Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 9 >> 

FATSAL IX.

1SŬBARMULA maka Saul pun lagi tŭngah mŭnyalakan gŭrtaknya, dan handak mŭmbunoh umat umat Tuhan, maka pŭrgilah iya kapada imam bŭsar.

2Maka dipintanya deripadanya surat prentah akan dibawanya kanŭgri Damsek kapada sagala kŭnisa, supaya jikalau iya mŭndapat orang dalam jalan ini, baik laki laki atau pŭrampuan, akan dibawanya marika itu dŭngan ikatnya kaJerusalem.

3Maka apabila iya bŭrjalan itu, hampirlah iya kanŭgri Damsek, tiba tiba mŭmancharlah deri langit suatu chaya yang gilang gumilang mŭnglilingi dia.

4Maka jatohlah Saul tŭrjŭrumus dibumi, lalu didŭngarnya suatu swara mŭngatakan padanya Saul, Saul, mŭngapa angkau mŭngannyayai aku?

5Maka jawabnya, Siapakah angkau, Tuhan? Maka bŭrkatalah Tuhan, Akulah Isa yang angkau annyayakan itu; maka sukarlah angkau mŭnŭndang kapada yang tajam.

6Maka bŭrkatalah iya dŭngan gŭmŭntar dan dahshatnya, Ya Tuhan, apakah angkau handak kupŭrbuat? Jawab Tuhan padanya, Bangunlah angkau, pŭrgi masok kŭdalam nŭgri, maka disanalah kŭlak akan dikatakan kapadamu apa yang patut angkau pŭrbuat.

7Adapun orang yang bŭrjalan sŭrtanya itu pun bŭrdirilah dŭngan kŭlunya, didŭngar akan swara itu, tŭtapi sa’orang pun tiada dilihatnya.

8Maka Saul pun bŭrbangkitlah deri bumi itu, sŭrta dibukanya matanya, maka tiadalah bulih klihatan sa’orang pun lagi; maka dipimpin oranglah tangannya, dibawanya masok kŭdalam nŭgri Damsek.

9Maka tiga hari lamanya iya tiada mŭlihat, dan tiada makan dan minum pun.

10¶ Sŭbarmula maka adalah dinŭgri Damsek sa’orang murid Isa yang bŭrnama Ananias; maka bŭrkatalah Tuhan kapadanya dŭngan suatu pŭngŭlihatan, Ananias, maka jawabnya, Sahya Tuhan.

11Maka kata Tuhan kapadanya, Bangunlah angkau, pŭrgi mŭngikot lorong yang bŭrnama bŭtol, maka tanyalah angkau dirumah Yahuda akan sa’orang yang bŭrnama Saul, orang nŭgri Tarsus; kŭrna sŭsungguhnya adalah iya itu mŭminta doa.

12Dan adalah iya tŭlah mŭlihat dalam suatu pŭnglihatan akan sa’orang yang bŭrnama Ananias masok, sŭrta mŭlŭtakkan tangan ka’atasnya, supaya klihatan pula matanya.

13Maka mŭnyahutlah Ananias katanya, Bahwa aku tŭlah mŭnŭngar deripada banyak orang akan hal orang itu, bŭbrapa kŭjahatan yang tŭlah dipŭrbuatnya kapada sagala orang salihmu diJerusalem.

14Maka skarang pun iya tŭlah bŭrulih kwasa deripada kŭpala kŭpala imam akan mŭngikat sagala orang yang bŭrsru dŭngan namamu.

15Tŭtapi bŭrkatalah Tuhan padanya, Pŭrgilah juga angkau, kŭrna orang itulah kŭlak akan mŭnjadi suatu pŭgawi yang tŭrpileh padaku, akan mŭmashorkan namaku kapada orang orang sŭsat, dan raja raja, dan bŭni Israil.

16Kŭrna aku akan mŭnunjokkan padanya bŭbrapa kasukaran kŭlak akan ditanggongkan sŭbab namaku.

17Maka Ananias pun pŭrgilah, lalu masok kŭdalam rumah itu, sambil mŭlŭtakkan tangan ka’atasnya, sŭrta bŭrkata, Hie saudaraku Saul, bahwa Tuhan, iya itu Isa, yang tŭlah klihatan padamu dijalan yang angkau datang kŭmari, iyalah tŭlah mŭnyurohkan aku datang kapadamu, supaya matamu bulih klihatan pula, dan hatimu pun dipŭnohi dŭngan Roh Alkudus.

18Maka sŭkunyung kunyung gugorlah deripada mata Saul itu spŭrti rupa sisek, maka dŭngan skutika itu juga tampaklah matanya, sŭrta bangunlah iya, lalu dibaptisakanlah akan dia.

19Maka sŭtlah suda iya makan, kuatlah iya pula. Maka tinggallah iya sŭrta dŭngan sagala murid diDamsek bŭbrapa hari lamanya.

20Mnka dŭngan sŭgranya dimashorkannyalah nama Almasih dalam kŭnisa kŭnisa, bahwa iyalah anak Allah.

21Maka tŭrchŭngang chŭnganglah sagala orang yang mŭnŭngar itu, katanya, Bukankah iyaini orang yang mŭmbinasakan sagala orang yang mŭnyŭbot nama Isa itu diJerusalem, maka iya datang kŭmari pun dŭngan kahandak itu juga, supaya iya mŭmbawa sagala marika itu dŭngan ikatnya kapada kŭpala kŭpala imam?

22Maka makin lama makin lebih bŭrtambah tambah kuat Saul itu, sŭrta mŭmbingungkan sagala orang Yahudi yang dudok dinŭgri Damsek, mŭnyatakan bahwa iya itulah Almasih adanya.

23¶ Sŭtlah sudah bŭhrapa hari lalu, maka bŭrbicharalah orang Yahudi handak mŭmbunoh akan Saul.

24Maka dikŭtahui ulih Saul akan niat marika itu, maka orang pun mŭnjagakan akan dia pada sagala pintu nŭgri siang dan malam, supaya mŭmbunoh akan dia.

25Maka tŭtkala itu diambil ulih sagala murid itu akan dia pada malam, sŭrta dihulorkannya dia dalam suatu bakol diluar tembok.

26Adapun sŭrta sampielah Saul kaJerusalem, maka dichobainya bŭrdŭkat dŭkat dŭngan murid itu, maka takotlah sŭmuanya akan dia, sŭbab tiadalah marika itu pŭrchaya, bahwa iya pun sa’orang murid adanya.

27Maka diambil ulih Barnabas akan dia, sŭrta dibawanya kapada sagala Rasol, lalu dibrinya tahu kapada marika itu, bagimana hal Saul itu tŭlah mŭlihat Tuhan ditŭngah jalan, sŭrta Tuhan tŭlah bŭrkata kata padanya, dan bagimana iya tŭlah mŭngajar nama Isa itu dŭngan bŭrani hati diDamsek.

28Maka adalah iya masok kluar bŭrsama sama dŭngan marika itu diJerusalem.

29Maka dŭngan brani hati iya mŭngajar akan nama Tuhan Isa itu, sŭrta bŭrbantah bantahlah iya dŭngan orang Grika, tŭtapi marika itu pun chari daya upaya handak mŭmbunoh akan dia.

30Maka apabila dikŭtahui ulih sagala saudara akan hal itu, dibawanyalah akan Saul kanŭgri Kesaria, sŭrta disurohnya pŭrgi kanŭgri Tarsus.

31Shahadan pada tŭtkala itu sagala sidang jŭmaah yang ditanah Yahuda, dan diGalalia, dan diSamaria sŭntosalah, sŭrta bŭrulih kabajikan, sambil mŭlakukan dirinya dŭngan takot akan Tuhan, dan bŭrulih pŭnghiboran deripada Roh Alkudus, maka bŭrtambah tambahlah banyak orang.

32¶ Alkesah maka pada skali pŭrstua tŭtkala Petros mŭnjalani sagala tŭmpat itu, maka turonlah iya mŭndapatkan sagala orang orang salih yang mŭngdiami nŭgri Lida.

33Maka disanalah iya mŭndapat akan sa’orang yang bŭrnama Enias, iya itu tŭlah tŭrhantar diatas katilnya dŭlapan tahun lamanya dŭngan sakit tepok.

34Maka bŭrkatalah Petros kapadanya, Hie Enias, Isa Almasih mŭnyŭmbohkan dikau, bangunlah, bŭtolkan tŭmpat tidormu itu. Maka dŭngan skutika itu juga bangunlah iya.

35Maka apabila dilihat ulih sagala orang yang diam dinŭgri Lida, dan Saron akan hal itu, lalu bŭrbaliklah hati marika itu kapada Tuhan.

36¶ Sŭbarmula maka adalah sa’orang murid diJopa yang bŭrnama Tabitha, iya itu tŭrsalin artinya Dorkas: bahwa pŭrampuan itu lampaulah pŭrbuatannya yang baik, dan mŭmbri sŭdŭkah.

37Maka pada masa itu jatohlah iya sakit payah, lalu mati: maka sŭtlah sudah dimandikan orang akan dia, lalu dibawanya naik ka’atas loteng.

38Maka sŭbab nŭgri Lida itu adalah dŭkat nŭgri Jopa, sŭtlah didŭngar ulih sagala murid, bahwa Petros ada disana, lalu disurohnyalah dua orang pŭrgi kapadanya, sambil mŭminta jangan lambat datang pada marika itu.

39Maka dŭngan skutika itu juga Petros pun pŭrgilah sŭrta marika itu; maka apabila iya sampie, dibawa oranglah akan dia naik ka’atas loteng: maka adalah sagala pŭrampuan janda itu bŭrdiri dŭkat sambil mŭnangis, sŭrta mŭngunjokkan baju baju, dan pakiean yang tŭlah dipŭrbuat ulih Dorkas itu, tŭtkala iya lagi bŭsŭrta dŭngan marika itu.

40Maka disurohlah ulih Petros kluar akan sagala marika itu, maka bŭrtŭlotlah iya, sŭrta mŭminta doa, lalu bŭrpalinglah kapada mayat itu, katanya, Tabitha, bangunlah angkau. Maka pŭrampuan itu pun mŭmbukakanlah matanya, maka apa bila dilihatnya akan Petros, lalu dudoklah iya.

41Maka diunjokkan Petros tangannya, lalu mŭmbangunkan dia; hata maka sŭtlah dipanggilnya sagala orang yang salih, dan sagala pŭrampuan janda, maka diunjokkannyalah akan pŭrampuan itu dŭngan hidopnya kapada marika itu.

42Maka pŭchahlah khabar itu kapada sagala nŭgri Jopa, maka banyaklah orang pŭrchaya akan Tuhan.

43Arkian maka tinggallah Petros bŭbrapa hari lamanya dinŭgri Jopa, dirumah sa’orang tukang samak kulit yang bŭrnama Simon.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel