Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 2 >> 

FATSAL II.

1MAKA pada skali pŭrstua pada zaman itu, kluarlah suatu hukum deri Kiesar Agustus, iya itu sagala dunia patutlah kŭna chukie.

2Adapun chukie itu tŭlah jadi deripada mula mula tŭtkala Kirenius mŭnjadi pŭmŭrentah di-Syria.

3Maka sagala orang pun pŭrgilah masing masing kanŭgrinya akan dichukienya.

4Maka Yusof pŭrgilah deri Galilia, kluar deripada nŭgri Nazareth, kapada Yahuda, dalam nŭgri Daud, yang bŭrnama Bethliham; (kŭrna adalah iya itu klorga dan kŭturonan Daud.)

5Akan dichukienya dŭngan Mŭriam, tunangannya, tŭngah ada iya mŭngandong sarat.

6Hata maka dŭngan hal yang dŭmkian, sŭmŭntara ada marika itu disana, maka hari pun gŭnaplah yang patut pŭrampuan itu branak.

7Maka branaklah iya akan anaknya yang sulong sa’orang anak laki laki, maka dibungkusnya akan dia dŭngan kain bŭdong, lalu dibawanya masok kŭdalam kandang lŭmbu, kŭrna tiada ada bŭrtŭmpat pada marika itu dalam rumah mŭnompang.

8Maka adalah dalam nŭgri itu juga gombala gombala kambing itu tinggal dalam padang, iya itu mŭnjaga akan kawan kawan kambingnya pada malam.

9Maka sŭsungguhnya datanglah mŭliekat Tuhan atas marika itu, dan kŭmuliaan Tuhan pun bŭrchayalah bŭrkliling marika itu, maka marika itu skalian kŭtakotanlah sangat.

10Maka bŭrkatalah mŭliekat itu kapada marika itu, Janganlah takot, kŭrna sŭsungguhnya aku mŭmbawa kapada kamu khabar yang baik, yang mŭndatangkan kasukaan yang bŭsar, iya itu akan jadi kapada sagala kaum.

11Kŭrna kapada kamu tŭlah jadi pada hari ini dalam nŭgri Daud sa’orang Pŭnulong, maka iya itulah Almasih Tuhan itu.

12Maka inilah tandahnya kapada kamu, maka kamu akan mŭndapat kanak kanak itu bŭrbalot dŭngan kain bŭdong, tŭrlŭtak dalam suatu kandang.

13Maka sŭkunyung kunyung adalah disana bŭrsama sama dŭngan mŭliekat suatu bŭlatŭntara deri langit bŭrpasukan mŭmuji Allah; maka katanya,

14Pujilah akan Allah dalam kŭtinggiannya, dan sŭjahtralah diatas bumi, kŭbajikan bagie manusia.

15Sŭbarmula maka sŭtlah sudahlah mŭliekat itu kŭmbali deripada marika itu kŭlangit, maka bŭrkatalah gombala gombala itu sa’orang kapada sa’orang, Skarang biarlah kita pŭrgi mŭski pun kaBethliham, sŭrta mŭlihat pŭrkara yang tŭlah jadi, yang tŭlah dibri tahu ulih Tuhan kapada kita.

16Maka marika itu pun datanglah dŭngan gopohnya, maka didapatinya Mŭriam, dan Yusof, dan kanak kanak itu pun adalah bŭrbaring dalam kandang.

17Maka apabila dilihat ulih marika itu akan dia, dimashorkanlah ulih marika itu akan pŭrkataan yang tŭlah dikatakan kapadanya derihal kanak kanak itu.

18Maka sagala marika itu yang mŭnŭngar itu, hieranlah akan pŭrkara pŭrkara yang tŭlah dikatakan ulih gombala gombala itu kapada marika itu.

19Tŭtapi ditarohlah ulih Mŭriam akan sagala pŭrkara itu dalam hatinya, sambil iya bŭrfikir fikir.

20Maka gombala gombala itu pun kŭmbalilah, sambil mŭmuliakan, dan mŭmuji Allah, sŭbab sagala pŭrkara yang tŭlah didŭngar, sŭrta dilihatnya, spŭrti yang tŭlah dikatakan kapadanya.

21Maka apabila dŭlapan hari tŭlah gŭnaplah, supaya budak itu disunatkan, maka dinamai akan dia ISA, yang tŭlah dinamai dŭmkian ulih mŭliekat tŭrdahulu deripada iya lagi digandongkan dalam rahim.

22Maka apabila sudah lŭpas hari suchi maknya spŭrti hukum Musa itu, maka dibawalah ulih marika itu akan dia kanŭgri Jerusalem, handak dihadapkan kapada Tuhan.

23Spŭrti yang tŭrtulis dalam hukum Tuhan, Skalian laki laki yang kluar deri prot, iya itu akan disŭbot suchi kapada Tuhan.

24Dan akan dipŭrsŭmbahkan suatu korban spŭrti yang tŭlah tŭrsŭbot dalam hukum Tuhan, Sa’pasang tŭkukor, atau dua ekor anak mŭrpati.

25¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang dalam Jerusalem yang bŭrnama Simon, maka iya itu sa’orang yang bŭnar, lagi bŭrbakti, adalah iya tŭngah mŭnantikan pŭnghiburan Israil itu, maka Roh Alkudus adalah kapadanya.

26Maka tŭlah dinyatakan kapadanya ulih Roh Alkudus, maka tiadalah kŭlak iya akan mŭlihat kŭmatian, sŭbŭlom iya mŭlihat akan Almasih Tuhan.

27Maka datanglah iya dŭngan kwasa Roh kŭdalam ka’abah, apabila dibawalah ibu bapanya akan Isa, kanak kanak itu handak dipŭrbuat akan dia spŭrti adat Tauret,

28Lalu diambil ulih Simon akan dia didokongnya, sambil mŭmuji Allah, sŭrta katanya,

29Tuhan, skaranglah kiranya biar hambamu kŭmbali dŭngan sŭjahtranya spŭrti fŭrmanmu.

30Kŭrna mataku tŭlah mŭlihat slamatmu:

31Yang tŭlah angkau sŭdiakan dihadapan muka sagala kaum.

32Iya itu suatu trang akan mŭnŭrangkan orang sŭsat; suatu kŭmuliaanlah kapada kaummu Israil.

33Maka Yusof sŭrta bondanya pun hieranlah akan pŭrkara itu yang tŭlah dikatakan deri halnya.

34Maka Simon pun mŭmbri bŭrkat kapada marika itu, sambil bŭrkata kapada Mŭriam bondanya, Sŭsungguhnya kanak kanak ini ditaroh sŭbab binasa dan slamat kŭbanyakkan dalam Israil, dan kŭrna suatu alamat kŭlak akan dijahatkan.

35Bahkan, sa’bila pŭdang yang akan masok trus jiwamu sŭndiri pun, supaya fikir fikiran hati kŭbanyakkan orang akan dinyatakan.

36¶ Maka adalah sa’orang yang bŭrnama Anna, iya itu sa’orang nabi pŭrampuan, anak Phanuel, iya itu bangsa deripada Aser; maka adalah iya itu banyak umor, maka iya tŭlah diam dŭngan sa’orang suami tujoh tahun deripada datang akal.

37Maka iya itu sa’orang pŭrampuan bujang, umornya adalah kira kira dŭlapan puloh tahun; maka tiadalah iya kluar kluar deri ka’abah, mŭlainkan bŭrbuat ibadat kapada Allah dŭngan puasa dan sŭmbahyang pada malam dan siang.

38Maka datanglah iya pada sŭsa’at itu, iya pun mŭmbri trima kasih kapada Tuhan, dan bŭrkata kata deri halnya kapada sagala marika itu yang mŭnantikan pŭnŭbus dalam Jerusalem.

39¶ Shahadan maka apabila sudahlah marika itu bŭrbuat sagala pŭrkara spŭrti hukum Tuhan, maka kŭmbalilah marika itu kŭdalam Galilia, kapada Nazareth, iya itu nŭgri marika itu sŭndiri.

40Sŭbarmula maka kanak kanak itu pun chŭrdeklah, bŭrtambah tambah kuat dalam akal, pŭnohlah iya dŭngan hikmat, maka anugrah Allah pun adalah atasnya.

41Maka pŭrgilah ayah bondanya ka-Jerusalem pada tiap tiap tahun, pada hari raya langkah.

42Maka apabila datanglah asianya kapada dua blas tahun, pŭrgilah marika itu ka-Jerusalem spŭrti adat hari raya itu.

43Maka apabila sudah marika itu mŭnggŭnapkan hari itu, tŭtkala marika itu pun kŭmbali, maka Isa, kanak kanak itu mŭninggalkan dirinya diblakang, dalam Jarusalem, maka Yusof dan bondanya pun tiadalah tahu itu.

44Tŭtapi ulih sŭbab sangka marika itu ada iya bŭrsama sama, maka pŭrgilah marika itu sŭjauh sa’hari pŭrjalanan; maka dicharilah ulih marika itu akan dia diantara kaum kŭlorganya, dan kŭnal kŭnalannya itu.

45Maka apabila tiadalah didapat ulih marika itu akan dia, bŭrbaliklah marika itu pula ka-Jerusalem mŭnchari akan dia.

46Shahadan maka kumdian deripada tiga hari, maka didapatilah ulih marika itu akan dia dalam ka’abah, iya itu dudok ditŭngah tŭngah pŭndita pŭndita, mŭnŭngarkan pŭrkataannya, dan bŭrtanya sual sual kapadanya.

47Maka sagala orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataannya itu pun ajaiblah akan pŭngŭtahuannya, dan jawab jawabnya.

48Maka apabila dilihat ulih marika itu akan dia, hieranlah; maka kata bondanya kapadanya, Anak, mŭngapakah angkau bŭrbuat laku kapada kami dŭmkian? Tengoklah bapamu, dan aku mŭnchari angkau dŭngan bŭrsusah susah.

49Maka katanya kapada marika itu, Bagimanakah kamu ini mŭnchari aku, ta’mahukah angkau yang aku handak bŭrbuat pŭkŭrjaan Ayahku?

50Maka tiadalah marika itu mŭngarti akan pŭrkataan yang dikatakannya kapada marika itu.

51Maka pŭrgilah iya bŭrsama sama dŭngan marika itu, lalu datanglah kaNazareth, sŭrta mŭna’lokkan dirinya kapada marika itu; tŭtapi bondanya mŭnarohlah sagala pŭrkataan ini dalam hatinya.

52Maka Isa pun bŭrtambah tambahlah hikmat, dan chŭrdeknya, dan bŭrulih kasihan Allah dan manusia.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran