Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kolose 3 >> 

FATSAL III.

1MAKA jikalau kiranya kamu tŭlah dibangkitkan sŭrta dŭngan Almasih, charilah pŭrkara pŭrkara yang diatas, ditŭmpat Almasih ada sŭmayam dikanan Allah.

2Maka tujukanlah ingatanmu kapada pŭrkara pŭrkara yang diatas, bukannya kapada pŭrkara pŭrkara yang dibumi.

3Kŭrna kamu ini sudah mati, maka hayatmu itn tŭrlindong sŭrta dŭngan Almasih bagie Allah.

4Maka apabila kŭlak Almasih, hayat kami itu kŭlak nyata, maka pada masa itulah kamu pun kŭlak nyatalah sŭrtanya dalam kamuliaan.

5Sŭbab itu matikanlah sagala anggotamu yang diatas bumi ini; iya itu, zinah dan kachŭmaran, dan nafsu yang nŭjis, dan kainginan yang jahat, dan tŭmaa, maka iya itulah bŭrhala:

6Maka sŭbab sagala pŭrkara itulah mŭndatangkan morka Allah atas sagala anak anak dŭrhaka.

7Adapun dalam hal yang dŭmkianlah, kamu tŭlah bŭrlaku dahulu, tŭtkala kamu hidop dalamnya;

8Tŭtapi skarang handaklah kamu mŭmbuangkan sagala pŭrkara inipun; iya itu marah, dan iri hati, dan dŭngki, dan hujat, dan pŭrkataan kotor yang kluar deri mulot kamu.

9Maka janganlah kamu bŭrdusta sa’orang dŭngan sa’orang, sŭbab tampaknya kamu sudah mŭninggalkan prangie manusia yang lama, sŭrta dŭngan sagala klakuannya.

10Dan kamu tŭlah mŭmakie prangie manusia yang bahru, yang dibahrui dalam pŭngatahuan, mŭnurot tuladan yang tŭlah mŭnjadikan dia itu.

11Baik bukan Grika, atau Yahudi, baik bŭrsunat, atau tidak bŭrsunat, baik Babar, atau Tatar, baik abdi, atau mŭrdehka; tŭtapi Almasih bagie skalian, dan dalam skalian.

12Sŭbab itu, spŭrti orang orang pilahan Allah, yang suchi dan kŭkasih, pakiekanlah kamewahan hati, dan kasihan dan rŭndah hati, dan lŭmah lŭmbut, dan panjang hati.

13Sabarlah sa’orang akan sa’orang, dan maafkanlah sa’orang akan sa’orang, jikalau ada barang sa’orang bŭrsalah akan sa’orang; spŭrti kamu pun tŭlah diampuni ulih Almasih, maka dŭmkianlah juga handaknya kamu pun bŭrbuat.

14Adapun atas sagala pŭrkara inipun, tarohkanlah kasih, iya itulah pŭngikat kasampornaan.

15Biarlah kiranya sŭjahtra deripada Allah itu bŭrkrajaan dalam hati kamu, maka deri hal itulah juga kamu tŭlah dijŭmpot akan mŭnjadi suatu tuboh; maka mŭnguchap shukorlah.

16Maka biarlah kiranya pŭrkataan Almasih itu tinggal dalam hati kamu bŭrlempah lempah dalam sagala budi; mŭngajar dan mŭmbri nasihat sa’orang dŭngan sa’orang, dŭngan mazmor mazmor, dan puji pujian, dan shayer ilham Roh, mŭnyanyilah dŭngan anugrah bagie Tuhan Isa.

17Maka barang suatu yang kamu pŭrbuat, baik dŭngan pŭrkataan, baik dŭngan pŭkŭrjaan, maka handaklah kamu bŭrbuat skalian itu dŭngan nama Tuhan Isa, mŭnguchap shukorlah dŭngan bŭrkatnya kapada Allah iya itu Ayah.

18Istri istri, handaklah kamu tundok pada suamimu sŭndiri, dŭngan bŭrpatutan dalam agama Tuhan.

19Suami suami, handaklah kamu mŭngasihi istrimu, dan janganlah mŭnaroh hati hangat akan dia.

20Kanak kanak, handaklah kamu mŭnurot akan prentah ibu bapamu dalam sagala pŭrkara; kŭrna iya itu sangat dipŭrkŭnankan Tuhan.

21Bapa bapa, janganlah kamu mŭmbuat marah akan anak anakmu, supaya jangan tawar hati marika itu.

22Hamba hamba, handaklah kamu mŭnurot prentah tuanmu dalam sagala pŭrkara spŭrti adat dunia; jangan dŭngan muka muka, supaya dipŭrkŭnankan orang sahja; tŭtapi dŭngan tulos hati, sŭrta takot akan Allah.

23Maka barang sŭsuatu yang kamu pŭrbuat itu, handaklah kamu pŭrbuat itu dŭngan bŭtol hati, spŭrti kapada Tuhan, bukannya kapada manusia.

24Kŭtahuilah ulihmu bahwa deripada Tuhanlah kamu akan mŭndapat upah pusaka itu: kŭrna kamu pŭrhambakan kapada Tuhan iya itu Almasih.

25Tŭtapi barang siapa yang bŭrbuat salah, maka iya kŭlak akan mŭnŭrima spŭrti kasalahan yang dipŭrbuatnya itu, kŭrna tiadalah pŭrlainannya sa’orang dŭngan sa’orang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kolose 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran