Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 18 >> 

FATSAL XVIII.

1MAKA bŭrkatalah iya kapada marika itu dŭngan suatu pŭrumpamaan, dŭmkian, Bahwa manusia itu patutlah slalu mŭminta doa, jangan bŭrlŭlah.

2Katanya, Maka adalah dalam sa’buah nŭgri sa’orang hakim yang tiada mŭnakoti akan Allah, atau mŭngindahkan manusia.

3Maka adalah sa’orang pŭrampuan janda dalam nŭgri itu, datanglah iya kapadanya, katanya, Balaskanlah halku dŭngan musohku itu.

4Maka sŭmŭntara itu hakim tiada mahu, tŭtapi kumdian bŭrfikirlah iya dalam hatinya, mŭski pun aku tiada takot akan Allah, atau mŭngindahkan manusia,

5Maka ulih sŭbab pŭrampuan ini mŭnyusahkan aku, maka aku akan sŭlŭsiekan dia, asal jangan iya datang slalu mŭmŭnatkan aku.

6Maka Tuhan bŭrkata, Skarang dŭngarlah apa yang dikatakan ulih hakim yang tiada adil itu.

7Maka bukankah nanti dibalaskan Allah akan orang mileknya sŭndiri, yang tŭlah mŭmohonkan padanya siang dan malam, mŭski pun disabarkannya lama lama?

8Maka aku bŭrkata kapadamu, iya akan mŭmbalaskan itu dŭngan sŭgranya. Maka kalau pun Anak manusia datang, nantikah didapatinya iman diatas bumi ini?

9Maka Isa bŭrkata akan pŭrumpamaan ini kapada orang orang anu yang harap akan dirinya sŭndiri, iyalah sahja bŭnar, dan dibŭnchikannya orang lain lain.

10Maka adalah dua orang masok kŭdalam ka’abah mŭminta doa, iya itu sa’orang orang Farisia, dan sa’orang orang mŭmŭgang chukie.

11Maka orang Farisia itu bŭrdiri, sambil mŭminta doa dŭmkian: Allah, aku mŭnguchap shukor akan dikau, yang aku ini tiada spŭrti orang lain, iya itu pŭrampas, atau tiada adil, atau pŭrsundalan, atau mŭski pun spŭrti orang mŭmŭgang chukie ini.

12Aku ini puasa dua kali sa’jŭmaat, dan aku mŭmbayar sa’puloh asa deripada sagala milekku.

13Maka orang yang mŭmŭgang chukie itu ada bŭrdiri jauh jauh, tiadalah iya sampie handak mŭnŭngadah kŭlangit, mŭlainkan ditŭpok tŭpoknya dadanya, katanya, Allah, kasihankanlah akan daku sa’orang bŭrdosa.

14Aku bŭrkata kapadamu, bahwa orang ini pulanglah karumahnya, iya itu dibŭnarkan tŭrlebih deripada orang lain itu, kŭrna barang siapa mŭmbŭsarkan dirinya itu, iya itu akan dihinakan, dan orang yang mŭrŭndahkan dirinya itu, maka iya itu akan dibŭsarkan.

15Maka dibawa ulih marika itu kanak kanak pun, supaya dijamahnya akan dia, tŭtapi apabila dilihat ulih murid muridnya itu, ditŭngkinglah ulih marika itu akan dia.

16Tŭtapi dipanggil Isa akan marika itu kapadanya, sŭrta katanya, Biarkanlah kanak kanak datang kapadaku, maka janganlah dilarangkan dia, kŭrna sŭbagienya itulah krajaan Allah.

17Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang tiada akan mŭnŭrima krajaan Allah spŭrti sa’orang kanak kanak, maka orang itu skali kali tiada bulih masok kŭdalamnya.

18Maka sa’orang pŭnghulu anu bŭrtanya kapadanya, katanya, Guru yang baik, apakah yang patut kupŭrbuat supaya mŭmpusakai slamat kŭkal?

19Maka kata Isa kapadanya, Mŭngapakah angkau mŭmanggil aku baik? Sa’orang pun tiada yang baik, mŭlainkan satu, iya itu Allah.

20Kamu mŭngŭtahui akan hukum hukum, iya itu jangan bŭrzinah, jangan mŭmbunoh, jangan mŭnchuri, jangan mŭnjadi saksi dusta, muliakanlah ibu bapamu.

21Maka katanya, Skalian ini tŭlah kupliharakan deripada kŭchilku.

22Maka apabila didŭngar ulih Isa pŭrkara pŭrkara itu, katanya kapadanya, Tŭtapi suatu pŭrkara adalah kŭkorangan kapadamu; jualkanlah sagala milekmu, dan bahgikanlah kapada orang orang mŭskin, maka angkau kŭlak akan mŭndapat pŭrbandahran dalam shorga: marilah ikut akan daku.

23Maka apabila didŭngarnya itu, maka tŭrlalu bŭrdukalah iya, kŭrna iya tŭrlalu kaya.

24Maka apabila dilihat Isa, iya tŭrlalu dukachita, katanya bagimana susahnya kŭlak orang orang yang ada kaya masok kadalam kŭrajaan Allah.

25Kŭrna tŭrlebih sŭnang sa’ekor onta itu masok kadalam liang jarum deripada orang kaya itu masok kadalam kŭrajaan Allah.

26Maka orang orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu katanya siapakah kŭlak yang akan slamat.

27Maka kata Isa, Adapun pŭrkara pŭrkara yang mustahil kapada manusia, iya itu tiada mustahil kapada Allah.

28Sŭtlah itu maka kata Petros, Sŭsungguhnya kami tŭlah mŭninggalkan skalian, dan mŭngikot akan dikau.

29Maka kata Isa kapada marika itu, Bahwa sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka tiada orang yang tŭlah mŭninggalkan rumah, atau ibu bapa, atau saudara, atau istri, atau kanak kanak, ulih sŭbab krajaan Allah:

30Mŭlainkan iya kŭlak mŭnŭrima bŭbrapa gandah tŭrlebih pada masa ini, dan lagi slamat kŭkal dalam akhirat.

31¶ Sŭtlah itu maka diambilnya dua blas orang itu sŭrtanya lalu katanya, Maka sŭsungguhnya kita akan naik kaJŭrusalem, maka sagala pŭrkara yang tŭlah tŭrtulis ulih nabi nabi derihal anak manusia itu kŭlak akan digŭnapi.

32Kŭrna iya kŭlak akan disŭrahkan kapada orang sŭsŭt, dan iya akan diolok olokkan orang, dan akan dibuat orang dia dŭngan dŭngki, sŭrta diludahinya.

33Maka marika itu akan mŭnyŭsah akan dia sŭrta dibunohnya dia, maka pada hari yang katiga kŭlak iya akan hidop pula.

34Maka suatu pun tiadalah marika itu mŭngarti deri hal pŭrkara pŭrkara ini, maka pŭrkataan ini tŭlah tŭrsŭmbunyi deripada marika itu, tiada pun dikŭtahui ulih marika itu akan pŭrkara pŭrkara yang dikatakan itu.

35¶ Maka pada skali pŭrstua tŭngah Isa hampir kaJeriko, maka adalah sa’orang buta anu, duduk ditŭpi jalan mŭminta sŭdŭkah.

36Mada didŭngarnya bŭlatantara itu lalu katanya, Apakah itu.

37Maka kata marika itu kapadanya, Iya itu Isa orang Nazareth ada lalu.

38Maka bŭrtriaklah iya lalu bŭrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku.

39Maka marika itu yang bŭrjalan dahulu itu pun mŭnŭngkinglah akan dia supaya iya diam, tŭtapi bŭrtriaklah pula iya makin lebih: Hie angkau anak Daud, kasihankanlah akan daku!

40Maka bŭrhŭntilah Isa, sŭrta disurohnya bawa akan dia, maka apabila datanglah iya dŭkat, ditanyanya akan dia,

41Katanya, Apakah angkau handak supaya kupŭrbuat akan dikau? Maka katanya, Tuhan, biarlah kiranya aku mŭndapat pŭnglihatanku pula.

42Maka kata Isa kapadanya, Trimalah pŭnglihatanmu, imanmu tŭlah mŭmliharakan dikau.

43Maka dŭngan sŭbŭntar itu juga pulanglah sŭmula pŭnglihatannya, lalu mŭngikotlah iya akan Isa, sambil mŭmuliakan Allah. Maka apabila dilihat ulih sagala kaum itu, maka skaliannya itu pun mŭmujilah akan Allah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel