah angkau kanŭgri yang akan kutunjokkan padamu.

4Maka tŭtkala itu kluarlah Ibrahim deripada bŭnua orang Kaldia, lalu dudoklah iya diKharan: hata maka kumdian deripada mati bapanya, maka dipindahkan Allah akan dia deri sana kabŭnua ini, ditŭmpat yang kami diam skarang.

5Maka tiada dibrinya padanya pusaka dalam nŭgri ini, mŭskipun mŭlŭtakkan kakinya jua pun tidak, akan tŭtapi dijanjikannya padanya handak dibrinya pŭrulihan itu kumdian bagie kŭturonannya kŭlak, sŭdang bŭlom lagi iya mŭnaroh anak.

6Maka bŭfŭrmanlah Allah dŭmkian ini, Bahwa kŭturonannya kŭlak akan mŭndudoki nŭgri yang asing, dan pŭrhambai orang akan dia, sŭrta diannyayakan ampat ratus tahun lamanya disana.

7Dan lagi pula bŭfŭrman Allah, Bahwa aku akan mŭnghukumkan bangsa itu yang mŭmpŭrhambkan marika itu, maka kumdian deripada itu kŭlak marika itu akan klŭar deripada bŭnua itu, dan bŭrbakti padaku ditŭmpat ini.

8Maka dikurniakannyalah padanya pŭrjanjian bŭrsunat; hata maka Ibrahim pun branakkanlah Isahak, lalu disunatkan akan dia pada hari yang kadŭlapan; maka Isahak branakkanlah Yakob, dan Yakob pun branakkanlah kadua blas datok bangsa ini.

9Maka datok bangsa ini pun datanglah dŭngkinya akan Yusof, lalu dijualkannya akan dia kanŭgri Masir, tŭtapi disŭrtai Allah akan dia;

10Dan dilŭpaskannya akan dia deripada sagala kŭsusahannya, dan dikurniakannya padanya rahmat, dan budi dihadapan Firaun raja Masir itu; maka raja itu pun mŭnjadikannya pŭnghulu akan Yusof itu dalam nŭgri Masir, dan dalam istananya skalian.

11Klakian maka datanglah musim kŭlaparan pada sŭgŭnap tanah Masir dan Kanaan, sŭrta dŭngan kasukaran yang bŭsar; maka nenek moyang kami pun tiadalah mŭndapat makanan.

12Maka apabila didŭngar ulih Yakob, bahwa adalah gandom diMasir, maka pada mula mulanya disurohnya pada nenek moyang kami pŭrgi kaMasir.

13Maka pada kadua kalinya, dikŭnalkan akan dirinya kapada saudara saudaranya, sŭrta dikŭnalkan akan klorga Yusof itu kapada Firaun.

14Kumdian maka disuroh ulih Yusof mŭnjŭmpot akan bapanya iya itu Yakob, sŭrta sagala klorganya itu, tujoh puloh lima orang banyaknya.

15Hata maka turonlah Yakob kaMasir, maka matilah iya disana sŭrta dŭngan nenek moyang kami.

16Maka dipindahkanlah mayat mayat marika itu skalian kanŭgri Shekem, ditanamkanlah akan dia dikuboran yang dibŭli dŭngan sŭkian harganya deripada anak anak Hammor, iya itu bapa Shekem.

17Bŭrmula apabila pŭrjanjian yang disumpahkan Allah kapada Ibrahim tŭlah hampir waktunya, maka kaum itu pun makinlah bŭrtambah tambah biak dinŭgri Masir;

18Sahingga bŭrbangkitlah pula sa’orang raja yang lain, yang tiada mŭngŭnal akan Yusof.

19Maka raja itulah yang tŭlah mŭnipu bangsa kami, dan diannyayainya akan nenek moyang kami, sahingga disurohnya buangkan kapada marika itu akan kanak kanaknya, supaya jangan iya itu hidop lagi.

20Hata pada masa itu Musa pun jadilah, ada iya tŭrlalu amat elok parasnya, maka dipliharakanlah akan dia tiga bulan lamanya dirumah bapanya.

21Maka sŭtlah dibuangkanlah akan dia, maka dipungot ulih anak pŭrampuan Firaun akan dia, sŭrta dipliharakannya dijadikannya spŭrti anaknya sŭndiri.

22Maka Musa ini pun pahamlah akan sagala ilmu orang Masir, sŭrta kuatlah iya dalam sagala pŭrkataan dan pŭkŭrjaan.

23Adapun sŭtlah sampielah umornya gŭnap ampat puloh tahun, maka tŭrgraklah hatinya handak pŭrgi mŭndapatkan sagala saudaranya, iya itu bŭni Israil.

24Maka dŭmi dilihatnya sa’orang yang tŭrannyaya, maka dilindongkannyalah akan dia, sŭrta dituntotnya bela sŭbab orang yang digagahi itu, lalu dibunohnya akan orang Masir itu.

25Kŭrna pada sangka Musa, adapun sagala saudaranya dapat kŭlak mŭngtahui, bagimana dŭngan tangannya Allah handak mŭlŭpaskan marika itu; tŭtapi tiada juga dikŭtahui ulih marika itu.

26Maka pada ka’esokkan harinya pula datanglah Musa pada marika itu, didapatinya tŭngah bŭrklahi, maka handak didamiekan ulih Musa akan dia, katanya, Hie tuan tuan, bukankah kamu bŭrsaudara, mŭngapa kamu mŭngannyayai sa’orang akan sa’orang?

27Tŭtapi orang mŭngannyayai kawannya itu mŭnolakkan akan dia, katanya, Siapa sudah mŭnjadikan angkau pŭnghulu dan hakim diatas kami?

28Angkau handak bunohkah pula akan daku, spŭrti kŭlmarin tŭlah angkau bunoh sa’orang orang Masir itu?

29Maka Musa larilah sŭbab mŭnŭngar pŭrkataan itu, maka jadilah iya sa’orang dagang dinŭgri Median, maka disanalah dipranakannya dua orang anak laki laki.

30Maka apabila gŭnaplah ampat puloh tahun iya disana, maka tiba tiba dilihatnya mŭliekat Tuhan dipadang tiah, dŭkat bukit Torsina, dalam sŭrumpon bŭlukar yang bŭrnyala dŭngan api.

31Maka apabila dilihat Musa akan pŭnglihatan yang dŭmkian itu, maka hieranlah iya, sŭrta dihampirinya handak mŭlihat itu, maka datanglah swara deripada Tuhan kapadanya,

32Katanya, Akulah Allah nenek moyangmu, iya itu Allah Ibrahim, dan Allah Isahak, dan Allah Yakob. Maka gŭmŭntarlah Musa, sahingga tiadalah iya brani mŭmandang itu lagi.

33Bŭrmula maka bŭrfŭrmanlah Tuhan kapadanya, Tanggalkanlah kasot deripada kakimu, kŭrna adapun tŭmpat angkau bŭrdiri itu tanah yang suchi adanya.

34Aku tŭlah mŭlihat, aku tŭlah mŭlihat kŭsukaran kaumku yang dalam nŭgri Masir itu, dan aku tŭlah mŭnŭngar pŭngaduannya, maka aku tŭlah turon handak mŭlŭpaskan dia. Maka skarang pun marilah aku handak mŭnyurohkan angkau pŭrgi kaMasir.

35Maka Musa inilah yang disangkali ulih marika itu, katanya, Siapakah tŭlah mŭnjadikan angkau pŭnghulu dan hakim? Bahwa orang ini juga dijadikan Allah pŭnghulu dan pŭnŭbos ulih tangan mŭliekat yang tŭlah klihatan padanya dalam rumpon bŭlukar itu.

36Iya itulah yang mŭngluarkan marika itu, kumdian deripada diadakannya bŭbrapa mujizat dan ajaib dibanua Masir, dan dalam laut Kalzom, dan dalam padang Tiah ampat puloh tahun lamanya.

37¶ Maka Musa itulah yang tŭlah bŭrkata kapada bŭnih Israel, Bahwa Tuhan Allah kamu akan mŭmbangkitkan sa’orang Nabi diantara sagala saudaramu spŭrti aku ini; maka handaklah kamu mŭnurut akan dia.

38Adapun inilah dia juga yang bŭrsama sama dalam kaum itu dipadang Tiah, yang bŭrsama sama pula dŭngan Maliekat yang tŭlah bŭrkata padanya diatas bukit Torsina itu, bŭsŭrta dŭngan nenek Moyang kami; maka iya tŭlah mŭnyambut akan sagala pŭrkataan slamat itu supaya dibrinya itu kapada kami.

39Maka nenek moyang kami pun tiadalah mahu mŭnurut Musa, mŭlainkan ditolakkannya akan dia; maka bŭrpalinglah ingatannya handak kŭmbali kaMasir.

40Maka bŭrkatalah marika itu kapada Haron, pŭrbuatkanlah bagie kami bŭrhala bŭrhala yang bulih mŭnjadi pŭnganjor bagie kami, kŭrna Musa yang mŭngluarkan kami deri banua Masir itu, ŭntah apakah halnya tiadalah kami mŭngŭtahui.

41Maka pada masa itulah juga dipŭrbuatlah ulih marika itu suatu patong anak Lŭmbu, sŭrta dibrinya korban pada bŭrhala itu; maka bŭrsuka sukaanlah marika itu akan pŭrbuatan tangannya.

42Maka bŭrpalinglah Allah sŭrta disŭrahkannya marika itu bŭrbuat bakti kapada sŭgŭnap pŭrhiasan langit; spŭrti yang tŭrsurat dalam kitab sagala nabi, katanya, Hie isi rumah orang Israel! sudahkah angkau pŭrsŭmbahkan binatang binatang yang tŭrsŭmbleh dan korban padaku dalam padang Tiah ampat puloh tahun lamanya?

43Bahkan kamu tŭlah mŭngarak kudu Molok dan Remfan datok kamu, yang tŭlah kamu pŭrbuat sŭbab handak sujud mŭnyŭmbah akan dia; maka aku akan mŭmindahkan dikau kŭsŭbrang nŭgri Babilon.

44Bahwa khemah kŭsaksian itu adalah diantara nenek moyang kami dalam padang tiah, spŭrti yang tŭlah dititahkan Allah, maka fŭrmannya kapada Musa, Pŭrbuatlah itu ulihmu spŭrti tuladan yang angkau lihat.

45Maka itulah yang tŭlah ditrima ulih nenek moyang kami, dan dibawanya masok sŭrta dŭngan Yoshua kŭdalam tŭmpat kŭdiaman orang sŭsat, yang tŭlah dihalaukan Allah akan dia deri hadapan nenek moyang kami sampielah kapada zaman Daud.

46Maka Daud itulah yang tŭlah bŭrulih kasihan deripada Allah, maka iya mŭminta supaya mŭndapat suatu khemah bagie Allah Yakob.

47Tŭtapi Suliemanlah yang mŭmbangunkan bagienya suatu ka’abah.

48Tŭtapi Tuhan yang maha tinggi itu tiada mŭngdiami iya dalam ka’abah yang dipŭrbuat ulih tangan manusia, spŭrti kata nabi:

49Dŭmkianlah fŭrman Tuhan, Shorga itu arashku, dan bumi itu alas kakiku; ka’abah manakah yang kamu pŭrbuatkan akan daku, atau tŭmpat manakah pŭrhŭntianku?

50Bukankah sagala pŭrkara itu pŭrbuatan tanganku adanya?

51¶ Hie orang yang kŭras tŭngkok, dan yang tiada tŭrsunat hatimu, dan tŭlingamu, maka pada sŭdia kala kamu mŭlawan Roh Alkudus itu spŭrti nenek moyang kamu, maka kamu pun dŭmkianlah juga.

52Siapakah deri antara sagala nabi yang tiada diannyayakan ulih nenek moyang kamu itu? maka marika itu tŭlah mŭmbunoh akan sagala orang yang tŭlah mŭnchŭrtrakan tŭrdahulu akan hal pri kŭdatangan orang yang bŭnar itu, iya itu yang tŭlah kamu sŭrahkan sŭrta mŭmbunoh akan dia.

53Bahwa kamulah yang tŭlah mŭnŭrima Tauret ulih prentah mŭliekat mŭliekat, tŭtapi tiada kamu mŭmliharakan dia.

54¶ Sŭbŭrmula apabila didŭngar ulih marika itu akan sagala pŭrkara itu, maka gŭramlah hatinya sŭrta digigitnya giginya sŭbab marahnya akan dia.

55Tŭtapi Istifanus itu pŭnohlah hatinya dŭngan Roh Alkudus, mŭnŭngadahlah iya kalangit, maka dilihatnya kŭmuliaan Allah, dan Isa itu pun bŭrdirilah disŭblah kanan Allah.

56Maka bŭrkatalah iya, sŭsungguhnya kulihat langit itu tŭrbuka, dan Anak manusia itu bŭrdiri dikanan Allah.

57Tŭtapi bŭrtriaklah marika itu dŭngan nyaring swaranya sŭrta ditutopnya tŭlinganya, lalu disŭrbunya akan dia dŭngan satu hati.

58Maka dibuangkanlah ulih marika itu akan dia kluar nŭgri, sŭrta dirŭjamnya akan dia dŭngan batu; maka sagala orang saksi pun mŭnanggalkan pakieannya, lalu dilŭtakkannya dikaki sa’orang orang muda yang bŭrnama Saul.

59Maka dirŭjamlah ulih marika itu akan Istifanus dŭngan batu, tŭngah iya mŭminta doa, katanya, Ya Tuhan Isa sambutlah nyawaku!

60Maka bŭrtŭlutlah iya, sambil bŭrtriak dŭngan swara nyaring, katanya, Ya Tuhan janganlah kiranya ditanggongkan dosa ini atas marika itu; sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian, maka tidorlah iya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel