Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 22 >> 

FATSAL XXII.

1SŬBARMULA maka hari raya roti yang tiada bŭragi itu pun tŭlah hampirlah, yang bŭrnama langkah.

2Maka kŭpala kŭpala imam, dan khatib khatib itu mŭnchari jalan bagimana marika itu handak mŭmbunoh akan Isa, kŭrna marika itn takot akan kaum itu.

3¶ Sŭtlah itu maka masoklah Shietan kŭdalam hati Yudas yang bŭrgŭlar Iskariot, iya itu dalam bilangan kadua blas murid.

4Maka bŭrjalanlah iya lalu mufakat dŭngan kŭpala kŭpala imam, dan pŭnghulu pŭnghulu, bagimana iya handak sŭrahkan akan Isa kapada marika itu.

5Maka sukalah marika itu, sŭrta mŭmbuat pŭrjanjian akan mŭmbri wang kapadanya.

6Maka bŭrjanjilah iya sŭrta mŭnchari kutika yang baik handak mŭnyŭrahkan Isa kapada marika itu pada masa tiada bŭlatantara.

7¶ Maka hari roti yang tiada bŭragi itupun sampielah apabila langkah itu patut dikorbankan.

8Maka disurohkan Isa Petros dan Yahya, katanya, Pŭrgilah sŭdiakan bagie kami langkah itu, supaya bulih kita makan.

9Maka kata marika itu kapadanya, Dimanakah angkau kahandaki kami sŭdiakan?

10Maka katanya kapada marika itu, Sŭsungguhnya apabila kamu masok kŭdalam nŭgri, maka disana kamu akan bŭrtŭmu dŭngan sa’orang mŭmbawa sa’buyong ayer, ikotlah akan dia sampie kŭrumah yang dimasokkinya.

11Maka katalah kamu kapada orang yang ampunya rumah itu, Adapun Guru tŭlah bŭrkata kapadamu, dimana bilek pŭrjamuan yang aku akan mŭmakan langkah sŭrta murid muridku?

12Maka iya kŭlak akan mŭngunjokkan kapada kamu sa’buah bilek bŭsar diatas tŭrhias, disanalah sŭdiakan.

13Maka marika itu pun pŭrgilah, lalu didapatinyalah spŭrti pŭrkataan itu, maka disŭdiakanlah ulih marika itu langkah itu.

14Maka apabila sampielah waktunya, dudoklah iya sŭrta dua blas murid muridnya bŭrsama sama.

15Maka katanya kapada marika itu, Dŭngan sangat niat kukahandaki mŭmakan langkah ini dŭngan kamu dahulu deri pada aku disŭngsarakan.

16Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, tiadalah lagi aku akan mŭmakan akan dia, sahingga iya itu digŭnapkan dalam krajaan Allah.

17Maka diambilnya chawan itu sambil mŭnguchap shukor, sŭrta katanya, Ambillah ini, bahgilah diantara kamu.

18Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, tiada aku akan mŭminum deripada buah anggor ini, sahingga kŭlak akan datang krajaan Allah.

19¶ Maka diambilnya roti sŭrta mŭnguchap shukor lalu dipŭchahnya sŭrta dibrikannya kapada marika itu, katanya, Inilah tubohku yang tŭlah dibri kŭrna kamu, buatlah ini supaya mŭnjadi pŭringatan akan daku.

20Dŭmkian lagi pula chawan itu, sŭtlah sudah makan, katanya, Adapun chawan inilah pŭrjanjian bahru deripada darahku yang tŭlah tŭrtumpah sŭbab kamu.

21¶ Tŭtapi tengoklah adapun tangan yang mŭnyŭrahkan aku itu, iya itu ada dŭngan aku diatas meja ini.

22Maka sŭsungguhnya Anak manusia akan pŭrgi spŭrti yang tŭlah ditŭntukan, tŭtapi karamlah bagie orang itu yang mŭnyŭrahkan dia.

23Maka marika itupun mŭmulailah bŭrtanya antara sama sŭdirinya, yang manakah deripada marika itu kŭlak akan bŭrbuat pŭrkara itu.

24¶ Maka adalah suatu pŭrbantahan pula diantara marika itu, yang manakah deripada marika itu kŭlak patut dibilangkan tŭrlebih bŭsar.

25Maka kata Isa kapada marika itu, Adapun raja raja orang sŭsat itu mŭlakukan kŭtuanannya diatas marika itu, dan orang yang mŭlakukan kwasa atas marika itu, maka iya itu dinamai pŭngasihan.

26Tŭtapi kamu jangan jadi bŭgitu, mŭlainkan yang tŭrlebih bŭsar diantara kamu itu biarlah iya mŭnjadi spŭrti yang tŭrlebih kŭchil, maka orang yang kapala itu spŭrti orang mŭlayani.

27Kŭrna yang manakah tŭrlebih bŭsar itu, orang yang dudok makankah, atau orang yang mŭlayanikah? Bukankah iya itu yang dudok makan; tŭtapi aku diantara kamu itu spŭrti yang mŭlayani.

28Kamulah dia yang ada slalu dŭugan aku, tŭtkala aku kŭna sagala pŭrchobaan.

29Maka aku tŭntukan kapada kamu, suatu krajaan spŭrti yang ditŭntukan ulih Ayahku kapadaku.

30Supaya kamu makan dan minum pada hidanganku, dalam krajaanku, dan dudok diatas tahkta tahkta mŭnghukumkan dua blas kaum bani Israil.

31Maka kata Tuhan, Simon, Simon, sŭsungguhnya Shietan tŭlah mŭnghandaki mŭndapat dikau, supaya bulih ditapisnya dikau spŭrti gandom.

32Tŭtapi aku tŭlah mŭmintakan doa akan dikau, supaya imanmu jangan hilang, maka apabila kamu tŭlah bŭrbalek, tŭgohkanlah akan saudara saudaramu.

33Maka kata Petros kapada Isa, Tuhan, adalah aku sŭdia akan pŭrgi bŭrsama sama dikau, baik kŭdalam pŭnjara, baik kapada mati.

34Maka kata Isa, Aku bŭrkata kapadamu, Petros, ayam jantan tiada akan bŭrkokok pada hari ini, kalau sŭbŭlom tiga kali angkau bŭrsangkal, iya itu tiada angkau mŭngŭnal aku.

35Maka kata Isa kapada marika itu, Apabila aku mŭnyurohkan kamu dŭngan tiada pundi pundi, dan baju, dan kasut, adakah kŭkorangan bagiemu? Maka jawab marika itu, Satu pun tidak.

36Sŭtlah itu maka katanya kapada marika itu, Tŭtapi skarang orang yang ada bŭrpundi pundi itu biarlah diambilnya, dŭmkian lagi bajunya, maka orang yang tiada bŭrpŭdang, biarlah dijualnya bajunya dan mŭmbli sa’bila.

37Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, adapun iya ini yang tŭlah tŭrtulis itu, maka dapat tiada kŭlak akan digŭnapi bagieku, Iya tŭlah dibilangkan diantara orang orang yang bŭrsalah: kŭrna pŭrkara pŭrkara deri halku itu kŭlak akan datang kŭsudahannya.

38Maka kata marika itu, Tuhan, tengoklah, adalah disini dua bila pŭdang. Maka katanya kapada marika itu, Chukoplah.

39¶ Maka kluarlah iya lalu pŭrgi spŭrti adatnya kŭbukit Zieton, maka murid muridnya pun mŭngikutlah akan dia.

40Maka apabila datanglah iya kŭtŭmpat itu, katanya kapada marika itu, Mintalah doa supaya kamu jangan tŭrmasok kŭdalam pŭrchobaan.

41Maka adalah iya jauh sŭdikit deripada marika itu, kira kira sŭpŭngumban batu, lalu bertŭlotlah iya sŭrta mŭminta doa.

42Katanya Ayah, jikalau kiranya angkau kahandaki undorkanlah piala ini deripadaku, itupun bukannya dŭngan kahandakku mŭlainkan dŭngan kahandakmu jadilah.

43Maka klihatanlah padanya sa’orang mŭliekat deri langit mŭnguatkan akan dia.

44Maka dalam sangsara itu iya mŭminta doa tŭrlehih rajin, maka pŭlohnya pun bertiteklah spŭrti gumpal darah jatoh kŭbumi.

45Maka apabila bangunlah iya deripada mŭminta doa sŭrta datang mŭndapatkan murid muridnya, maka didapatinya marika itu tidor kŭrna susah.

46Maka katanya kapada marika itu, Mŭngapakah kamu tidor? bangun, mintalah doa supaya jangan kamu masok kŭdalam pŭrchobaan.

47¶ Maka sŭmŭntara lagi iya bŭrkata kata, hieran, suatu bŭlatantara datang; maka adapun Yudas, sa’orang deripada duablas muridnya, bŭrjalan dihadapan marika itu, maka datanglah dŭkat kapada Isa, lalu dichiumnya akan dia.

48Tŭtapi Isa bŭrkata kapadanya, Yudas angkau sŭrahkankah akan anak manusia dŭngan satu chium?

49Maka apabila marika itu yang ada bŭrkŭliling Isa, mŭlihat apa nanti jadi, maka kata marika itu kapadanya, Tuhan, kami chinchangkah dŭngan pŭdang?

50¶ Maka sa’orang deripada marika itu mŭnyinchang akan hamba imam bŭsar itu putuslah tŭlinga kanannya.

51Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata, Chukoplah sudah; lalu dijamahnya akan tŭlinganya sŭrta disŭmbohkannya akan dia.

52Sŭtlah itu maka kata Isa kapada kŭpala kŭpala Imam, dan pŭnghulu pŭnghulu ka’bah, dan orang tua tua yang ada datang kapadanya, Kamu kluar sa’olah olah mŭlawan sa’orang pŭnchurikah, dŭngan pŭdang dan kayu kayu?

53Apabila aku ada sahari hari dŭngan angkau dalam ka’abah, maka tiadalah kamu mŭnaikkan tangan mŭlawan aku, tŭtapi inilah waktumu dan kwasa kŭglapan.

54¶ Sŭtlah itu ditangkap ulih marika itu akan Isa, sŭrta dihelakan dibawanya kŭrumah imam yang bŭsar, maka diikotlah ulih Petros jauh jauh.

55Maka apabila sudah marika itu mŭnyalakan suatu api ditŭngah halaman itu, maka dudoklah marika itu skalian bŭrsama sama, Petros pun dudoklah diantara marika itu.

56Maka dilihat ulih sa’orang dayang anu tŭngah Petros dudok dŭkat api itu, diamat amatinya akan dia, lalu katanya, Orang ini pun ada bŭrsama sama juga dŭngan dia.

57Maka bŭrsangkallah iya akan dia, katanya, Hie pŭrampuan, aku tiada kŭnal akan dia.

58Maka skutika lagi dilihat ulih orang lain akan dia, katanya, Angkau pun bŭsŭrta juga dŭngan dia. Maka kata Petros, Hie orang, bukannya aku.

59Maka adalah kira kira sa’jam lamanya, kumdian sa’orang lain mŭngatakan dŭngan tŭntunya, katanya, Dŭngan sŭbŭnarnya iya ini pun bŭrsama sama dŭngan dia, kŭrna iya ini sa’orang orang Galilia juga.

60Maka kata Petros, Hie orang, aku tiada tahu apa katamu. Maka skutika itu juga sŭmŭntara iya lagi bŭrkata kata maka ayam pun bŭrkokoklah.

61Maka Tuhan bŭrpaling, lalu mŭmandang akan Petros. Maka Petros pun tŭringatlah akan pŭrkataan Tuhan itu, bagimana iya tŭlah bŭrkata kapadanya, Dahulu deripada ayam bŭrkokok, angkau akan mŭnyangkali aku tiga kali.

62Maka Petros pŭrgilah kluar, lalu mŭnangislah iya amat sangat.

63¶ Adapun orang yang mŭmŭgang Isa itu pun mŭngolok olokkan dia, dan dipalunya akan dia.

64Maka apabila sudah diikatnya matanya, ditamparnya mukanya, lalu ditanyanya akan dia, katanya, Nabuatkanlah, siapakah yang tŭlah mŭnampar angkau?

65Maka banyaklah pŭrkara lain lain marika itu bŭrtutor hujat mŭlawan dia.

66¶ Maka sŭrta hari siang, orang tua tua deripada kaum dan kŭpala kŭpala Imam dan khatib khatib, datanglah bŭrkampong; lalu dibawanya akan dia kŭdalam mŭjŭlisnya, katanya:

67Angkaukah Almasih, katalah kapada kami? maka katanya kapada marika itu, Jikalau aku kata kapadamu, tiada kamu akan pŭrchaya.

68Maka jikalau aku pun bŭrtanya kapada kamu, kamu tiada akan mŭmbri jawab akan daku, atau mŭlŭpaskan aku.

69Tŭtapi kumdian kŭlak anak manusia dudok disŭblah tangan kanan kudrat Allah.

70¶ Sŭtlah itu kata marika itu skalian, Kalau bŭgitu, angkaukah anak Allah? maka katanya kapada marika itu, kamu kata aku dia itu.

71Maka kata marika itu, apakah gunanya lagi saksi kŭrna kami sŭndiri tŭlah mŭnŭngar deripada mulotnya sŭndiri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran