Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kolose 4 >> 

FATSAL IV.

1TUAN tuan, handaklah kamu bri kapada hamba hambamu itu dŭngan sŭpatutnya, dan sama kŭdarnya, kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa kapadamu pua ada juga suatu Tuhau dalam shorga.

2Slalulah dalam bŭrdoa, dan jagalah dalam hal yang dŭmkian, sŭrta mŭnguchap shukor.

3Dŭngan sagala doa itu, pintakanlah akan kami pun, supaya Allah mŭmbukakan bagie kami akan jalan mŭngajar rahsia Almasih, kŭrna deri sŭbab itulah juga aku tŭlah tŭrblunggu.

4Supaya bulihlah kunyatakan itu spŭrti yang patut aku bŭrkata kata.

5Maka bŭrlakulah dŭngan bijaksana kapada orang kluaran; pŭblakanlah akan waktu.

6Maka biarlah kiranya pŭtutoran kamu itu slalu dŭngan anugrah, sŭrta mŭnyŭdapkan dia dŭngan garam, supaya kamu kŭlak mŭngatahui bagimana patut mŭmbri jawab kapada masing masing orang.

7Adapun sagala hal ahwalku nanti dinyatakan ulih Tiekikus saudaraku yang kŭkasih itu, dan sa’orang utusan yang sŭtiawan, dan sama hamba dŭngan kami dalam Tuhan itu.

8Maka deri sŭbab itulah kusurohkan akan dia kapada kamu, supaya dikŭtahuinya sagala hal ahwal kamu, dan supaya dihiburkannya hati kamu,

9Bŭrsama sama dŭngan Onesimus, saudara yang sŭtiawan dan kŭkasih, lagi sa’orang deri antaramu, maka marika itulah kŭlak akan mŭmbri tahu kapada kamu sagala pŭrkara yang tŭlah bŭrlaku disini.

10Maka Aristarkus yang sama tŭrpanjara dŭngan aku, ampunya sŭlam pada kamu, dan Markus, saudara sŭpupu Barnabas, maka deri halnyalah kamu tŭlah dipŭsan: jikalau datang kŭlak iya kapadamu, handaklah kamu sambut akan dia.

11Dan Jesus, yang bŭrgŭlar Justus, sa’orang yang deripada orang orang bŭrsunat itu, adapun marika itu sahja yang sama sa’pŭkŭrjaan dŭngan aku dalam kŭrjaan Allah, dan yang tŭlah mŭnjadi pŭnghiburan padaku.

12Maka Epafras, ampunya sŭlam pada kamu, iya itu sa’orang deripada kamu, hamba Almasih, yang pada sadiakalanya bŭrlŭlah dŭngan mŭmintakan doa bagie kamu, supaya kamu bŭrdiri tŭtap dŭngan sampornanya, dan langkapnya dalam sagala kahandak Allah.

13Kŭrna akulah mŭnjadi saksi, bahwa Epafras tŭrlalulah rajin deri hal kamu, dan deri hal orang orang yang ada dinŭgri Laodekia, dan orang orang yang dinŭgri Hierapolis.

14Adapun Lukas, tabib yang kŭkasih itu, dan Demas, ampunya sŭlam kapada kamu.

15Sŭlamku kapada sagala saudara yang ada dinŭgri Laodikia, dan diNimfas, sŭrta dŭngan sidang jŭmaah yang ada dalam rumahnya.

16Maka apabila surat ini sudah dibacha diantara kamu, biarlah dibacha pula kapada sidang jŭmaah orang Laodikia, maka handaklah kamu pun mŭmbacha surat yang deri Laodekia itu.

17Maka katakanlah kapada Arkipus, ingatlah baik baik akan pŭkŭrjaan jawatan yang tŭlah angkau trima dŭngan bŭrkat Tuhan, supaya angkau mŭnggŭnapi akan dia itu.

18Sŭlam yang tŭrtulis dŭngan tanganku, iya itu Paulus, ingatlah kiranya akan blungguku, biarlah kiranya anugrah bŭsŭrta dŭngan kamu. Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat ini dinŭgri Rom, dikirimkan kapada orang Kolossi dŭngan tangan Tiekikus dan Onesimus.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kolose 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran