Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 23 >> 

FATSAL XXIII.

1MAKA sagala bŭlatantara deripada marika itupun bangunlah, lalu dibawanya akan Isa kapada Pilatus.

2Maka dimulainyalah ulih marika itu mŭnudoh akan dia, katanya, Kami tŭlah mŭndapat iya ini mŭngachaukan bangsa ini, dan mŭlarangkan mŭmbayar chukie kapada Kiesar; katanya iya sŭndiri Almasih, sa’orang raja.

3Maka ditanya ulih Pilatus akan dia katanya, Angkaukah raja orang Yahudi? maka jawabnya akan dia sŭrta katanya Angkau tŭlah bŭrkata itu.

4Sŭtlah itu maka kata Pilatus kapada kŭpala kŭpala Imam, dan kapada kaum itu, Aku tiada mŭndapat salahnya orang ini.

5Maka marika itu mŭnjadi tŭrlebih garang, katanya, Iya mŭnggalakkan kaum ini, mŭngajar bŭrkŭliling sagala tanah Yahuda, pŭrmulaannya deri tanah Galilia sampie katŭmpat ini.

6Maka apabila Pilatus mŭnŭngar deri hal Galilia, ditanyanya kalau orang ini, orang Galilia.

7Maka sŭrta dikŭtahuinya iya itu dibawah pŭrentah Herodis lalu disurohnya hantarkan kapadanya, kŭrna Herodis tŭlah ada pada masa itu diJerusalem.

8¶ Maka apabila dilihat ulih Herodis akan Isa, maka iya pun suka chitalah sangat, kŭrna niatnya handak mŭlihat dia lama sudah, kŭrna iya tŭlah mŭnŭngar banyaklah pŭrkara pŭrkara deri halnya, maka haraplah Herodis handak mŭlihat barang mujizat yang diadakannya.

9Sŭtlah itu maka disualnyalah akan dia dŭngan bŭbrapa pŭrkataan; tŭtapi suatu pun tiada dijawabnya akan dia.

10Maka kŭpala kŭpala Imam dan khatib khatib bŭrdiri dŭngan kŭrasnya mŭnudoh akan dia.

11Maka Herodis sŭrta orang orang prangnya mŭnghinakan dia, dan mŭngolok olokkan dia sŭrta dipakiekannya suatu baju mulia; lalu disurohnya hantarkan akan dia kŭmbali kapada Pilatus.

12¶ Maka pada hari itu juga Pilatus dan Herodis tŭlah mŭnjadi sahabat, kŭrna dahulu marika itu tŭlah bŭrmusoh antaranya.

13¶ Maka apabila tŭlah dipanggil ulih Pilatus kŭpala kŭpala imam, dan pŭnghulu pŭnghulu kaum itu bŭrsama sama;

14Katanya kapada marika itu, Kamu tŭlah mŭmbawa orang ini kapadaku spŭrti sa’orang yang mŭngachau akan kaum ini, maka sŭsungguhnya aku tŭlah mŭmreksai akan dia dihadapan kamu, tiada kudapat salahnya orang ini derihal pŭrkara pŭrkara yang kamu tudoh akan dia.

15Tidak, mŭskipun Herodis, kŭrna aku sudah hantarkan kamu kapadanya, maka sŭsungguhnya suatu pun tiada salahnya yang patut dihukumkan dia dŭngan hukum mati.

16Maka sŭbab itu bulihlah aku sŭsah akan dia, sŭrta mŭlŭpaskan dia.

17Kŭrna dapat tiada patutlah Pilatus mŭlŭpaskan sa’orang kapada marika itu dalam hari raya itu.

18Maka bŭrtriaklah marika itu skaliannya skali gus katanya, Nyahlah orang ini, dan lŭpaskanlah bagie kami Bŭraba;

19Iya itu kŭrna deri hal dŭrhaka yang tŭlah dipŭrbuat dalam nŭgri, dan kŭrna mŭmbunoh orang, iya tŭlah dimasokkan kŭdalam pŭnjara.

20Maka sŭbab itu Pilatus handak mŭlŭpaskan Isa, bŭrkalah iya pula kapada marika itu.

21Tŭtapi marika itu bŭrtriak katanya, Salibkanlah dia! Salibkanlah dia!

22Maka katanya kapada marika itu kŭtiga kali, Mŭngapa, apakah jahat yang tŭlah dipŭrbuatnya? Aku tiada mŭndapat suatu sŭbab yang patut dibunoh akan dia, maka sŭbab itu bulihlah aku sŭsah dia, sŭrta mŭlŭpaskan dia pŭrgi.

23Maka dŭngan sŭgranya marika itu mŭminta dŭngan suara yang nyaring, supaya iya disalibkan, maka suara marika itu, dan suara kŭpala kŭpala imam mŭmbantunkan.

24Maka Pilatus pun mŭmbri hukum, supaya jadilah spŭrti pŭrmintaan marika itu.

25Maka dilŭpaskannya kapada marika itu orang yang kŭrna deri hal dŭrahka dan mŭmbunoh, tŭlah dimasokkan kŭdalam pŭnjara, dan yang tŭlah dipinta marika itu, mŭlainkan disŭrahkannya Isa kapada kahandak marika itu.

26Maka tŭngah dibawah ulih marika itu akan dia, lalu ditangkapnya sa’orang Serini, Simon namanya yang kluar deri nŭgri, maka dilŭtakkannya kayu salib itu atasnya supaya dipikulnya itu deri blakang Isa.

27¶ Maka adalah mŭngikut akan dia itu tŭrlalu banyak orang dan pŭrampuan, yang ada bŭrdukachita dan mŭratapkan dia.

28Tŭtapi Isa bŭrpaling kapada marika itu katanya, Hie anak anak Jerusalem janganlah kamu mŭnangis sŭbab aku, mŭlainkan mŭnangiskanlah kŭrna dirimu sundiri dan kŭrna anak anakmu.

29Kŭrna sasungguhnya zaman kŭlak akan datang pada masa itu marika itu akan bŭrkata, Slamatlah kiranya mandol dan rahim rahim yang tiada pŭrnah mŭngandong, dan tetek yang tiada pŭrnah mŭmbri susu.

30Maka pada masa itu kŭlak, marika itu akan mŭmulai bŭrkata kapada gunong gunong, timpahlah ka’atas kami, dan kapada bukit bukit tudongkanlah akan kami.

31Kŭrna jikalau marika itu bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini dalam sa’puhon kayu muda, bŭtapa kŭlak akan jadi dalam yang tua?

32Maka adalah dua orang lain pun yang dŭrhaka dibawa orang bŭrsama sama dŭngan Isa yang handak dibunoh.

33Maka apabila sampielah marika itu kapada tŭmpat yang bŭrnama Kalbari maka disanalah disalibkannya akan Isa dan orang orang yang dŭrhaka itu, sa’orang disŭblah kanan dan sa’orang disŭblah kiri.

34¶ Sŭtlah itu kata Isa, Ayah ampunilah akan marika itu kŭrna tiada dikŭtahui marika itu apa yang dipŭrbuatnya. Maka dibahgi ulih marika itu pakiean Isa dŭngan mŭmbuang undi.

35Maka kaum kaum itu pun bŭrdirilah mŭmandang; maka pŭnghulu pŭnghulu pun bŭrsama sama dŭngan marika itu mŭnista akan dia katanya, Iya mŭlŭpaskan orang orang lain, biarlah dilŭpaskannya dirinya sŭndiri jikalau iya Almasih yang tŭlah tŭrpileh ulih Allah.

36Maka rayat rayat itu pun mŭngolok olok akan dia, datang kapadanya lalu dibrinya akan dia chuka;

37Sambil bŭrkata, Jikalau angkau raja orang orang Yahudi lŭpaskanlah dirimu sŭndiri.

38Maka suatu pŭnudohan pun tŭlah dituliskan diatasnya dŭngan huruf Grika dan Rom dan Ibrani: INILAH DIA RAJA ORANG YAHUDI.

39¶ Maka adalah sa’orang deripada orang orang dŭrhaka yang tŭlah digantong itu, mŭnista akan dia katanya, Jikalau angkau sungguh Almasih lŭpaskanlah akan dirimu sŭrta kami.

40Tŭtapi yang lain mŭnjawab sŭrta ditŭngkingnya akan dia katanya, Tiadakah angkau takot akan Allah, sŭdang angkau kŭna akan sama hukuman?

41Maka kami ini sungguh dŭngan sŭpatut patutnya, kŭrna kami mŭnŭrima akan balasan yang patut atas pŭrbuatan kami, tŭtapi orang itu suatu pun tiada pŭrbuatannya yang salah.

42Maka katanya kapada Isa, Tuhan, ingatlah akan daku apa bila angkau masok dalam krajaanmu kŭlak.

43Maka kata Isa padanya, Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, pada hari ini angkau bŭrsama sama dŭngan aku dalam fŭrdus.

44Maka adalah kira kira pada pukol duablas, maka tŭlah jadi gŭlap diatas bumi sampielah pada pukol tiga pŭtang.

45Maka matahari pun gŭlaplah, dan tirie ka’abah pun chareklah tŭngah tŭngahnya.

46¶ Maka apabila bŭrtriaklah Isa dŭngan nyaring suara, katanya, Ayah, dalam tanganmulah aku sŭrahkan rohku; maka sŭtlah sudah iya bŭrkata dŭmkian, maka putuslah nyawanya.

47Maka apabila dilihat ulih pŭnghulu sa’ratus orang apa yang tŭlah jadi itu, iya pun mŭmuliakan Allah, katanya, Sŭsungguhnya inilah sa’orang yang bŭnar.

48Maka sagala kaum itu yang datang bŭrsama sama handak mŭlihat itu, sŭtlah dilihatnyalah akan pŭrkara pŭrkara yang tŭlah jadi itu, ditŭpoknya dadanya, lalu pulang.

49Maka sagala kŭnal kŭnalannya, dan pŭrampuan pŭrampuan yang mŭngikot akan dia deri Galilia, bŭrdirilah jauh jauh mŭlihatkan sagala pŭrkara ini.

50¶ Maka sŭsungguhnya adalah sa’orang yang bŭrnama Yusof, orang bichara, iya itu sa’orang baik, lagi bŭnar.

51Maka orang inilah yang tiada mŭluluskan dalam mufakat pŭrbuatan marika itu; adalah iya itu orang Armethia, sa’buah nŭgri orang Yahudi, maka adalah iya sŭndiri pun mŭnantikan krajaan Allah.

52Maka pŭrgilah orang itu kapada Pilatus, dipintanya mayat Isa.

53Maka dituronkannya itu, sŭrta dikafannya dŭngan khasa, maka dibawanya itu kapada kubor yang tŭlah dipahat dalam batu, yang bŭlom pŭrnah disana dahulu orang bŭrtanam.

54Maka hari itu pun kŭlangkapan dan hari sabtu hampir sampie.

55Maka adapun pŭrampuan pŭrampuan pun yang tŭlah datang dŭngan dia deri Galilia itu mŭngikotlah diblakang, sŭrta dilihatnya kubor itu, dan bagimana mayat Isa tŭlah ditanam.

56Maka pulanglah marika ttu sŭrta mŭnyŭdiakan rŭmpah rŭmpah, dan minyak bahu bahuan, maka pada hari sabtu itu bŭrhŭntilah marika itu spŭrti hukumnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran