Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 11 >> 

FATSAL XI.

1SŬBARMULA maka apabila datanglah marika itu hampir kaJerusalem kapada Bethfagi dan Bethani, digunong Zieton, maka disurohkannya dua orang muridnya;

2Maka katanya kapada marika itu, Pŭrgi kamu kadalam duson yang dihadapan itu, maka sŭrta kamu masok kadalamnya, kamu akan mŭndapat sa’ekor kaldie muda tŭrtambat, bŭlom pŭrnah dinaiki orang; bukalah bawa kŭmari.

3Maka jikalau barang siapa bŭrkata kapadamu, Mŭngapa angkau bŭrbuat ini? katalah ulihmu, bahwa Tuhan ada bŭrhajat akan dia, maka dŭngan sŭgranya akan dihantarkannya akan dia kŭmari.

4Maka pŭrgilah marika itu, maka didapati kaldie muda itu tŭrtambat diluar pintu, pada suatu tŭmpat yang dua jalan bŭrtŭmu, maka diluchutkanlah ulih marika itu akan dia.

5Maka sa’orang anu deri pada orang orang yang ada bŭrdiri disitu bŭrkata kapada marika itu, Apa buat kamu luchutkan kaldie muda itu?

6Maka kata marika itu kapadanya, Sŭbab tŭlah disurohkan ulih Isa. Maka dibrikan marika itu pŭrgi.

7Maka dibawalah ulih marika itu akan kaldie muda itu kapada Isa; maka dibŭntangkannya pakieannya diatasnya, lalu dudoklah iya atasnya.

8Maka banyaklah orang yang mŭmbŭntangkan pakieannya dijalan, dan yang lain mŭmotongkan charang charang pohon kayu, maka dikaparkannya dijalan.

9Maka orang orang yang bŭrjalan dahulu, dan yang mŭngikot itu pun bŭrtriaklah katanya, Hosana; bŭrbahgialah kiranya orang yang datang dŭngan nama Tuhan:

10Bŭrbahgialah kiranya bagie krajaan moyang kami Daud, yang datang dŭngan nama Tuhan; hosana dalam tŭmpat kŭtinggian.

11Maka masoklah Isa kŭdalam Jerusalem, dan kŭdalam ka’abah, maka apabila dilihatnya kŭliling atas sagala pŭrkara, maka hari pun pŭtanglah; kluarlah iya sŭrta dŭngan duablas orang murid muridnya, lalu pŭrgi iya kaBethani.

12¶ Maka pada esoknya, apabila marika itu datang deri Bethani, laparlah iya.

13Maka dilihatnya sa’pohon kayu ara deri jauh bŭrdaun, datanglah iya, kalau dŭngan mudah mudahan bulih didapatinya barang apa disitu; apabila datanglah kapadanya, didapatinya suatu jua pun tiada, mŭlainkan daun, kŭrna musim buah bŭlom sampie.

14Maka jawab Isa, sŭrta bŭrkata kapadanya, Sa’orang pun tiada kŭlak mŭmakan buah lagi deripadamu sampie slama lamanya. Maka didŭngar ulih murid muridnya itu.

15¶ Maka datanglah marika itu skalian kaJerusalem, masoklah Isa kŭdalam ka’abah, maka dimulainyalah mŭnghalaukan sagala orang yang bŭrjual bŭli dalam ka’abah, sŭrta dibalek balekkannya meja meja orang mŭnukar wang, dan bangku bangku orang bŭrjual mŭrpati.

16Maka tiadalah dibrinya barang sa’orang mŭmbawa barang bŭkas mŭlalui dalam ka’abah.

17Maka diajarnya, katanya kapada marika itu, Bukankah sudah tŭrtulis, rumahku akan disŭbut ulih sagala bangsa, rumah sŭmbahyang, tŭtapi kamu sudah mŭnjadikan dia sa’buah goa tŭmpat pŭnchuri.

18Maka khatib khatib, dan kapala kapala imam mŭnŭngar itu, maka dicharinya upaya bagimana bulih mŭmbinasakan dia, kŭrna takot marika itu akan dia, sŭbab sagala orang pun hieranlah akan pŭngajarannya.

19Maka apabila sampielah pŭtang hari, kluarlah iya deri dalam nŭgri.

20¶ Maka pada pagi hari, tŭngah lalulah marika itu, dilihatnya pohon ara itu pun kringlah sampie kaakarnya.

21Maka Petros pun tŭringatlah, sŭrta bŭrkata kapadanya, Guru, tengoklah, adapun pohon ara yang angkau bri la’nat itu sudahlah habis kring.

22Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Pŭrchayalah akan Allah.

23Kŭrna sŭsungguhnya aku bŭrkata kapadamu, barang siapa yang bŭrkata kapada gunong ini, bŭrpindahlah angkau, dan tŭrbuanglah angkau kŭdalam laut, dŭngan tiada shak dalam hatinya, mŭlainkan pŭrchayalah iya barang yang dikatakannya itu akan jadi, maka iya akan mŭndapat barang apa yang dikatanya itu.

24Maka sŭbab itulah aku bŭrkata kapadamu, barang suatu yang kamu kahandaki, apabila kamu mŭminta doa pŭrchayalah, bahwa kamu akan mŭnŭrima dia, dan kamu kŭlak akau mŭndapat dia.

25Maka apabila kamu bŭrdiri sŭmbahyang, jikalau kamu ada mŭnaroh isi hati kapada barang siapa, ampunilah, supaya Ayahmu pun yang ada dishorga bulih mŭngampuni akan kŭsalahanmu.

26Tŭtapi jikalau tiada angkau ampuni, maka Ayahmu pun yang ada dishorga tiada mŭngampuni akan kŭsalahanmu.

27¶ Maka datanglah pula marika itu kaJerusalem, tŭngah Isa bŭrjalan dalam ka’abah, datanglah kapadanya kapala kapala imam, dan khatib khatib, dan orang tua tua:

28Maka katanya kapada Isa, Dŭngan kwasa siapakah angkau bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini, dan siapakah tŭlah mŭmbri kwasa kapadamu akan mŭmbuat pŭrkara pŭrkara ini?

29Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Aku pun bŭrtanya kapadamu suatu sual, jawablah kapadaku, maka bulihlah aku bŭrkata kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini.

30Pŭmbaptisan Yahya itu deripada shorgakah, atau deri pada manusiakah? Jawablah akan daku.

31Maka bŭrfikirlah marika itu sama sŭndirinya, katanya, Jikalau kita kata deri shorga, iya akan bŭrkata, mŭngapakah kamu tiada mahu pŭrchaya akan dia?

32Tŭtapi jikalau kita kata deripada manusia, takotlah marika itu kapada kaum itu, kŭrna skalian marika itu mŭmbilang Yahya itu sŭsungguhnya sa’orang nabi adanya.

33Maka jawab marika itu sŭrta bŭrkata kapada Isa, Tiada bulih kami mŭngatakan. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Maka aku pun tiadalah mahu mŭngatakan kapadamu, dŭngan kwasa siapa aku bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 11 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel