Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 8 >> 

FATSAL VIII.

1SHAHADAN maka adalah pada hari itu kumpolan orang tŭrlalu banyak, maka suatu pun tiada apa handak dimakannya, maka dipanggillah ulih Isa akan murid muridnya sŭrta katanya kapada marika itu:

2Kasihanlah aku akan kumpelan ini kŭrna marika itu sudah bŭrsama sama dŭngan aku tiga hari, maka suatu pun tiada apa handak dimakannya.

3Maka jikalau kiranya kusurohkan marika itu balik karumahnya dŭngan laparnya, maka nanti marika itu kŭlak lŭteh dijalan, kŭrna banyak deripada marika itu datang deri jauh.

4Maka dijawab ulih murid muridnya akan dia, Bagimanakah bulih sa’orang mŭngŭnyangkan orang orang ini dŭngan roti dalam padang bŭlantara ini?

5Maka ditanyalah ulih Isa kapada marika itu, Ada bŭrapakah roti kapada kamu? Maka jawab marika itu, Tujoh.

6Maka disurohkannyalah akan sagala orang orang itu duduk ditanah, lalu diambilnyalah tujoh buah roti itu sŭrta mŭnguchap shukor, maka dipŭchahkannya sŭrta dibrikannya kapada murid muridnya disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ditarohkan marika itu akan roti itu dihadapan marika itu.

7Maka adalah kapada marika itu sŭdikit ikan kŭchil kŭchil, maka dibŭrkatinya akan dia, sŭrta disurohnya lŭtakkan itupun dihadapan marika itu.

8Kumdian dimakannyalah ulih marika itu sampie kŭnyang, maka diangkat ulih marika itu sisa sisa yang tŭrtinggal tujoh bakol.

9Adapun orang yang makan itu adalah kira kira ampat ribu; disurohkannyalah marika itu pulang.

10¶ Maka masoklah iya kadalam prahu bŭsŭrta dŭngan murid muridnya, lalu datanglah iya kadalam antara tanah Dalmanutha.

11Maka datanglah orang Farisia, mŭmulai bŭrsuwal kapada Isa, mŭminta kapadanya suatu alamat deri langit, handak mŭnchobai akan dia.

12Maka bŭrkŭlohlah iya dalam hatinya, katanya, Mŭngaapakah bangsa ini mŭnchari suatu alamat? Maka sasunggoh nya aku bŭrkata kapadamu, tiada suatu alamat pun akan dibri kapada bangsa ini.

13Maka ditinggalkannyalah marika itu, lalu masok pula kadalam prahu sŭrta pŭrgilah iya kasŭbrang sana.

14¶ Adapun murid muridnya itu tŭlah tŭrlupalah mŭmbawa roti, mŭlainkan ada kapada marika itu dalam prahu sa’buah roti sahja.

15Maka dipŭsan ulih Isa akan marika itu, katanya, Pŭrhatikan, jagalah baik baik kamu deripada ragi orang orang Farisia, dan deripada ragi Herodis.

16Maka disangkakan ulih marika itu diantara sama sŭndirinya, katanya, inilah ulih sŭbab kita tiada roti.

17Shahadan apabila dikŭtahuilah ulih Isa itu, maka katanya kapada marika itu, Mŭngapa kamu sangka ulih sŭbab kamu tiada roti? Bŭlomkah kamu mŭndapat kanyataannya, atau mŭngarti? Hati kamu kŭraskah lagi?

18Kamu ada bŭrmata, tiadakah kamu mŭlihat? dan ada bŭrtŭlinga, tiadakah kamu mŭnŭngar? maka tiadakah kamu ingat?

19Maka apabila aku pŭchahkan limah buah roti itu diantara lima ribu orang, brapa bakolkah kamu mŭngangkat remah remahnya? Maka kata marika itu kapadanya, Dua blas.

20Maka apabila tujoh buah roti diantara ampat ribu orang itu brapa bakolkah pŭnoh dŭngan remah remahnya kamu angkat? Maka kata marika itu, Tujoh.

21Maka katanya kapada marika itu, Bagimanakah ini kamu tiada mŭngarti?

22¶ Maka datanglah iya kaBethseida; maka dibawalah ulih marika itu sa’orang orang buta kapadanya, supaya dijamahnya akan dia.

23Maka dipŭgangnyalah akan orang buta deri tangan, lalu dipimpinnya kluar nŭgri; maka sŭtlah sudah diludahnya akan matanya, lalu dilŭtakkannya tangannya kaatasnya, sŭrta ditanya akan dia, kalau ada iya mŭlihat apa apa.

24Maka tŭngadahlah iya, lalu katanya, aku mŭlihat orang spŭrti pohon pohon bŭrjalan.

25Kumdian deripada itu, dibubohnya pula tangannya kaatas matanya disurohnya tŭngadah: maka sŭmbohlah iya, maka dilihatnya skalian orang dŭngan trangnya.

26Maka disurohnya akan dia kŭmbali karumahnya, katanya, Jangan angkau pŭrgi kadalam nŭgri, janganlah angkau katakan kapada sa’orang pun dalam nŭgri.

27¶ Maka Isa sŭrta murid muridnya pun kluarlah pŭrgi kapada nŭgri Kisaria Filipi: maka dijalan, bŭrtanyalah iya kapada murid muridnya, katanya kapada marika itu, Siapakah orang orang kata aku ini?

28Maka jawab marika itu, Yahya Pŭmbaptisa: tŭtapi kata sŭtŭngah, Elias; dan kata orang lain, sa’orang deripada nabi nabi.

29Maka katanya kapada marika itu, Tŭtapi kamu kata siapakah aku ini? Maka jawab Petros sŭrta katanya kapadanya, Bahwa angkaulah dia Almasih.

30Maka dipintanya kapada marika itu, supaya jangan dikatakan ulih marika itu kapada sa’orang pun derihalnya.

31Dimulainya mŭngajar akan marika itu, adapun Anak manusia itu dapat tiada mŭrasai sŭngsara, sŭrta ditolakkan ulih orang tua tua, dan kapala kapala Imam, dan khatib khatib, sŭrta dibunohnya, maka kumdian deripada tiga hari kŭlak iya akan bŭrbangkit pula.

32Maka dikatakannya akan pŭrkataan itu nyata nyata, maka diambil ulih Petros akan dia, sŭrta dimulainya tŭngkingkan dia.

33Tŭtapi apabila bŭrpalinglah iya sŭrta mŭlihat akan murid muridnya, maka ditŭngkingnya akan Petros, katanya, Lalu angkau deri hadapanku Shietan: kŭrna tiada angkau indahkan barang pŭrkara pŭrkara yang jadi deripada Allah, mŭlainkan pŭrkara pŭrkara yang jadi deri pada manusia.

34¶ Maka apabila sudahlah dipanggilnya orang orang itu kapadanya sŭrta dŭngan murid muridnya pun, maka katanya kapada marika itu, Barang siapa yang handak mŭngikot aku, maka biarlah iya mŭnyangkali akan dirinya sŭndiri, sŭrta mŭngangkat salibnya, lalu mŭngikot aku.

35Kŭrna barang siapa yang handak mŭmliharakan jiwanya, maka iya akan hilang dia; tŭtapi barang siapa akan mŭnghilangkan jiwanya ulih sŭbab aku, dan sŭbab Injil pun, maka iya itu akan tŭrplihara;

36Kŭrna apakah kŭlak kauntongan bagie sa’orang manusia jikalau iya akan mŭndapat sagala dunia ini, tŭtapi jiwanya sŭdiri hilang?

37Atau apakah sa’orang manusia mŭmbri ganti jiwanya itu?

38Maka sŭbab itu, jikalau kiranya barang siapa malu mŭnŭrima akan daku, dan akan pŭrkataanku dalam bangsa pŭrsundalan dan bŭrdosa ini, maka kapadanyalah kŭlak akan Anak manusia pun malu mŭnŭrima, apabila iya datang kŭlak dalam kamulian Ayahnya, sŭrta maliekat maliekatnya yang suchi itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 8 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran