Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Lukas 24 >> 

FATSAL XXIV.

1SŬBARMULA adapun pada hari yang pŭrtama ahad itu, pagi pagi hari, datanglah marika itu kapada kubor itu mŭmbawa rŭmpah rŭmpah itu yang tŭlah disŭdiakannya, dan orang yang lain lain bŭrsama sama dŭngan dia.

2Maka didapati ulih marika itu batu itu tŭlah tŭrgolek deri pada kubor itu.

3Maka masoklah marika itu, maka tiadalah didapatinya mayat Tuhan Isa.

4Maka skali pŭrstua tŭngah marika itu dalam bŭbrapa wasangka disitu, hieran, tŭrdirilah dua orang dŭkat marika itu, dŭngan baju yang bŭrchahya chahya.

5Maka tŭngah marika itu kŭtakotan, ditundokkannya mukanya sampie kabumi, kata dua orang itu kapadanya, Mŭngapa kamu mŭnchari yang hidop diantara yang mati itu?

6Iya tiada disini, sudahlah iya bŭrbangkit; ingat, bagimana iya tŭlah bŭrkata kapadamu, apabila ada iya lagi dalam Galilia.

7Katanya, Anak manusia itu dapat tiada akan disŭrahkan kŭdalam tangan orang yang bŭrdosa, maka akan disalibkan, dan pada hari yang katiga bŭrbangkit pula.

8Maka tŭringatlah marika itu akan pŭrkataannya.

9Lalu pulanglah marika itu deri kubor, sŭrta mŭngatakan sagala pŭrkara itu kapada yang kasŭblas orang itu, sŭrta kapada sagala yang lain lain.

10Maka iya itu Mŭriam Magdalani, dan Johanna, dan Mŭriam ibu Yakob, dan pŭrampuan pŭrampuan lain yang ada dŭngan marika itu yang tŭlah bŭrkata pŭrkara pŭrkara ini kapada rasol rasol.

11Adapun pŭrkataan marika itu mŭnjadi spŭrti pŭrkataan yang bukan bukan kapada rasol rasol itu, maka tiadalah marika itu pŭrchaya akan dia.

12Sŭtlah itu maka bŭrbangkitlah Petros, sŭrta bŭrlari pŭrgi kakubor itu, lalu mŭnjungkok kŭbawah, dilihatnya akan kain khasa ada tŭrlŭtak sahja; maka kŭmbalilah iya dŭngan hieran dalam dirinya sŭndiri derihal pŭrkara yang tŭlah jadi itu.

13¶ Maka sŭsungguhnya dua orang deripada marika itu pŭrgi pada hari itu juga kapada suatu duson yang bŭrnama Imaus, yang ada deri Jerusalem kira kira tujoh mil jauhnya.

14Maka bŭrtutorlah marika itu bŭrsama sama akan sagala pŭrkara yang tŭlah bŭrlaku itu.

15Pada skali pŭrstua, maka sŭmŭntara marika itu bŭrchakap bŭrsama sama sŭrta bŭrbantah, maka Isa pun sŭndiri datang hampir sŭrta bŭrjalan dŭngan marika itu.

16Maka marika itu mŭlihat akan dia, tŭtapi tiada dapat dikŭnalnya.

17Maka katanya kapada marika itu, Apa macham pŭrtutoran ini kamu sa’orang dŭngan sa’orang, sambil kamu bŭrjalan dan bŭrsusah?

18Maka adalah sa’orang deripada marika itu yang bŭrnama Kleophas mŭnjawab, katanya kapadanya, Angkau sa’orang dagang sahjakah dalam Jerusalem, tiada mŭngŭtahui akan pŭrkara pŭrkara yang tŭlah jadi disana pada masa ini?

19Maka katanya kapada marika itu, Apa pŭrkara pŭrkara itu? Maka kata marika itu kapadanya, Derihal Isa orang Nazareth, sa’orang nabi yang bŭrkwasa dalam pŭrbuatan, dan pŭrkataannya dihadapan Allah dan sagala kaum itu.

20Maka bagimana kŭpala kŭpala imam, dan pŭnghulu pŭnghulu kami tŭlah mŭnyŭrahkan dia kapada hukum mati dibunoh, dan tŭlah disalibkan dia.

21Tŭtapi kami tŭlah haraplah, maka iyalah yang akan patut mŭnŭbus Israil, maka bŭrtambah pula hari ini hari yang katiga sŭmŭnjak pŭrkara pŭrkara itu tŭlah jadi.

22Bahkan maka pŭrampuan pŭrampuan anu pun deripada kawan kami, mŭmbuat kami hieran, yang tŭlah pŭrgi pagi pagi dikubor itu.

23Maka apabila tiada didapati mayatnya, datanglah marika itu katanya, Ada pula dia orang mŭlihat suatu pŭnglihatan mŭliekat mŭliekat yang tŭlah bŭrkata iya tŭlah hidop.

24Maka orang orang anu itu yang ada bŭrsama sama dŭngan kami pŭrgilah kakubor itu; maka didapatinya sungguh spŭrti pŭrkataan pŭrampuan pŭrampuan itu, tŭtapi marika itu tiada mŭlihat akan Isa.

25Sŭtlah itu kata Isa kapada marika itu, Hie bodoh dan lŭmah hati, sŭbab sŭgan akan pŭrchaya sagala pŭrkara yang tŭlah dikatakan ulih nabi nabi.

26Bukankah patut Almasih itu akan mŭrasai pŭrkara pŭrkara ini, sŭrta masok kŭdalam kŭmuliannya?

27Maka pŭrmulaannya deri Musa dan sagala nabi, iya tŭlah mŭngartikan kapada marika itu dalam sagala kitab itu, akan pŭrkara pŭrkara derihalnya sŭndiri.

28Maka hampirlah marika itu akan duson yang ditŭmpat dia orang handak pŭrgi; maka Isa mŭmbuat buat spŭrti iya handak pŭrgi jauh lagi.

29Tŭtapi dipinta sangat sangat ulih marika itu akan dia, katanya, Tinggallah dŭngan kami, kŭrna hari sudah pŭtang, malam pun sudah sampie; maka pŭrgilah iya tinggal bŭrsama sama dŭngan marika itu.

30Maka skali pŭrstua tatkala iya dudok makan dŭngan marika itu, diambil roti lalu dibŭrkatinya sŭrta dipŭchahkannya maka dibrinya kapada marika itu.

31Maka tŭrbukalah mata marika itu, lalu dikŭnal marika itu akan dia, maka raiblah iya deripada pŭnglihatan marika itu.

32Maka kata marika itu sa’orang kapada sa’orang, bukankah tŭrgalak hati kita sŭmŭnjak iya bŭrkata kata dŭngan kita dijalan, dan sŭmŭnjak dibukakannya bagie kami kitab kitab itu.

33Maka bŭrbangkitlah marika itu pada waktu itu juga lalu kŭmbalilah kaJŭrusalem; maka didapatinya orang yang kasŭblas itu bŭrhimpun sama sama, dan orang orang itu yang ada dŭngan marika itu.

34Katanya sungguh Tuhan itu tŭlah bŭrbangkit pula, dan tŭlah kŭlihatan kapada Simon.

35Maka dikatakanlah ulih marika itu pŭrkara pŭrkara yang tŭlah jadi dijalan, dan bagimana dia orang tŭlah mŭngŭtahui deri halnya dalam mŭmŭchahkan roti.

36¶ Maka tŭngah marika itu bŭrkata kata dŭmkian, Isa pun sŭndiri tŭrdiri ditŭngah tŭngah marika itu, sŭraya bŭrkata kapada marika itu, Sŭjahtralah kiranya atas kamu.

37Tŭtapi marika itu kŭtakotan sŭrta dahshat, maka pada sangka dia orang tŭlah mŭlihat sa’orang jin.

38Maka katanya kapada marika itu, Mŭngapakah kamu mŭnjadi susah, dan mŭngapakah bŭrbangkit fikiran dalam hatimu?

39Tengoklah tanganku, dan kakiku, maka inilah aku sŭndiri; jamahlah akan daku; lihatlah, kŭrna jin itu tiada ada bŭrdaging, dan bŭrtulang spŭrti yang angkau lihat ada padaku.

40Maka apabila sudah iya bŭrkata kata itu, lalu diunjokkannya tangannya, dan kakinya kapada marika itu.

41Maka sŭmŭntara marika itu bŭlom bulih pŭrchaya, ulih sŭbab suka chitanya, dan hierannya itu, maka kata Isa kapada marika itu, Adakah barang makanan kapada kamu disini?

42Maka dibri ulih marika itu sa’kŭping ikan goring, dan sarang lŭbah bŭrmadu.

43Maka diambilnya, sŭraya dimakannya dihadapan marika itu.

44Maka katanya kapada marika itu, Adapun pŭrkataan inilah yang kukatakan kapada kamu sŭmŭntara aku lagi dŭngan kamu, iya itu sagala pŭrkara pŭrkara itu dapat tiada akan digŭnapi, yang tŭlah tŭrtulis dalam Tauret Musa, dan dalam surat nabi nabi, dan dalam Mazmor derihal aku.

45Sŭtlah itu dibukakannyalah akal marika itu, supaya bulih mŭngarti akan kitab itu.

46Maka katanya kapada marika itu, Dŭmkianlah tŭlah tŭrtulis, dan dŭmkianlah patut Almasih itu akan mŭrasai, dan bŭrbangkit deripada mati pada hari yang katiga.

47Maka taubat, dan kalŭpasan deripada dosa patutlah dimashorkan dŭngan namanya diantara sagala bangsa, mulai diJerusalem.

48Maka kamulah ada saksi derihal pŭrkara pŭrkara ini.

49¶ Maka sŭsungguhnya aku sampiekan pŭrjanjian Ayahku ka’atas kamu, tŭtapi nantilah kamu dalam nŭgri Jerusalem sampie kamu bŭrulih kwasa deripada kŭtinggian.

50¶ Maka diiringkannya akan marika itu kluar sŭjauh kaBŭthani, sŭrta diangkatnya tangannya, lalu dibŭrkatinya marika itu.

51Maka skali pŭrstua sŭmŭntara dibŭrkatinya akan marika itu, maka bŭrchŭrielah iya deri pada marika itu, lalu tŭrangkatlah iya kŭlangit.

52Maka sujudlah marika itu akan dia, lalu kŭmbalilah kaJerusalem dŭngan suka chita sangat.

53Maka slalulah marika itu dalam ka’abah mŭmuji, dan mŭnguchap shukor akan Allah: Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Lukas 24 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran