Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 28 >> 

FATSAL XXVIII.

1SŬBARMULA pada kasudahan hari sabtu, pada waktu dini hari, hari ahad, maka datanglah Mŭriam Magdalini, dan Mŭriam yang lain itu handak mŭlihat kubor itu.

2Maka hieran, datanglah gŭmpa yang bŭsar, sŭbab sa’orang mŭliekat Tuhan turon deri langit mŭnggolekkan batu itu deri hadapan pintu kubor itu, lalu dudoklah iya diatasnya itu.

3Maka adalah rupanya itu bŭrkilat kilat, dan pakieannya pun puteh spŭrti thalj.

4Maka ulih sŭbab sagala pŭnunggu kubor itu kŭtakotan sangat akan dia, maka gŭmŭntarlah, sahingga jadilah marika itu spŭrti orang mati.

5Maka bŭrkatalah mŭliekat itu bagie pŭrampuan pŭrampuan itu, janganlah kamu takot, kŭrna kukŭtahui, bahwa kamu mŭnchari akan Isa yang tŭlah disalebkan itu.

6Maka iya itu tiada disini, kŭrna iya tŭlah hidop pula spŭrti pŭrkataannya itu, maka marilah kamu mŭlihat akan tŭmpat Tuhan dilŭtakkan.

7Maka sŭgralah pŭrgi katakan kapada murid muridnya, bahwa iya tŭlah hidop deripada matinya, maka tengoklah iya kŭlak pŭrgi tŭrdahulu deripada kamu kaGalilia, maka disanalah kŭlak kamu akan mŭlihat dia, maka bahwasanya aku tŭlah mŭmbri tahu pada kamu.

8Maka bŭrbaliklah marika itu dŭngan sŭgranya deri kubor itu dŭngan kŭtakotannya, sŭrta bŭrchampor kasukaan yang bŭsar, sambil bŭrlarilah marika itu handak mŭmbri tahu kapada murid murid Isa.

9¶ Sŭmŭnjak marika itu bŭrjalan handak mŭmbri tahu kapada murid muridnya, maka hieran, bŭrtŭmulah Isa dŭngan dia, sambil katanya, Slamatlah. Maka datanglah marika itu mŭmŭlok kadua bŭlah kakinya, sŭrta sujud mŭnyŭmbah akan dia.

10Tŭtkala itu bŭrkatalah Isa pada marika itu, Janganlah kamu takot, pŭrgilah kamu bri tahu kapada sagala saudaraku, supaya marika itu pŭrgi kanŭgri Galilia, maka disanalah kŭlak marika itu akan bŭrtŭmu dŭngan aku.

11¶ Bŭrmula maka sŭmŭntara marika itu bŭrjalan, maka bahwasanya adalah orang yang bŭrkawal itu pun masok kadalam nŭgri mŭmbri tahu kapada imam imam yang bŭsar akan sagala pŭrkara yang tŭlah jadi itu.

12Maka apabila marika itu sudah bŭrhimpun dŭngan orang tua tua, sambil bŭrbichara bŭrsama sama, maka dibri ulih marika itu tŭrlalu banyak upah kapada sagala lashkar itu:

13Katanya, Kamu katakan, bahwa murid muridnya tŭlah datang pada malam mŭnchuri akan dia, iya itu tŭtkala kami tidor.

14Maka jikalau kiranya kadŭngaran pada Raja kŭlak, maka kita oranglah akan mŭmbujok dia, dan mŭlindongkan kamu.

15Maka diambillah ulih marika itu wang itu, lalu dipŭrbuatnyalah spŭrti pŭngajaran marika itu; maka mashorlah pŭrkataan itu diantara orang Yahudi sampie skarang ini.

16¶ Bŭrmula maka sa’blas orang murid muridnya itu pun pŭrgilah kanŭgri Galilia kapada sa’buah bukit yang tŭlah ditŭntukan ulih Isa kapada marika itu.

17Sŭtlah sudah dilihat ulih marika itu akan dia, lalu sujudlah mŭnyŭmbah padanya, tŭtapi ada orang deripada marika itu shak hatinya.

18Maka datanglah Isa mŭndapatkan marika itu, sŭrta bŭrtutor padanya, katanya, Sagala kwasa tŭlah dibrikan padaku, baik dilangit, baik diatas bumi ini.

19Sŭbab itu pŭrgilah kamu mŭngajar sagala bangsa, dan baptisakan marika itu dŭngan nama Ayah, dan Anak, dan Roh Alkudus.

20Maka ajarkanlah marika itu, supaya mŭmliharakan sagala sasuatu yang tŭlah aku bŭrpŭsan kapadamu, tengoklah aku bŭsŭrta dŭngan kamu pada sŭdiakalanya, hingga kasudahan alam ini: Amin.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 28 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran