Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 10 >> 

FATSAL X.

1MAKA bangunlah Isa deri sana, lalu datanglah kapada jajahan nŭgri Yahuda yang deri sŭblah sungie Jordan, maka orang orang pun bŭrkampong kapadanya pula, maka spŭrti adatnya, diajarnyalah pula akan marika itu.

2Maka datanglah orang orang Farisia kapadanya handak mŭnchobai akan dia, lalu bŭrtanya, Adakah halal bagie sa’orang mŭmbuangkan istrinya?

3Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Apakah yang dipŭsan ulih Musa akan dikau?

4Maka kata marika itu, Tŭlah diluluskan ulih Musa mŭmbuat suatu surat chŭrie, dan mŭmbuangkan pŭrampuan itu.

5Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Ulih sŭbab kras hati kamulah, maka disuratkan hukum ini.

6Akan tŭtapi deripada pŭrmulaan kŭjadian, dijadikan Allah marika itu laki laki, dan pŭrampuan.

7Maka ulih sŭbab itulah manusia itu mŭninggalkan bapanya, dan ibunya, bŭrdampinglah iya dŭngan istrinya.

8Maka marika itu kaduanya akan mŭnjadi suatu daging, maka dŭngan hal yang dŭmkian bukannya lagi marika itu bŭrdua, mŭlainkan suatu daging adanya.

9Maka sŭbab itu barang apa yang dijodohkan Allah, janganlah manusia ini mŭnchŭriekan.

10Maka murid muridnya pun bŭrtanyalah kapadanya dalam rumah lagi derihal itu.

11Maka katanya kapadanya, Barang siapa yang mŭmbuangkan istrinya, sŭrta kahwen pula kapada yang lain, iya itu bŭrzinah kapada pŭrampuan itu.

12Maka jikalau kiranya sa’orang pŭrampuan akan mŭmbuangkan suaminya itu, sŭrta kahwen iya kapada yang lain, maka dialah bŭrzinah.

13¶ Maka dibawakanlah ulih marika itu kanak kanak kapada Isa, supaya dijamahnya akan dia, maka murid muridnya pun mŭnŭngkingkan orang yang mŭmbawa akan dia itu.

14Tŭtapi apabila dilihat Isa itu, maka tiada dipŭrkŭnankannya skali kali, lalu katanya kapada marika itu, Biarkanlah kanak kanak itu datang kapadaku, janganlah dilarangkan akan dia, kŭrna sŭbagienya itulah krajaan Allah.

15Maka sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang tiada mŭnŭrima akan krajaan Allah itu spŭrti sa’orang kanak kanak, maka iya kŭlak tiada masok kŭdalamnya.

16Maka didokonglah ulih Isa akan budak budak itu, sŭrta dibubohnya tangannya kaatasnya, lalu dibŭrkatinya akan dia.

17¶ Shahadan apabila Isa sudah kluar kapada lorong, maka bŭrlari larilah sa’orang datang sŭrta bŭrtŭlot kapadanya sŭraya mŭminta kapadanya, Guru yang baik: Apakah yang patut aku pŭrbuat supaya aku mŭmpusakai hayat yang kŭkal?

18Maka kata Isa kapadanya, Mŭngapakah angkau mŭmanggil aku baik? tiada sa’orang pun baik mŭlainkan satu, iya itu Allah.

19Kamu kŭtahui akan hukum kukum itu: Jangan bŭrbuat zinah; jangan mŭmbunoh; jangan mŭnchuri; jangan mŭnjadi saksi dusta; jangan mŭnipu; muliakanlah ibu bapamu.

20Maka jawabnya kapadanya, Guru, ada hamba mŭmliharakan skalian ini deripada kŭchil hamba.

21Maka dipandang Isa, sŭrta kasih akan dia, sambil bŭrkata kapadanya, Suatu pŭrkara angkau ada korang; pŭrgilah jualkan barang sŭsuatu yang ada kapadamu, brikan kapada orang mŭskin, maka angkau akan dapat pŭrbandahran dalam shorga; marilah angkau, angkat salib, ikotlah aku.

22Maka duka chitalah iya sŭbab pŭrkataan itu, lalu pulanglah iya dŭngan duka chita; kŭrna adalah iya itu mŭnaroh harta tŭrlalu banyak.

23¶ Maka dipandang Isa bŭrkliling, sŭrta bŭrkata kapada murid muridnya, Bagimanakah susahnya orang yang mŭnaroh kŭkayaan itu masok kŭdalam krajaan Allah.

24Maka murid muridnya pun hieranlah mŭnŭngarkan pŭrkataannya, tŭtapi dijawab Isa lagi, sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Kanak kanak, bagimana susah kapada orang yang bŭrgantong kapada kŭkayaan itu masok kŭdalam krajaan Allah!

25Maka adalah tŭrlebih sŭnang sa’ekor onta itu masok kŭdalam liang jarom deripada sa’orang orang kaya itu masok kŭdalam krajaan Allah.

26Maka tŭrlampaulah sangat marika itu ajaib, sambil bŭrkata sama sŭndirinya, Kalau dŭmkian, siapakah bulih slamat?

27Maka dilihat ulih Isa akan marika itu, sŭrta katanya, Kapada manusia iya itu mustahil adanya, tŭtapi bukannya kapada Allah, kŭrna kapada Allah itu sagala pŭrkara itu tiada mustahil.

28Maka kumdian Petros mulie bŭrkata kapada Isa, Sŭsungguhnya kami tŭlah mŭninggalkan skalian, dan tŭlah mŭngikot akan dikau.

29Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata, Sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, sa’orang pun tiada yang mŭninggalkan rumah, atau saudara laki laki, atau saudara saudara pŭrampuan, atau ibu bapa, atau anak anak, atau istri, atau tanah tanah, ulih sŭbab aku, dan sŭbab Injil.

30Tŭtapi iya kŭlak akan mŭnŭrima sratus gandah pada masa skarang ini rumah rumah, dan saudara saudara laki laki, dan saudara saudara pŭrampuan, dan ibu ibu, dan kanak kanak, dan tanah tanah, dŭngan tŭrannyaya, maka dalam dunia yang akan datang iya mŭndapat hayat yang kŭkal.

31Tŭtapi banyak yang pŭrtama itu mŭnjadi kumdian, dan yang kumdian itu mŭnjadi yang pŭrtama.

32¶ Maka adalah marika itu pada tŭngah jalan handak pŭrgi naik kaJerusalem, maka Isa pun bŭrjalan dahulu deripada marika itu; maka hieranlah marika itu; sambil mŭngikot, takotlah iya. Maka dipanggil ulih Isa pula dua blas murid muridnya, maka dimulainya mŭngatakan barang pŭrkara yang kŭlak akan bŭrlaku kapadanya.

33Katanya, Sŭsungguhnya kami naik kaJerusalem, maka Anak manusia akan disŭrahkan kapada kapala kapala imam, dan kapada khatib khatib, maka marika itu akan mŭnghukumkan dia mati, dan akan disŭrahkan dia kapada orang orang sŭsat.

34Maka marika itu akan mŭnistakan dia, dan akan disŭsahnya akan dia, dan akan diludahinya atasnya, dan akan dibunohnya dia; maka pada hari yang katiga iya akan bŭrbangkit pula.

35¶ Maka Yakob, dan Yahya, anak anak Zabdi, datanglah kapadanya katanya, Guru, kami kahandaki angkau buatlah bagie kami barang apa pinta kami.

36Maka katanya kapada marika itu, Apakah yang kamu kahandaki aku patut pŭrbuatkan bagiemu?

37Maka kata marika itu kapadanya, Kurniakanlah kapada kami, supaya kami bulih dudok sa’orang disŭblah kananmu, dan sa’orang disŭblah kirimu dalam kamuliaanmu.

38Tŭtapi kata Isa kapadanya, Kamu tiada tahu apa yang kamu pinta; bulihkah kamu minom akan chawan minoman yang aku minom akan dia, dan akan dibaptisakan dŭngan baptisan yang aku dibaptisakan itu?

39Maka kata marika itu kapadanya, Kami bulih. Maka kata Isa kapadanya, Sŭsungguhnya bulihlah kŭlak kamu minom akan chawan yang aku minom itu, dan dŭngan baptisan yang aku dibaptisakan itu kamu kŭlak akan dibaptisakan:

40Akan tŭtapi derihal dudok disŭblah kananku, dan disŭblah kiriku itu bukannya dŭngan kwasaku mŭmbri, mŭlainkan iya itu akan dibrikan kapada barang siapa yang tŭlah disŭdiakan.

41Maka apabila orang yang spuloh itu mŭnŭngar itu, maka dimulailah ulih marika itu mŭnaroh hati sangat kapada Yakob dan Yahya.

42Tŭtapi dipanggillah ulih Isa akan marika itu kapadanya, sambil bŭrkata, Kamu tahu, adapun orang orang yang tŭrpileh akan mŭmrentahkan orang orang sŭsat, dipŭrtuan atas marika itu, maka orang orang bŭsarnya mŭmŭgang kwasa atas marika itu.

43Tŭtapi janganlah kiranya jadi dŭmkian diantaramu, mŭlainkan barang siapa yang handak mŭnjadi bŭsar diantaramu, iya itu akan mŭnjadi khadammu.

44Maka barang siapa diantaramu yang handak mŭnjadi pŭnghulu, iya itu akan mŭnjadi hamba bagie skalian.

45Kŭrna Anak manusia pun bukannya datang akan dilayani, mŭlainkan akan mŭlayani, dan akan mŭmbri jiwanya ganti tŭbus skalian orang.

46¶ Maka datanglah marika itu kaJeriko; maka tŭngah Isa kluar deri Jeriko dŭngan murid muridnya, sŭrta bŭbrapa banyak orang orang, maka Bartimus buta, anak Timus itu adalah dudok disŭblah jalan bŭsar mŭminta sŭdŭkah.

47Maka apabila didŭngarnya iya itu orang Nazareth, lalu mulielah iya bŭrtriak, dan bŭrkata, Isa anak Daud, kasihankanlah akan daku.

48Maka dipintalah ulih orang orang banyak itu mŭnyurohkan iya diam, tŭtapi makinlah iya bŭrtriak tŭrlalu banyak, Kasihankanlah akan daku, hie anak Daud.

49Maka Isa pun bŭrhŭntilah, maka disurohnya panggil akan dia. Maka dipanggil marika itu orang buta itu, katanya kapadanya, Hiborkanlah hatimu, bangunlah; dipanggil Tuan akan dikau.

50Maka ditanggalkannya pakieannya, sŭrta bangunlah iya lalu datang mŭndapatkan Isa.

51Maka Isa mŭnjawab sŭrta bŭrkata kapadanya, Apakah yang angkau kahandaki aku bŭrbuat kapadamu? Maka kata orang buta itu kapadanya, Tuhan, supaya aku mŭndapat pŭnglihatanku.

52Maka kata Isa padanya, Pŭrgilah angkau, imanmu itu mŭnjadikan angkau sŭmboh. Maka dŭngan skutika itu juga dapatlah iya mŭlihat, sŭrta mŭngikot Isa bŭrjalan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran