Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 13 >> 

FATSAL XIII.

1SHAHADAN maka adalah bŭrhalir bŭbrapa orang pada masa itu tŭlah bŭrkata kapada Isa derihal orang orang Galilia yang ampunya darah dichamporkan ulih Pilatus bŭrsama dŭngan korbannya.

2Maka jawab Isa, katanya, Adakah kamu sangkakan orang Galilia itu tŭrlebih bŭsar dosanya deripada sagala orang orang Galilia yang lain, sŭbab disŭngsarakannya dŭmkian?

3Aku kata tidak; tŭtapi jikalau kamu tiada bŭrtaubat, kamu skalian pun akan binasa.

4Atau dŭlapan blas orang yang ditimpah ulih mŭnara dalam Siloam sampie mati, pada sangkamu itu pun orang bŭrdosakah tŭrlebih deripada sagala orang yang diam diJerusalem?

5Aku kata tidak; tŭtapi jikalau kamu tiada bŭrtaubat, kamu skalian pun akan binasa juga.

6¶ Maka Isa bŭrkata lagi pula akan pŭrumpamaan ini, maka adalah sa’orang tŭlah mŭnanam sa’pohon ara dalam kŭbon anggornya, maka datanglah iya handak mŭnchari buahnya, satu pun tiadalah didapatinya.

7Sŭtlah itu katanya kapada tukang kŭbon itu, Tengoklah, tiga tahun aku tŭlah datang mŭnchari buah deripada pohon ara ini satu pun tiada dapat, potongkanlah dia, apa buat iya mŭnyŭmakkan tanah ini.

8Maka jawabnya, Tuan, biarkanlah dia pada tahun ini pun, sampie aku changkol kulilingnya, sŭrta mŭmbuboh baja;

9Maka jikalau kiranya iya bŭrbuah, baiklah, maka jikalau tidak, kumdian bulihlah kŭlak tuan hamba potong.

10Maka pada hari sabtu Isa mŭngajar dalam suatu kŭnisa.

11¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang pŭrampuan yang tŭlah tŭrkŭna hantu dŭlapan blas tahun lamanya, lŭmah lŭmah badannya, sampielah blakangnya bŭrlipat dua, tiadalah bulih skali kali iya mŭngangkatkan dirinya.

12Maka apabila dilihat ulih Isa akan dia, lalu dipanggilnya akan dia, sŭrta katanya, Hie pŭrampuan, tŭrlŭpaslah angkau deripada kŭlŭmahanmu itu.

13Maka ditarohkannyalah tangannya ka’atasnya, maka dŭngan sŭbŭntar bŭntaran itu juga jadilah iya bŭtol, lalu iya mŭmuliakan Allah.

14Adapun pŭgghulu kŭnisa itu mŭnjawablah dŭngan gŭramnya, sŭbab Isa itu tŭlah mŭnyŭmbohkan orang pada hari sabtu; maka katanya kapada kaum itu, Dalam anam hari lamanya orang patutlah bŭkŭrja, maka dalamnya itulah datang kamu supaya disŭmbohkan, janganlah pada hari sabtu.

15Maka kumdian Tuhan mŭnjawab akan dia, katanya, Hie munafik, bukankah masing masing kamu pada hari sabtu mŭlŭpaskan lŭmbu, atau kaldiemu deri kandangnya mŭmbawa dia katŭmpat ayer?

16Maka bukankah patut pŭrampuan ini, sa’orang anak chuchu Ibrahim yang tŭlah diikat ulih Shietan, amboi sampie dŭlapan blas tahun! iya itu dilŭpaskan deripada ikatannya pada hari sabtu?

17Maka sŭtlah iya bŭrkata akan pŭrkara pŭrkara ini, skalian musohnya itu pun kŭmaluanlah; maka sagala kaum itu pun bŭrsuka sukaanlah, kŭrna sagala pŭrkara yang mulia itu tŭlah dipŭrbuatnya.

18¶ Sŭtlah itu maka katanya, Dŭngan apakah krajaan Allah disamakan, dan dŭngan apakah handak kusrupakan?

19Maka adalah iya itu srupa dŭngan sa’biji sŭsawi yang diambil ulih sa’orang ditabornya kŭdalam kŭbonnya, maka bŭrtumbohlah iya sŭrta dŭngan subornya mŭnjadi sa’pohon bŭ sar, maka onggas yang diudara bŭrsarang dipŭlpanya.

20Dan lagi pula kata Isa, Dŭngan apakah aku handak samakan krajaan Allah itu?

21Maka adalah iya itu spŭrti ragi yang diambil ulih sa’orang pŭrampuan dimasokkannya kŭdalam tiga bahgian tŭpong, maka sampie khamirlah skaliannya.

22Maka Isa pun pŭrgilah kuliling nŭgri nŭgri, dan kampong kampong mŭngajar, dan bŭrjalan mŭnuju kaJerusalem.

23Sŭtlah itu maka kata sa’orang kapadanya, Tuhan, sŭdikitkah sahja orang yang mŭndapat slamat? Maka katanya kapada marika itu:

24Susahkanlah dirimu masok pada pintu yang sŭmpit, kŭrna aku bŭrkata kapadamu, banyaklah orang yang handak mŭnchari jalan masok kŭdalamnya, tiada akan bulih.

25Maka apabila tuan yang ampunya rumah itu bangun sŭrta mŭrta, lalu ditutopkannyalah pintu itu, maka kamu tŭngah bŭrdiri dipintu sambil mŭngŭtok pintu, bŭrkata, Tuhan, Tuhan, bukakanlah pintu bagie kami. Maka iya kŭlak akan mŭnjawab, sŭrta bŭrkata, Aku tiada mŭngŭnal akan dikau deri mana datangmu.

26Sŭtlah itu kamu kŭlak akan bŭrkata, Kami tŭlah makan minum dihadapanmu, dan angkau tŭlah mŭngajar dilorong lorong kami.

27Tŭtapi iya kŭlak akan mŭnjawab, katanya, Aku tiadalah mŭngŭnal akan dikau deri manakah datanmu; undorlah deripadaku, hie sagala kamu yang bŭrbuat jahat.

28Maka disanalah akan ada tangis tangisan dan kŭrtak gigi, apabila kamu kŭlak mŭlihat Ibrahim, dan Isahak, dan Yakob, dan sagala nabi nabi dalam krajaan Allah, maka angkau sŭndiri diri akan ditolakkan kluar.

29Maka marika itu akan datang deri timor, dan deri barat, dan deri utara, dan deri sŭlatan, akan dudok dalam krajaan Allah.

30Maka sŭsungguhnya yang tŭrkumdian itu akan mŭnjadi pŭrtama, dan yang pŭrtama itu akan mŭnjadi tŭrkumdian.

31¶ Pada hari itu juga datanglah bŭbrapa orang anu deripada orang Farisia, katanya kapadanya, Kluarlah angkau pŭrgi deri sini, kŭrna Herodis akan mŭmbunoh dikau.

32Maka katanya kapada marika itu, Pŭrgilah kamu katakan kapada sŭrigala itu, sŭsungguhnya aku buangkan jin, maka aku sŭmbohkan pada hari ini dan esok, maka hari yang katiga aku kŭlak mŭnjadi samporna.

33Tapi patutlah aku bŭrjalan pada hari ini, dan esok, dan lusanya, kŭrna tiada bulih sa’orang nabi binasa diluar Jerusalem.

34Hie Jerusalem! Jerusalem! yang tŭlah mŭmbunoh nabi nabi, sŭrta dirŭjam akan orang orang yang tŭlah disurohkan kapadamu, maka brapa kali aku handak mŭngampongkan kanak kanakmu skalian spŭrti ayam sa’ekor mŭngampongkan anak anaknya dibawah kŭpak kŭpaknya, maka kamu tiada mahu.

35Sŭsungguhnya rumah kamu kŭlak akan tŭrtinggal sunyi, maka sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, kamu tiada kŭlak mŭlihat akan daku, sahingga pada waktu yang datang apabila kamu bŭrkata kŭlak, Slamatlah kiranya orang yang datang dŭngan nama Tuhan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel