Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA adapun spŭrti banyak orang yang sudah mŭmasok tangan handak mŭnyatakan dŭngan pŭratoran suatu kesah deri pŭrkara pŭrkara yang tŭlah dipŭrchayai dŭngan sungguh sungguh diantara kami.

2Itu pun spŭrti yang tŭlah disŭrahkan ulih marika itu skalian kapada kita, yang deri pŭrmulaannya matanya mŭnjadi saksi, dan guru guru pŭrkataan itu:

3Tampaknya baik pula kapada aku, yang tŭlah sudah mŭngarti dŭngan sampornanya akan sagala pŭrkara pŭrkara itu deripada pŭrmulaannya skali, akan mŭngarangkan kapadamu dŭngan pŭratoran, hie Theophilus yang amat mulia;

4Supaya angkau kŭlak mŭngtahui akan katŭntuannya sagala pŭrkara pŭrkara itu, yang angkau tŭlah diplajari itu.

5¶ SHAHADAN maka adalah pada zaman Herodis, iya itu raja orang Yahudi, maka adalah sa’orang imam yang bŭrnama Zakaria, silah silahnya turon deripada Abia; maka istrinya itu deripada anak pŭrampuan Haron, namanya Ilisabeth.

6Maka adalah kadua marika itu orang yang bŭnar kapada Allah, sŭrta bŭrlaku dalam sagala hukum dan pŭngajaran Tuhan dŭngan tiada bŭrsalah.

7Maka marika itu tiada bŭranak, kŭrna Ilisabeth itu mandol, dan kadua orang itu tŭlah lalulah sangat umornya.

8Maka pada skali pŭrstua tŭtkala Zakaria mŭmbuat pŭkŭrjaan imam dihadapan Allah dalam pŭratoran silah silahnya itu,

9Mŭnurot adat pangkat imam itu, maka pŭkŭrjaannya itu akan mŭmbakar bahu bahuan tŭtkala masok kŭdalam ka’abah Tuhan.

10Maka sagala bŭlatŭntara deripada kaum itu tŭngah sŭmbahyang diluar deripada waktu mŭmbakar bahu bahuan itu.

11Maka klihatanlah kapada Zakaria sa’orang mŭliekat Tuhan bŭrdiri sŭblah kanan tŭmpat bahu bahuan itu.

12Maka apabila dilihat ulih Zakaria akan dia, maka susahlah iya, kŭtakotan datang kapadanya.

13Tŭtapi kata mŭliekat itu kapadanya, Janganlah takot Zakaria, kŭrna doamu tŭlah didŭngar, dan istrimu Ilisabeth itu akan branak sa’orang laki laki padamu, maka handaklah angkau mŭnamai akan dia Yahya.

14Maka angkau akan mŭndapat kasukaan dan suka chita, dan banyaklah orang yang suka chita kŭlak pada masa iya dipranakkan.

15Kŭrna iyalah kŭlak akan mŭnjadi bŭsar pada halrat Tuhan, iya kŭlak tiada minum ayer anggor, atau minuman yang kŭras, dan iyalah kŭlak akan dipŭnohi dŭngan Roh Alkudus, mŭski pun dalam prot ibunya.

16Dan banyaklah bŭni Israil itu kŭlak akan dibalikkannya kapada Tuhan Allahnya.

17Maka iyalah kŭlak bŭrjalan dihadapannya dŭngan roh dan kwasa, Ilias akan mŭmbalikkan hati bapa bapa itu kapada anak anak, dan yang dŭrhaka itu kapada hikmat kabŭnaran; akan mŭlangkapkan suatu kaum itu sŭdia kŭrna Tuhan.

18Maka kata Zakaria kapada mŭliekat itu, Bagimanakah aku akan mŭngtahui itu, kŭrna aku sa’orang orang tua, dan istriku itu tŭlah lalulah sangat umor.

19Maka jawab mŭliekat itu sŭrta bŭrkata kapadanya, Akulah Jibrail, yang bŭrdiri dihalrat Allah; disurohkannya bŭrkata kata kapadamu, dan mŭnunjokkan khabar kasukaan ini.

20Maka sŭsungguhnya angkau akan mŭnjadi kŭlu, tiada bulih bŭrkata kata, sampielah kapada hari pŭrkara pŭrkara itu akan dijadikan, ulih sŭbab angkau tiada pŭrchaya akan pŭrkataanku yang akan kŭlak digŭnapkan pada masanya.

21Maka kaum itu pun mŭnantikan Zakaria, sŭrta ajaib sŭbab iya bŭgitu lambat dalam ka’abah.

22Maka apabila kluarlah iya, tiadalah bulih iya bŭrkata kata kapada marika itu; maka pada pŭrasaan marika itu adalah iya mŭlihat suatu pŭnglihatan dalam ka’abah, kŭrna iya mŭlambie akan marika itu, sŭrta tinggallah iya kŭlu.

23Maka sŭrta sudahlah hari pŭkŭrjaannya itu tŭlah gŭnap, maka bŭrbaliklah iya karumahnya sŭndiri.

24Maka bahwa kumdian deri pada masa itu, istrinya Ilisabeth itu pun mŭngandonglah, maka disŭmbunyikannya akan dirinya lima bulan, katanya,

25Dŭmkianlah adanya pŭrbuatan Tuhan akan daku pada masa dipandangnya atasku, mŭnolakkan maluku diantara manusia.

26¶ Maka dalam anam bulan mŭliekat Jibrail dititahkan Allah kanŭgri Galilia, yang bŭrnama Nazareth:

27Kapada sa’orang anak darah yang sudah bŭrtunangan dŭngan sa’orang yang bŭrnama Yusof, kŭturonan Daud; adapun nama anak darah itu Mŭriam.

28Maka datanglah mŭliekat itu kapadanya, sŭrta katanya, Asalamu aliekom, angkau yang tŭlah mŭndapat kasihan yang maha bŭsar, Tuhan ada bŭsŭrta dŭngan dikau; bŭrbahgialah kiranya angkau diantara pŭrampuan pŭrampuan.

29Maka apabila dilihat Mŭriam akan dia, maka susahlah iya akan pŭrkataannya itu, maka masoklah dalam fikirannya, apakah macham sŭlam ini garangannya?

30Maka kata mŭliekat itu kapadanya, Janganlah takot Mŭriam, kŭrna angkau kŭlak akan mŭndapat kasihan deri pada Allah.

31Maka sŭsungguhnya angkau kŭlak akan mŭngandong dalam rahimmu, dan mŭmpranakkan sa’orang anak laki laki, akan dinamai iya ISA.

32Iya akan mŭnjadi bŭsar, dan akan dinamai anak yang maha tinggi, dan Allah Tuhan akan mŭmbri padanya takhta bapanya Daud:

33Maka iyalah kŭlak akan mŭmrentahkan atas sagala rumah Yakob sampie slama lamanya, maka krajaannya tiada akan bŭrsudahan.

34Sŭtlah itu kata Mŭriam kapada mŭliekat itu, Bagimanakah ini akan jadi, kŭrna aku tiada mŭngŭnal sa’orang pun laki laki?

35Maka jawab mŭliekat itu sŭrta bŭrkata kapadanya, Roh Alkudus itu akan datang ka’atasmu, dan kwasa deripada maha tinggi akan mŭnawangi dikau, maka sŭbab itulah juga bŭnda yang suchi itu yang angkau akan pranakkan, maka iya itu akan dinamai anak Allah.

36Maka sŭsungguhnya sa’pupumu Ilisabeth itu, iya pun ada mŭngandongkan sa’orang anak laki laki dalam umor tuanya, maka skarang iya sudah anam bulan yang dikatakan mandol:

37Kŭrna kapada Allah itu suatu pun tiada yang mustahil.

38Maka bŭrkatalah Mŭriam, Tengoklah sa’orang dayang Tuhan, jadilah bagieku spŭrti pŭrkataanmu. Maka mŭliekat itu pun kŭmbalilah deripadanya.

39Maka bangunlah Mŭriam pada masa itu dŭngan sŭgranya pŭrgi kanŭgri yang bŭrbukit bukit, kapada sa’buah nŭgri Yahuda:

40Maka masoklah iya kadalam rumah Zakaria, lalu mŭmbri sŭlamlah iya kapada Ilisabeth.

41Shahadan maka apabila didŭngar ulih Ilisabeth sŭlam Mŭriam itu, maka kanak kanak yang dalam rahimnya itu pun mŭlompat, maka Ilisabeth pun tŭlah pŭnohlah dŭngan Roh Alkudus.

42Maka iya pun bŭrkatalah dŭngan nyaring suaranya, katanya, Bŭrbahgialah angkau diantara pŭrampuan pŭrampuan, dan bŭrbahgialah adanya buah rahimmu itu.

43Maka bagimanakah garangannya kapadaku, iya itu ibu Tuhanku akan datang mŭndapatkan aku.

44Kŭrna sŭsungguhnya sŭrta bunyi sŭlammu itu bŭrbunyi katlingaku, kanak kanak itu pun mŭlompatlah dalam rahimku sŭbab suka chita.

45Maka bŭrbahgialah kiranya atas pŭrampuan itu yang pŭrchaya, kŭrna akan mŭnjadi pŭrkara pŭrkara yang tŭlah dikatakan kapadanya deripada Tuhan.

46Maka kata Mŭriam, Bahwa jiwaku adalah mŭmuliakan Tuhan itu.

47Maka adalah rohku bŭrsuka suka akan Allah Pŭnulongku.

48Kŭrna iya tŭlah mŭngindahkan karŭndahan dayangnya, kŭrna sŭsungguhnya deripada masa ini sagala kŭturonan kŭlak akan mŭnyŭbut aku slamat.

49Kŭrna iya yang ada bŭrkwasa tŭlah mŭngadakan bagieku pŭrkara pŭrkara yang bŭsar, maka suchi adanya namanya.

50Kasihannya ada atas barang siapa yang takot akan dia deripada kŭturonannya kapada kŭturonannya.

51Iya tŭlah mŭnunjokkan gagahnya dŭngan tangannya; iya tŭlah mŭnaborkan orang orang chongkak itu dalam sangka sangka hatinya.

52Iya tŭlah mŭnuronkan akan orang yang bŭrkwasa itu deripada kŭdudokannya, dan mŭninggikan orang yang rŭndah halnya itu.

53Iya tŭlah mŭmŭnohi akan orang yang lapar itu dŭngan pŭrkara yang baik baik, dan yang kaya itu iya tŭlah mŭnghalaukan dŭngan kosongnya.

54Iya tŭlah mŭnulong hambanya Israil dŭngan pŭringatan akan kasihannya.

55Spŭrti iya bŭrkata kapada nenek moyang kami kapada Ibrahim, dan kapada kŭturonannya slama lamanya.

56¶ Maka Mŭriam pun tinggallah dŭngan Ilisabeth itu kira kira tiga bulan, maka kŭmbalilah karumahnya sŭndiri.

57Adapun Ilisabeth itu pun tŭlah gŭnaplah bulannya yang patut iya branak, maka branaklah iya sa’orang anak laki laki.

58Maka orang orang yang sŭkampong dŭngan dia, dan sa’pupu sa’pupunya mŭnŭngar bagimana Tuhan tŭlah mŭngunjokkan kasihan bŭsar atasnya, maka suka chitalah marika itu bŭrsama sama dŭngan dia.

59Maka skali pŭrstua pada hari yang kadŭlapan, maka datanglah marika itu mŭnyunatkan kanak kanak itu, maka dinamai akan dia Zakaria, mŭnurot nama bapanya.

60Maka jawab bondanya, sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Bukannya dŭmkian, mŭlainkan patutlah iya dinamai Yahya.

61Maka bŭrkatalah marika itu kapadanya, Tiadalah sa’orang pun kŭturonanmu yang bŭrnama dŭngan nama ini.

62Maka marika itu mŭmbri isharat kapada bapanya, apakah yang dikahandakinya budak itu dinamai?

63Maka dipintanya satu papan mŭnulis, maka ditulisnya namanya itu Yahya; maka marika itu skalian pun tŭrchŭnganglah.

64Maka dŭngan skutika itu juga mulotnya pun tŭrbukalah, dan lidahnya pun tŭrlŭpaslah, maka bŭrtutorlah iya sambil mŭmuji Allah.

65Maka datanglah kŭtakotan ka’atas sagala orang yang diam bŭrkliling marika itu, dan sagala pŭrkataan ini tŭlah tŭrmashorlah dalam sagala nŭgri nŭgri yang bŭrbukit ditanah Yahuda.

66Maka sagala marika itu yang mŭnŭngar akan dia itu, ditarohnyalah kŭdalam hatinya, katanya, Apakah macham budak garangannya ini? maka adalah tangan Tuhan bŭrsama sama dŭngan dia.

67Maka adalah Zakaria bapanya itu tŭlah pŭnohlah dŭngan Roh Alkudus, lalu bŭrnabuatlah iya katanya,

68Slamatlah kiranya Allah Tuhan bagie Israil, kŭrna iya mŭlawat sŭrta mŭnŭbus akan kaumnya.

69Maka tŭlah mŭmbangunkan suatu tandok slamat bagie kami dalam rumah hambanya Daud.

70Spŭrti yang tŭlah iya bŭrkata kata dŭngan mulot nabi nabinya yang suchi, yang tŭlah lalu sŭmŭnjak dunia ini dimulai.

71Supaya kita akan tŭrlŭpas deripada sŭtru sŭtru kami, dan deripada tangan sagala yang mŭmbŭnchikan kita.

72Akan mŭngadakan kasihan yang tŭlah dijanjikan kapada nenek moyang kami, dan akan tŭringat pŭrjanjiannya yang suchi itu.

73Adapun sumpah yang tŭlah iya bŭrsumpah kapada nenek moyang kami Ibrahim,

74Iya mŭngurniakan kapada kami, supaya kami yang tŭlah tŭrlŭpas deripada tangan sŭtru sŭtru kami bulih bŭribadat kapadanya dŭngan tiada kŭtakotan.

75Dŭngan kŭsuchian, dan kŭbŭnaran dihadapannya sa’umor hidop kita.

76Maka angkau, kanak kanak akan dinamai nabi Kŭtinggian, kŭrna angkaulah akan pŭrgi dahulu kahalrat Tuhan, akan mŭnyŭdiakan jalan jalannya.

77Akan mŭmbri pŭngtahuan slamat kapada kaumnya dŭngan mŭnghapuskan dosa dosanya.

78Dŭngan kasihan Allah kami yang lŭmah lŭmbut, sŭbab itulah dini hari deri kŭtinggian tŭlah mŭlawat akan kami.

79Akan mŭmbri trang kapada marika itu yang dudok dalam gŭlap, dan dalam bayang bayang kŭmatian; akan mŭmimpin kaki kami kŭdalam jalan slamat.

80¶ Maka kanak kanak itu pun chŭrdeklah, bŭrtambah tambahlah kuat dalam rohnya, maka iya itu dalam padang bŭlantara, sahingga sampielah pada hari iya mŭnunjokkan dirinya kapada Israil.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran